MyPesara – Semakan Penyata Pencen Online

Penyata Pencen
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MyPesara memudahkan pesara kerajaan menyemak penyata bayaran pencen secara dalam talian melalui portal Penyata Bayaran Pencen.

Adakah anda ingin mengetahui cara mudah untuk menyemak penyata pencen dengan cepat dan tanpa kerumitan?

Sebagai pesara kerajaan, bayaran pencen bulanan merupakan antara manfaat penting yang diterima selepas bersara dan perlu disemak secara berkala bagi memastikan maklumat sentiasa tepat dan terkini.

penyata pencen mypesara

Tahukah anda?

Penerima pencen terendah juga akan menerima penyelarasan pencen di bawah SSPA Fasa 2. Jika selepas penyelarasan tersebut bayaran pencen masih kurang daripada RM1,000, maka jumlah pencen akan diselaraskan kepada RM1,000.

Jom rujuk infografik yang tertera untuk maklumat lanjut.

Apa itu MyPesara

MyPesara adalah sebuah aplikasi pintar yang direka khas bagi membantu pesara Kerajaan Malaysia mendapatkan akses mudah kepada pelbagai maklumat penting seperti butiran peribadi, rekod perkhidmatan serta maklumat bayaran pencen bulanan.

Aplikasi ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Persaraan bersama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dalam memperkasakan penyampaian maklumat persaraan secara digital.

Nama MyPesara membawa maksud “Informasi, Ilmu, Inisiatif & Inovatif – Penyampaian Maklumat Persaraan Secara Segera” dengan konsep “Maklumat Persaraan di Hujung Jari” yang ringkas, mudah dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Melalui aplikasi ini, pesara dapat menyemak maklumat peribadi, sejarah perkhidmatan serta penyata pencen tahunan dengan lebih cepat dan mesra pengguna.

Ciri-ciri Aplikasi MyPesara

  1. Pengumuman Terkini – dapatkan makluman terkini berkenaan persaraan melalui aplikasi MyPesara
  2. Maklumat Peribadi – kemaskini dan maklumat lengkap pesara individu
  3. Maklumat Perkhidmatan – kenali aplikasi MyPesara melalui maklumat perkhidmatan
  4. Info Pembayaran Pencen – dapatkan maklumat pembayaran bulanan anda di mana-mana sahaja
  5. Buat Temujanji – buat temujanji bersama pegawai yang berkenaan dengan mudah
  6. Tips Pengurusan Kesihatan & Kewangan – ketahui gaya hidup sihat dan belajar mengurus wang dengan tips bermanfaat
  7. Manfaat Persaraan – dapatkan diskaun dan baucar khas untuk pesara di bawah satu bumbung

Tarikh Bayaran Pencen Januari 2026

Tarikh bayaran pencen bagi bulan Januari 2026 adalah pada 20 Januari 2026 (Selasa).

Sebagai makluman juga, Kerajaan turut berkeputusan untuk meneruskan pembayaran Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi tahun 2026.

Penerima pencen boleh log masuk dalam aplikasi MyPesara mahupun Portal MyPesara untuk semakan lanjut.

Cara Kira Kenaikan Wang Persaraan Selepas Penyelarasan SSPA

Kerajaan telah bersetuju memberikan kenaikan pencen pesara dengan pelaksanaan SSPA mulai Disember 2024 ini.

SSPA memperkenalkan pelarasan gaji dan pencen secara berfasa, dengan Fasa 1 bermula pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 bermula pada 1 Januari 2026.

Pelarasan ini dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing, selaras dengan peruntukan Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

Bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013, mereka akan menerima pelarasan kenaikan pencen sebanyak dua kali, iaitu 8% bermula Disember 2024 dan 7% lagi pada awal 2026, menjadikan jumlah keseluruhan kenaikan sebanyak 15%.

Bagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?

Mudah sahaja. Ini formulanya :

LANGKAH 1: Pengiraan amaun gaji akhir bersamaan 2024 perlu dilakukan terlebih dahulu.

Kaedah mendapatkan gaji akhir bersamaan adalah seperti berikut:

1. Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:

  • Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 8%) jika, amaun Gaji Akhir/Bersamaan melebihi RM3,000 atau
  • Gaji Akhir/Bersamaan + RM240, jika Gaji Akhir/Bersamaan kurang daripada RM3,000

2. Kumpulan Pengurusan Tertinggi

  • Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 4%)

LANGKAH 2: Pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir (Langkah 1) bagi dapatkan amaun pencen baharu mulai Disember 2024 menggunakan formula seperti berikut:

[1/600 × Gaji akhir bersamaan 2024 × tempoh perkhidmatan]

Contoh Pengiraan:

Seorang pesara kumpulan Pelaksana dengan gaji akhir RM3,000 (Disember 2024):

Fasa 1: RM3,000 + 8% = RM3,240

Fasa 2: RM3,240 + 7% = RM3,467

Jika tempoh perkhidmatan 30 tahun (maksimum):

  • Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20
  • Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20

Bagi anda yang ingin mengira jumlah kenaikan pencen atau gaji, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan kalkulator rasmi di portal mereka untuk memudahkan pengiraan secara tepat. Layari: https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Cara Semak Penyata Pencen

Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.

Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal Penyatan Bayaran Pencen
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Masukkan No. Akaun Pencen
  4. Pilih pilihan Tahun
  5. Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
  6. Klik pada butang Hantar
  7. Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul

Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.

Muat Turun Aplikasi MyPesara

Pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.

Untuk memuat turun aplikasi percuma ini, hanya klik pautan di bawah:

Sila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KWAP dan Perkhidmatan Persaraan, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), atau https://feedbacks.kwap.my/, atau menghubungi melalui emel di [email protected].

Telefon:

  • +603 8887 8700 (Talian pejabat)
  • +603 8887 8777 (Pusat panggilan)

Urusan & Perkhidmatan Persaraan

Aras 11, Skytech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

Urusan Korporat, Pelaburan, Caruman dan Sebagainya

Aras 36,
Menara Integra, The Intermark 
348, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Soalan Lazim – MyPesara

1. Apakah itu Aplikasi MyPesara?

MyPesara merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan, pengumuman dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan.

2. Bagaimanakah cara untuk memuat turun aplikasi MyPesara?

Anda perlu memuat turun (download) aplikasi MyPesara di:

Google Play bagi pengguna Android
Apple Store bagi pengguna IOS
Huawei AppGallery untuk pengguna Huawei

3. Panduan menggunakan Aplikasi MyPesara?

Berikut adalah panduan mengunakan aplikasi MyPesara:

1. Buka aplikasi MyPesara anda
2. Masuk MyPesara dengan menggunakan:
– Nombor Kad Pengenalan
– Nombor Akaun Pencen (terdapat di Kad Pesara anda)
3. Tekan Butan Log Masuk
4. Setelah anda berjaya Log Masuk, anda boleh melayari atau menukar tetapan anda di aplikasi tersebut

4. Apakah ciri-ciri Aplikasi MyPesara?

– Maklumat Perkhidmatan
– Info Bayaran Pencen
– Buat Temujanji
– Tips pengurusan kesihatan & kewangan
– Manfaat Persaraan
– Pengumuman Terkini
– Kemaskini Maklumat Peribadi

5. Maklumat lanjut mengenai KWAP dan perkhidmatan persaraan

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai KWAP dan Perkhidmatan Persaraan anda boleh melayari laman web rasmi Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) atau emel kami di [email protected]

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut