BINGKAS Selangor – Semakan Permohonan RM300 Sebulan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2025 diteruskan lagi oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan permohonan dibuka mulai 1 November 2025. Program ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat, di mana keluarga yang layak akan menerima RM300 sebulan untuk membeli keperluan asas dan peralatan pendidikan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://bingkasselangor.com/

bingkas selangor

Pengenalan BINGKAS Selangor

Bingkas Selangor atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang diperkenalkan bagi membantu keluarga pasca-pandemik menghadapi cabaran ekonomi semasa. Program ini memberi manfaat kepada 30,000 keluarga di seluruh Selangor dengan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi membeli keperluan asas dan peralatan pendidikan.

BINGKAS dirangka khas untuk meningkatkan kedayatahan kewangan keluarga, mengurangkan beban ekonomi, serta memperkukuh keharmonian keluarga dan kemakmuran rakyat di negeri Selangor.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada 46 insentif di bawah program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang dilancarkan pada tahun 2022, menggantikan skim terdahulu iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).

Melalui pelaksanaan BINGKAS, Kerajaan Negeri Selangor terus komited memastikan setiap keluarga berpendapatan rendah menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, stabil dan berdaya tahan dalam jangka panjang.

BINGKAS
BINGKAS
BINGKAS
BINGKAS

Kelebihan Bingkas Selangor

  1. e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet)
  3. Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan
  5. e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk sesiapa yang ingin memohon Bingkas Selangor:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
  5. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan Bingkas Selangor dibuka bermula 1 November 2025 sehingga 30 November 2025 melalui laman web rasmi Bingkas Selangor : https://www.bingkasselangor.com/

Cara Memohon Bingkas Selangor

  1. Untuk memohon, sila isikan borang permohonan melalui laman web rasmi Bingkas Selangor : https://www.bingkasselangor.com/
  2. Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda :
    • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
    • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
    • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
    • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
    • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  3. Status akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas anda menghantar permohonan lengkap.

Video Tutorial Cara Permohonan

MELALUI APLIKASI SELANGKAH

MELALUI LAMAN WEB BINGKAS

Semakan Kelulusan

Sila layari https://bingkasselangor.com/log-masuk# untuk log masuk dan membuat semakan status permohonan anda.

Anda perlu mengaktif e-Wallet SELANGKAH setelah permohonan diluluskan.

bingkas selangor

bingkas selangor

Senarai Barangan Keperluan Asas yang Diluluskan

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang hanya diluluskan oleh Bingkas Selangor :

  1. Beras
  2. Mi dan bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan garam
  7. Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Ubat-ubatan
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  12. Daging ayam, lembu, kambing, dan ikan
  13. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  14. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis)
  16. Barang persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam, dan sebagainya)
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik)

Cara Pembelian Menggunakan BINGKAS Selangor

Berikut adalah langkah cara pembelian menggunakan Bingkas Selangor:

  1. Pergi ke mana-mana kedai yang ada panel program Bingkas Selangor.
  2. Pilih barang yang nak dibeli.
  3. Juruwang imbas ID penerima dalam aplikasi Selangkah.
  4. Juruwang semak supaya barang yang dibeli termasuk dalam senarai barang Bingkas.
  5. Kod QR akan keluar di skrin, juruwang imbas kod tersebut untuk bayaran.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan.
  7. Tekan butang Bayar di aplikasi.
  8. Pastikan baki dalam akaun Bingkas cukup sebelum buat bayaran.

Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-WALLET

Selangkah Wallet adalah medium transaksi bagi program Bingkas Selangor.

Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet. Sila rujuk laman web berikut untuk panduan pengaktifan :

Maklumat Lanjut

Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program Bingkas Selangor.

  1. Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1800-22-6600
  2. E-mel | [email protected]
  3. Pengaktifan E-Wallet | 016-3254199 (WhatsApp)) | [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.

ATAU sila rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.

Soalan Lazim

UMUM

1. Apa itu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?

BINGKAS merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor untuk membeli membeli barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.

2. Berapakah peruntukan / jumlah perbelanjaan yang diberikan?

RM300 setiap bulan akan dikreditkan terus melalui e-wallet BINGKAS di dalam aplikasi Selangkah.

3. Adakah saya perlu membuat permohonan baharu pada tahun hadapan?

Setiap permohonan yang telah diluluskan adalah layak untuk menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dilakukan pada tahun berikutnya.

4. Berapa lamakah tempoh masa yang diberikan kepada saya untuk membuat kemaskini?

Penerima sedia ada yang hampir mencapai tempoh matang 2 tahun sejak manfaat diterima akan mendapat notifikasi pada bulan ke-22. Penerima diberi tempoh 2 bulan untuk membuat kemaskini maklumat. Semakan kelayakan tertakluk pada syarat baru yang ditetapkan.

5. Bagaimanakah boleh saya tahu sama ada maklumat yang telah dikemaskini diterima atau tidak?

Semakan boleh dibuat melalui aplikasi Selangkah atau laman sesawang rasmi BINGKAS, atau di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat anda.

6. Adakah kad bantuan akan diberikan kepada setiap pemohon?

Tidak. Bantuan akan disalurkan melalui e-wallet yang boleh digunakan melalui aplikasi Selangkah.

7. Adakah saya perlu memuat turun aplikasi Selangkah?

Ya. Setiap pembayaran untuk pembelian anda hanya boleh dibuat melalui e-Wallet Selangkah sahaja.

PERMOHONAN

1. Saya bukan warganegara Malaysia. Bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan.

2. Dimanakah saya boleh mendapatkan borang pendaftaran?

Secara ‘online’ di portal https://bingkasselangor.com/ atau melalui aplikasi SELANGKAH.

3. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar BINGKAS?

Secara ‘online’ di portal rasmi BINGKAS. Sila rujuk proses permohonan melalui pautan berikut https://bingkasselangor.com/proses-permohonan

4. Apakah dokumen yang perlu disertakan untuk memohon?

Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan). Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan). Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal). Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara). Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta). Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja). Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

5. Berapa lamakah tempoh permohonan diproses?

Bergantung kepada Pejabat ADUN. Sekiranya permohonan melangkaui 3 bulan, permohonan tersebut dikira sebagai ditolak.

6. Bagaimana untuk saya tahu jika permohonan saya telah lulus?

Boleh semak melalui laman web seperti dalam paparan berikut:

7. Bolehkah satu keluarga menghantar dua permohonan?

Setiap pemohon (ketua keluarga) sama ada suami atau isteri hanya boleh membuat satu (1) permohonan sahaja.

8. Bilakah tarikh tutup untuk mendaftar?

Tarikh tutup adalah pada 28 Februari 2025.

9. Bolehkah saya membuat permohonan melalui panggilan telefon?

Tidak boleh. Tiada permohonan diterima melalui panggilan telefon.

10. Jika saya tidak mempunyai Slip Gaji, bagaimana boleh saya memohon?

Anda boleh menyertakan penyata cukai pendapatan atau pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.

11. Saya ibu tunggal dan tidak bekerja. Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Sila sertakan bukti sebagai ibu tunggal dan pengesahan tidak bekerja. Sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.

12. Di manakah saya boleh mendapatkan pengesahan jika saya tidak mempunyai Ketua Kampung/ Penghulu?

Boleh dapatkan pengesahan ADUN/ Penyelaras DUN atau Ahli Parlimen/ Penyelaras Parlimen di Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat.

13. Bolehkah saya membuat permohonan melalui emel?

Tidak. Permohonan mestilah dibuat secara ‘online’ menerusi laman sesawang www.bingkasselangor.com atau aplikasi SELANGKAH.

14. Jika saya tiada salah satu dokumen yang diperlukan, bolehkah saya masih memohon?

Dokumen mestilah lengkap untuk memohon. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

15. Kenapa perlu saya sertakan salinan KWSP?

Untuk mengesahkan pendapatan anda.

PEMBELIAN

1. Di manakah boleh saya dapatkan senarai panel kedai?

Sila ke laman web https://bingkasselangor.com/senarai-kedai, untuk melihat senarai panel kedai terpilih untuk anda menggunakan kredit yang diberikan ini.

2. Di manakah boleh saya dapatkan senarai barangan keperluan yang boleh dibeli?

Menerusi aplikasi SELANGKAH atau menerusi laman sesawang https://bingkasselangor.com/, kemudian klik pada bahagian <Senarai Barangan>. Atau layari https://bingkasselangor.com/cara-pembelian#senarai-barangan

AKAUN

1. Bolehkah saya membawa baki bantuan ini ke tahun hadapan jika saya tidak menghabiskannya pada tahun ini?

Tidak boleh. Baki tidak akan dibawa ke bulan atau tahun berikutnya.

2. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk proses bayaran balik / refund?

Bayaran balik atau refund akan dikreditkan terus pada hari sama pembelian.

3. Dimanakah saya boleh menyemak baki penggunaan saya?

Baki terkini penggunaan boleh disemak melalui aplikasi Selangkah, dan di mana-mana kedai Panel.

4. Adakah proses tukar nama daripada penerima bantuan kepada nama pasangan dibenarkan?

Tidak boleh. Tiada penukaran pemilikan akaun dibenarkan.

5. Bolehkah saya memindahkan sejumlah kredit bantuan kepada pasangan saya?

Tidak boleh. Kredit tidak boleh dipindahkan, diganti atau ditukar kepada wang tunai atau kepada orang lain.

6. Saya penerima BINGKAS yang tidak menyedari permohonan saya telah diluluskan. Apakah yang akan berlaku terhadap manfaat saya?

Sekiranya manfaat BINGKAS tidak digunakan selama 2 bulan berturut-turut, peringatan (notifikasi) akan diberikan pada bulan ketiga (iaitu pada 5hb dan 15hb) sebanyak dua kali. Jika penerima masih tidak menggunakan manfaat tersebut, manfaat penerima akan digugurkan pada bulan keempat. Sekiranya penerima menggunakan manfaat tersebut pada bulan ketiga, pemberian manfaat diteruskan.

7. Saya telah mendapat kelulusan manfaat pada bulan Oktober, akan tetapi e-wallet saya masih belum diaktifkan sehingga bulan November. Adakah manfaat RM300 saya akan dibawa ke bulan hadapan?

Untuk makluman, kiraan 24 bulan diambil kira dari bulan pertama penyaluran dana. Sebagai contoh, dalam situasi ini manfaat diluluskan pada bulan Oktober dan e-wallet tidak diaktifkan sehingga bulan November. ; Sekira e-wallet tersebut diaktifkan pada bulan November, kiraan pertama daripada 24 bulan diambil kira pada November iaitu pada bulan pertama dana disalurkan.

KELAYAKAN

1. Apakah syarat baharu kelayakan untuk memohon BINGKAS?

Warganegara Malaysia; Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; Keluarga isi rumah yang mempunyai minimum dua (2) orang anak atau tanggungan di bawah umur 18 tahun; Berpendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM5,000.00 dan ke bawah.

2. Berapakah had umur peserta untuk permohonan BINGKAS?

Tiada had umur kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

3. Saya bukan warganegara Malaysia. Bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan.

4. Siapakah individu yang layak memohon bantuan ini?

Keluarga (ketua keluarga / ayah tunggal / ibu tunggal) yang mempunyai minimum tanggungan dua (2) orang anak / anak angkat yang berumur 18 tahun ke bawah.

5. Saya bekerja sendiri. Bolehkah saya memohon?

Boleh. Selagi gaji anda tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.

6. Saya bekerja sambilan. Bolehkah saya memohon?

Anda layak memohon selagi memenuhi syarat pendapatan. Sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada pihak ADUN/ Penyelaras DUN / Penghulu Kawasan.

7. Adakah individu yang mempunyai tanggungan yang disahkan, selain anak kandung, boleh memohon? (Contoh => Anak Angkat, Cucu, dan lain-lain)

Boleh, dengan melampirkan pengesahan tanggungan atau surat akuan sumpah daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung.

8. Saya lahir di Selangor tetapi ahli keluarga saya lahir dan menetap di negeri lain. Bolehkah saya memohon?

Boleh. Pemegang utama mestilah lahir di negeri Selangor atau telah menetap selama 10 tahun di Selangor dan berdaftar sebagai pengundi di Selangor.

9. Kelayakan gaji pemohon dilihat pada gaji kasar atau gaji bersih?

Gaji kasar.

TEKNIKAL

1. Jika penerima sudah mengemaskini maklumat tetapi dalam senarai dokumen tiada dokumen yang dimuatnaik, adakah ini diterima untuk pihak PKM DUN luluskan?

Jika penerima sedia ada telah mengemaskini maklumat, pihak PKM boleh melakukan proses semakan. Sekiranya masih terdapat maklumat atau dokumen yang tidak lengkap atau pemohon tidak mengikut kriteria yang ditetapkan, pihak PKM berhak untuk menolak permohonan di bawah pilihan “Dokuman tidak lengkap”

2. Bolehkah pemohon yang tidak menghantar dokumen yang cukup mengemaskini permohonannya walaupun pihak PKM telah memberi ulasan Feedback to Applicants?

Tidak boleh. Jika pemohon telah menghantar permohonan, pemohon memang tidak boleh kemaskini lagi disebabkan oleh faktor keselamatan. Akan tetapi, pihak PKM boleh menolak permohonan tersebut di bawah pilihan “Dokuman tidak lengkap”. Kemudian, barulah pemohon boleh mengemaskini dokumennya semula.

3. Bagaimana cara mengemaskini BINGKAS bagi penerima sedia ada.

Notifikasi pop-up akan dihantarkan kepada penerima melalui aplikasi Selangkah. Penerima menekan butang Kemaskini, membuat kemaskini maklumat serta muat naik dokumen yang diperlukan dan seterusnya tekan “Submit” di akhir proses permohonan. Pihak PKM boleh membuat semakan bagi setiap pemohon dan membuat keputusan untuk terima atau menolak berdasarkan kelayakan pemohon.

4. Kenapa saya tidak boleh memuat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play Store?

Aplikasi Selangkah hanya menyokong pengguna Android 8 ke atas sahaja.

5. Kes OTP

Pemohon perlu tunggu 1 minit sebelum meminta nombor OTP yang seterusnya. Jika masih gagal, semak semula nombor telefon pemohon. Jika masih tidak terima OTP, pemohon diminta buat permohonan di laman sesawang https://bingkasselangor.com/

6. Kenapa dokumen pemohon tidak muncul di dalam portal management BINGKAS?

Pihak PKM perlu menolak permohonan tersebut dan minta pemohon untuk memohon sekali lagi dan memuatnaik semula dokumen.

7. Sekiranya kuota DUN sudah penuh, adakah sistem akan menolak permohonan tersebut kepada DUN lain yang masih mempunyai kuota?

Tidak. Sistem tidak akan memindahkan permohonan tersebut ke DUN yang masih ada kuota. Untuk DUN yang telah penuh kuotanya, pemohon yang telah ditolak atas sebab dokumen tidak lengkap, masih boleh membuat rayuan di DUN tersebut. Pihak DUN boleh meluluskan permohonan tersebut sekiranya pemohon termasuk dalam kategori rayuan yang memegang kuota daripada DUN tersebut.

8. Adakah permohonan akan ditutup setelah kuota telah penuh?

Ya. Pintu permohonan akan ditutup sekiranya kuota telah penuh mengikut DUN.

9. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan BINGKAS dan mendaftar akaun e-wallet SELANGKAH.

Akaun BINGKAS perlu diaktifkan di aplikasi Selangkah selepas permohonan anda telah diluluskan oleh DUN. Sila ikuti langkah berikut: Dalam aplikasi Selangkah, terdapat kad maya Selangkah Wallet berwarna kelabu dengan paparan “Aktifkan Sekarang!”. Klik pada kad maya tersebut; OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Masukkan OTP tersebut. ; Tetapkan kata laluan log masuk. ; Pemohon perlu melalui proses pengesahan e-KYC dengan mengimbas kad pengenalan serta mengambil swafoto. ; Akaun BINGKAS menjadi aktif apabila jumlah baki terpapar pada kad maya dalam aplikasi SELANGKAH, dan anda sudah boleh membuat pembayaran menggunakan e-wallet BINGKAS.

10. Cara membuat pembayaran menggunakan e-wallet BINGKAS

Masuk aplikasi Selangkah, tunjukkan barkod Selangkah ID di kad maya BINGKAS untuk diimbas oleh juruwang kedai. ; Klik pada kad maya BINGKAS, dan klik pada ikon “Pay” dengan memilih akaun BINGKAS untuk meneruskan pembayaran. ; Masukkan 6 digit PIN pembayaran untuk mengaktifkan kod QR bagi tujuan pembayaran. ; Tunjukkan Kod QR untuk diimbas oleh juruwang. (Screenshot tidak boleh digunakan).

11. Kenapa saya tidak menerima One Time Pin (OTP)?

Terdapat beberapa kebarangkalian anda tidak menerima OTP: Perkhidmatan tergendala daripada servis pembekal boleh menyebabkan kelewatan untuk menerima OTP. Anda boleh cuba klik “Hantar Semula” atau restart telefon anda. ; Sambungan internet yang lemah boleh melewatkan penerimaan OTP. Jika anda mempunyai sambungan internet yang lemah, anda disarankan sambung kepada WIFI.