Senarai Hitam PTPTN (Blacklist Imigresen Ke Luar Negara)

Sekiranya anda tersenarai dalam Senarai Hitam PTPTN, secara automatiknya nama anda akan di blacklist oleh pihak Jabatan Imegresen Malaysia (JIM)untuk ke luar negara.

Tindakan membuat senarai hitam ini diambil akibat tindakan ramai bekas peminja PTPTN yang enggan atau culas untuk membayar kembali pinjaman pelajaran.

Tindakan menyenarai hitam pelajar ini merupakan langkah terakhir setelah pelbagai amaran dan peringatan yang diberikan kepada peminja PTPT tidak diendahkan mereka.

Sebab dihalang ke luar negara

Mengikut undang-undang Malaysia, rakyat Malaysia boleh di halang daripada meneruskan perjalan ke luar negara atas beberapa sebab.

Antara sebab seseorang individu itu boleh disenarai hitamkam daripada ke luar negara:

  • Gagal membayar cukai pendapatan
  • Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  • Gagal membayar levi pekerja asing
  • Terlibat dalam kes jenayah
  • Bankrap
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara

Oleh itu, sebelum membeli tiket penerbangan ke luar negara, pastikan nama anda bersih daripada disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen daripada ke luar negara.

Artikel berkaitan: Diskaun Bayaran Balik PTPTN & Penangguhan (Belanjawan 2023)

Semakan di portal PTPTN

Semakan senarai hitam PTPTN boleh dibuat terus melalui portal PTPTN di http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Anda hanya perlu memasukkan butiran yang diminta seperti no kad pengenalan dan nombor telefon.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak pernah culas membayar kembali pinjaman tetapi nama anda disenaraihitamkan, sila hubungi pihak PTPTN dengan kadar segera kerana besar kemungkinan terdapat kesalahan pada sistem.

Anda boleh menghubungi talian Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Semakan di laman web Imegresen

Anda juga boleh menyemak nama anda terus melalui laman web rasmi Imegresen di http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx

Walau bagaimanapun, anda boleh disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen atas pelbagai sebab seperti disenaraikan di atas) dan bukan disebabkan kegagalan membayar pinnjaman PTPTN semata-mata.

Semakan di kaunter PTPTN / JIM

Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan senarai hitam terus di cawangan PTPTN / JIM yang berdekatan.

Hadirkan diri ke kaunter untuk bertanyakan kepada pegawai bertugas.

Sekiranya dalam hal-hal kecemasan dimana peminjam yang disenarai hitamkan perlu ke luar negara, maka anda perlulah berunding secara terus dengan pihak PTPTN untuk menstrukturkan kembali pembayaran kembali pinjaman pelajaran anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!