Penstrukturan Semula PTPTN : Jadual Bayaran Balik (JBB) 2024

Penstrukturan Semula PTPTN
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penstrukturan Semula PTPTN : Jadual Bayaran Balik (JBB) 2024

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini memperkenalkan Kempen Penstrukturan Semula PTPTN RM300.

@ecentral.my

Buntu dengan tunggakan PTPTN? Sertai kempen penstrukturan semula PTPTN 2024 ni dengan hanya bayar RM300 sepanjang tempoh kempen. Boleh susun semula jadual bayaran balik ikut kemampuan anda. #penstrukturanptptn #tunggakanptptn #tunggakanbayarptptn #penstrukturanhutang #penstrukturansemula #ptptn #ptptnbayaranbalik

♬ Drake style/HIPHOP beat(1491552) – Burning Man

Ini adalah sebuah inisiatif untuk menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakan untuk mula membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

Dengan cara ini, para peminjam boleh menguruskan kewangan diri mereka dengan lebih baik dan terus memastikan bayaran balik pinjaman berjalan dengan lancar.

Baca juga:

Penstrukturan Semula PTPTN 2024

Penstrukturan Semula PTPTN

Kempen Penstrukturan Semula PTPTN 2024 Serendah RM300 ini diadakan bagi menggalakkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

Ia ditawarkan khas kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen.

Penstrukturan Semula PTPTN

Tempoh Permohonan

Kempen ini berlangsung bermula dari 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024. Ia terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen sama ada pinjaman konvesional atau Ujrah.

*PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu dengan memberikan notis yang secukupnya dalam tempoh tidak kurang daripada empat belah (14) hari sebelum tarikh pertukaran atau pindaan tersebut melalui pemberitahuan dalam laman web rasmi PTPTN, media elektronik atau paparan notis di cawangan-cawangan PTPTN.

Syarat Penstrukturan Semula PTPTN

Berikut adalah terma syarat untuk menyertai kempen ini:

1. Bayaran Tunggakan

Peminjam dikehendaki membuat tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman. Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah/menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing.

Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5%-8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusna PTPTN.

Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen.

2. Potongan Gaji dan Debit Terus

Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.

Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.

Cara Selesaikan Tunggakan PTPTN

Berikut adalah empat langkah mudah untuk anda menyelesaikan tunggakan PTPTN yang ada:

  1. Buat semakan penyatan pinjaman melalui aplikasi myPTPTN
  2. Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula PTPTN melalui aplikasi web myPTPTN. Eksekutif Jualan (EJ) akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan diterima.
  3. Anda boleh buat bayaran tunggakan serendah RM300 dalam tempoh kempen.
  4. Selepas peminjam dan PTPTN bersetuju dengan keputusan rundingan, peminjam hendaklah membuat persetujuan potongan gaji/ direct debit.
  5. Seterusnya peminjam hendaklah menandatangani dokumen tawaran perjanjian di dalam myPTPTN.
  6. Selepas perjanjian diterima oleh PTPTN, peminjam hendaklah memulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu seperti mana yang telah dipersetujui semasa rundingan secara konsisten setiap bulan melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.
  7. Ini adalah BORANG PERMOHONAN PENJADUALAN/PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN PENDIDIKAN untuk anda yang ingin membuat permohonan secara manual.

FAQ Penstrukturan Semula PTPTN

1. Sekiranya peminjam telah membuat bayaran tunggakan sebanyak RM300 pada 1 Ogos 2024, adakah peminjam layak untuk membuat rundingan pertukaran Ujrah/penstrukturan/penggabungan/penjadualan semula pinjaman?

Tidak layak, kerana peminjam telah membuat bayaran tunggakan di luar tempoh kempen.

2. Sekiranya peminjam membuat bayaran tunggakan sebanyak RM500 dalam tempoh kempen (melebihi amaun bayaran minimum tunggakan), adakah peminjam layak untuk rundingan pertukaran Ujrah/penstrukturan/penggabungan/penjadualan semula pinjaman?

Layak kerana bayaran tunggakan dalam tempoh kempen adalah minimum sebanyak RM300 sahaja. Sekiranya peminjam membuat bayaran tunggakan lebih tinggi, pinjaman akan distrukturkan berdasarkan baki selepas bayaran dan ansuran bulanan akan menjadi lebih rendah

3. Sekiranya seorang peminjam mempunyai dua (2) pinjaman, satu (1) pinjaman perlu rundingan pertukaran ujrah, dan satu (1) lagi pinjaman perlu rundingan penstrukturan semula pinjaman, adakah peminjam perlu membuat bayaran tunggakan sekurangkurang sebanyak RM300 sahaja?

Ya, peminjam hanya perlu membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja.

4. Sekiranya peminjam mempunyai baki Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sahaja, adakah peminjam layak untuk menyertai kempen ini?

Tidak, kempen ini hanya layak kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan baki pinjaman PTPTN sahaja.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut berkaitan dengan penstrukturan semula PTPTN, anda boleh hubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut