Tutorial Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sebulan

Berikut adalah langkah demi langkah cara membuat permohonan pengeluaran KWSP Akaun 2 secara online melalui i-Akaun.

Untuk makluman, Kerajaan kini membenarkan pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh maksimum 12 bulan berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Tujuannya adalah untuk meringankan beban bagi rakyat yang terjejas dari segi pendapatan.

Selain itu, Kerajaan turut menyediakan Bantuan Prihatin kepada yang memerlukan.

Suri rumah yang layak pula boleh memohon bantuan iSuri RM480 setahun yang diumumkan sebelum ini.

Pengeluaran i-Lestari

Tutorial ini dikongsikan oleh saudara Luqman Hariz di Facebook beliau.

1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my

portal kwsp

2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.

4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.

5. Pilih “Withdrawal Type”.

6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.

Boleh rujuk jenis-jenis pengeluaran KWSP di sini.

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.

9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.

11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.

12. Kemudian klik ✔️ pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”

14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”

15. Siap!

Tahniah, permohonan pengeluaran anda telah berjaya.

Sekiranya perlu, anda boleh print permohonan tadi sebagai rujukan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!