Permohonan BINGKAS Selangor 2025 kini dibuka dari 1 November (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad). Isi rumah yang layak boleh memohon untuk menerima bantuan RM300 sebulan bagi keperluan asas dan pendidikan. Mohon sekarang di https://www.bingkasselangor.com/
Apa itu BINGKAS Selangor
Bingkas Selangor atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu keluarga pasca-pandemik menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Melalui program ini, sebanyak 30,000 keluarga di seluruh Selangor menerima bantuan bulanan RM300 untuk membeli keperluan asas dan barangan pendidikan.
BINGKAS diwujudkan bagi memperkukuh ketahanan kewangan isi rumah, mengurangkan beban sara hidup, serta membina keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan rakyat Selangor.
Program ini juga merupakan salah satu daripada 46 insentif di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang dilancarkan pada tahun 2022, menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).

Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk sesiapa yang ingin memohon Bingkas Selangor:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan Bingkas Selangor boleh dibuat mulai 1 November 2025 (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad) melalui laman web rasmi: https://www.bingkasselangor.com/
Cara Permohonan BINGKAS Selangor
Berikut panduan cara permohonan BINGKAS Selangor 2025:
- Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play Store atau App Store dan tekan Pasang pada telefon anda.
- Buka aplikasi SELANGKAH, kemudian tekan Log Masuk / Daftar.
- Pilih Daftar Baru untuk membuat akaun baharu.
- Isikan nama penuh ketua keluarga (suami), nombor telefon (boleh guna nombor isteri), dan kata laluan yang mudah diingat.
- Pilih bahasa (Bahasa Malaysia atau English), tandakan kotak persetujuan, dan tekan Hantar. Pastikan semua maklumat telah disemak dengan betul sebelum menghantar.
- Setelah akaun didaftarkan, log masuk menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Skrol ke bahagian State Programs di aplikasi dan tekan ikon BINGKAS.
- Tekan pautan yang terpapar untuk membuka borang permohonan BINGKAS.
- Isikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan anda pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
- Semak semula semua butiran sebelum tekan Hantar.
- Selepas permohonan dihantar, semak status permohonan di aplikasi SELANGKAH.
- Jika berjaya, paparan akan menunjukkan Permohonan Diluluskan dan Selangkah Wallet Diaktifkan.
- Sekiranya selepas 2–3 hari permohonan masih belum diluluskan, anda boleh terus semak di Pejabat ADUN kawasan masing-masing.








Kredit Gambar: Korifah Yassin
TUTORIAL VIDEO PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR MELALUI APPS
TUTORIAL VIDEO PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR MELALUI WEB
Muat Turun Aplikasi SELANGKAH
Untuk terus menikmati bantuan BINGKAS, penerima digalakkan memuat turun dan mengaktifkan aplikasi Selangkah Wallet.
Muat turun sekarang melalui App Store atau Google Play, dan rujuk panduan pengaktifan di laman web rasmi berikut:
- Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms
- Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227
- Huawei AppGallery : https://appgallery.huawei.com/?fbclid=IwAR0QEQ5OadviYvZBYnpKFufdiq55cNiU3vpSux7wZ4bqwm8RMI9NaiezeRY#/app/C103917981

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELANGKAH di pautan http://selangkah.my/
ATAU
Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program Bingkas Selangor.
- Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1800-22-6600
- E-mel | [email protected]
- Pengaktifan E-Wallet | 016-3254199 (WhatsApp)) | [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.
Soalan Lazim
BINGKAS merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor untuk membeli membeli barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.
Setiap permohonan yang telah diluluskan adalah layak untuk menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dilakukan pada tahun berikutnya.
Tidak. Bantuan akan disalurkan melalui e-wallet yang boleh digunakan melalui aplikasi Selangkah.
Ya. Setiap pembayaran untuk pembelian anda hanya boleh dibuat melalui e-Wallet Selangkah sahaja.
Tidak boleh. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
Secara ‘online’ di portal www.bingkasselangor.com atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Secara ‘online’ di portal www.bingkasselangor.com. Melalui aplikasi Selangkah.
Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan). Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan). Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal). Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara). Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta). Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja). Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
Bergantung kepada Pejabat ADUN. Sekiranya permohonan melangkaui 3 bulan, permohonan tersebut dikira sebagai ditolak.
Boleh semak melalui aplikasi SELANGKAH.
Setiap pemohon (ketua keluarga) sama ada suami atau isteri hanya boleh membuat satu (1) permohonan sahaja.
Tidak boleh. Tiada permohonan diterima melalui panggilan telefon.
Anda boleh menyertakan penyata cukai pendapatan atau pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.
Sila sertakan bukti sebagai ibu tunggal dan pengesahan tidak bekerja. Sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.
Boleh dapatkan pengesahan ADUN/ Penyelaras DUN atau Ahli Parlimen/ Penyelaras Parlimen di Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat.
Tidak. Permohonan mestilah dibuat secara ‘online’ menerusi laman sesawang www.bingkasselangor.com atau aplikasi SELANGKAH.
Dokumen mestilah lengkap untuk memohon. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Untuk mengesahkan pendapatan anda.
Baca juga:




