Borang Pengesahan Pendapatan: Muat Turun Template & Contoh

Borang Pengesahan Pendapatan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Borang Pengesahan Pendapatan adalah dokumen rasmi yang digunakan untuk mengisytiharkan pendapatan seseorang individu yang tidak mempunyai slip gaji atau pendapatan tetap.

Bagi ibu bapa yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji, mereka perlu mengemukakan Borang Pengesahan Pendapatan untuk mengesahkan secara rasmi dan bertulis jumlah pendapatan sebenar mereka.

Borang ini diperlukan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan bantuan kewangan kerajaan, subsidi, kemasukan pelajar ke institusi pendidikan, atau permohonan lain yang memerlukan bukti pendapatan.

Rujuk info lebih lanjut di bawah.

Apa itu Borang Pengesahan Pendapatan?

Borang Pengesahan Pendapatan ialah dokumen rasmi yang digunakan oleh individu yang tidak mempunyai slip gaji atau pendapatan tetap untuk mengisytiharkan pendapatan mereka secara rasmi.

Borang ini diperlukan oleh mereka yang bekerja sendiri, peniaga kecil, atau freelancer untuk tujuan permohonan bantuan kerajaan, subsidi, atau urusan rasmi lain di mana bukti pendapatan diperlukan.

Di dalam borang ini, individu perlu mengisi maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, pekerjaan, dan jumlah pendapatan bulanan.

Borang ini juga mesti disahkan oleh pihak yang berkelayakan seperti pegawai kerajaan, pesuruhjaya sumpah, ketua kampung, guru besar, atau pegawai polis berpangkat tertentu.

Tujuan borang ini adalah untuk menyediakan dokumen rasmi yang membuktikan keadaan kewangan ibu bapa, terutamanya apabila tiada penyata gaji rasmi bagi mengelakkan salah faham atau penipuan maklumat pendapatan.

Perlu diingatkan, anda wajib mengisi borang ini dengan jujur. Jika didapati memberi maklumat palsu, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda.

Kandungan Borang Pengesahan Pendapatan

Borang Pengesahan Pendapatan biasanya meliputi maklumat penting berikut:

Maklumat Peribadi:

  • Nama penuh
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat
  • No. telefon

Maklumat Pekerjaan:

  • Pekerjaan atau sumber pendapatan

Maklumat Pendapatan:

  • Pendapatan kasar bulanan
  • Pendapatan bersih bulanan
  • Jumlah pendapatan bulanan

Perakuan dan pengesahan:

  • Pengakuan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar mengikut Akta Akuan Berkanun 1960
  • Tandatangan pemohon (ibu/bapa/penjaga)
  • Tandatangan dan cop rasmi pegawai yang mengesahkan seperti pegawai kerajaan, ketua kampung, pesuruhjaya sumpah, atau pihak berkuasa yang lain

Selain itu, sebahagian borang pengesahan pendapatan juga mengandungi bahagian lain seperti Bahagian Maklumat Bapa, Ibu, Penjaga (jika ada), dan sebagainya mengikut keperluan.

Siapa Boleh Sahkan Borang Pengesahan Pendapatan?

Borang Pengesahan Pendapatan di Malaysia boleh disahkan oleh pihak-pihak berikut yang layak dan diberi kuasa rasmi:

  • Ahli Parlimen
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • Ketua Kampung
  • Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
  • Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
  • Pengamal Undang-undang
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
  • Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas
  • Pengetua Sekolah (Gred 41 ke atas)
  • Guru Besar (Gred 41 ke atas)
  • Jaksa Pendamai
  • Wakil rakyat
  • Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Ketua Kaum /Ketua Mukim
  • Pengerusi JKKK

Pengesahan ini penting untuk mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan mengenai pendapatan adalah betul dan boleh dipercayai bagi tujuan urusan rasmi seperti permohonan bantuan kerajaan, subsidi, kemasukan sekolah, dan lain-lain.

Perlu diingat bahawa pengesahan mesti dilakukan oleh individu yang memenuhi kriteria ini agar borang diterima sah oleh pihak berkuasa. Individu yang mengisi borang sendiri, termasuk ibu bapa atau penjaga, tidak dibenarkan menjadi pengesah.

Borang Pengesahan Pendapatan:
Contoh Senarai Individu yang Layak Mengesahkan Borang Pengesahan Pendapatan MARA

    Kesalahan Membuat Penyataan Palsu

    Pengesahan borang ini diperlukan bagi mengesahkan individu, jumlah atau amaun pendapatan yang dinyatakan mestilah benar.

    Jika terdapat penipuan, mereka akan didakwa kera membuat penyataan palsu.

    Sekiranya didapati memberi dan mengesahkan maklumat yang tidak benar, mereka boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

    Contoh Format Borang Pengesahan Pendapatan


    SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

    Nama: [Nama Penuh]
    No. Kad Pengenalan: [Nombor KP]
    Alamat: [Alamat]
    Pekerjaan: [Pekerjaan]
    Pendapatan Bulanan: RM [Jumlah Pendapatan]

    Saya, yang bernama di atas, mengaku bahawa maklumat pendapatan yang diberikan adalah benar dan tepat. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang tindakan yang timbul daripada maklumat palsu.

    Tandatangan: _______________
    Tarikh: _______________

    Pengesahan:
    Nama Pengesah: _______________
    Jawatan: _______________
    Cop Rasmi & Tandatangan: _______________


    Borang ini perlu disahkan oleh pihak yang berkelayakan untuk menjadi sah digunakan dalam urusan rasmi seperti permohonan bantuan kerajaan atau institusi kewangan.

    Contoh Borang Pengesahan Pendapatan

    Borang Pengesahan Pendapatan juga biasanya disediakan oleh institusi yang memerlukan dokumen tersebut untuk tujuan rasmi seperti permohonan bantuan kewangan, subsidi, kemasukan sekolah, atau urusan lain yang memerlukan pengesahan pendapatan.

    Anda boleh rujuk contoh borang yang disediakan oleh institusi-institusi tertentu di bawah:

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    PTPTN

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    Template Borang Pengesahan Pendapatan

    Anda juga boleh rujuk dan muat turun template Borang Pengesahan Pendapatan di bawah:

    Template 1

    Template 2

    Template 3

    Template 4

    Template 5

    Template 6

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    Template 7

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    Template 8

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    Template 9

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    Template 10

    Borang Pengesahan Pendapatan:

    Soalan Lazim Borang Pengesahan Pendapatan

    Apa itu Borang Pengesahan Pendapatan?

    Borang ini adalah dokumen untuk mengisytiharkan pendapatan bulanan seseorang yang tidak mempunyai slip gaji atau dokumen rasmi lain. Ia digunakan untuk tujuan permohonan bantuan, subsidi, atau urusan rasmi lain.

    Siapa yang perlu mengisi Borang Pengesahan Pendapatan?

    Ibu bapa atau penjaga yang bekerja sendiri, peniaga kecil, atau individu tanpa slip gaji rasmi.

    Siapa yang boleh mengesahkan borang ini?

    Pengesahan mesti dibuat oleh pegawai berkelayakan seperti Pegawai Kerajaan Kumpulan Profesional (Gred 41 ke atas), Pengamal Undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah, Pengetua/Guru Besar sekolah kerajaan, Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten ke atas, Ketua Kampung, Penghulu, Ketua Kaum, dan sebagainya.

    Adakah borang ini sah tanpa pengesahan pegawai?

    Tidak, pengesahan daripada pegawai berkelayakan adalah wajib untuk memastikan dokumen ini boleh digunakan dalam urusan rasmi.

    Bolehkah saya menggunakan borang pengesahan pendapatan yang dibuat sendiri?

    Borang mesti menggunakan format rasmi yang biasanya disediakan oleh institusi yang memerlukan, dan harus disahkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf.

    Apakah kesan jika mengisi maklumat palsu dalam borang ini?

    Penyataan palsu boleh menyebabkan tindakan undang-undang termasuk denda atau penjara di bawah Kanun Keseksaan.

    Bolehkah borang ini digunakan untuk permohonan selain kerajaan?

    Ya, asalkan dipersetujui oleh pihak penerima dan memenuhi syarat pengesahan yang sah di Malaysia.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut