i-Suri KWSP 2024: Permohonan & Semakan


Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas sehingga RM300 setahun daripada Kerajaan melalui i-Suri 2024.

Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Bagi suri rumah, balu dan ibu tunggal yang berdaftar di bawah e-Kasih. Jom pilih i-Suri dan tambah simpanan anda, kerana setiap RM1 yang disimpan, kerajaan akan padankan sebanyak RM0.50 sehingga maksimum RM300 setahun.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif yang diteruskan lagi bagi tahun 2024 dan patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.

Apakah Insentif i-Suri KWSP

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.

Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Tujuan i-Suri ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan suri rumah yang layak:

  1. Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan.
  2. Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga.
  3. Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara.
  4. Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.

Faedah i-Suri KWSP 2024

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
    • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
    • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Bantuan Kematian
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Syarat Kelayakan i-Suri 2024

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

Kadar Caruman Minimum

Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri bagi tahun 2024.

Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Rujuk ilustrasi di bawah:

Cara Pendaftaran

Pendaftaran i-Suri bagi ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat senarai terkini boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
  2. Pendaftaran kendiri:
    a. Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
    b. Secara dalam talian di laman web KWSP
    c. Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
  3. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).
Laman Web KWSPPejabat KWSPSelf Service Terminal (SST)KWSP i-Akaun
Pendaftaran i-Saraan Dalam TalianBorang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri  – KWSP 16G (M)MyKadPendaftaran i-Suri di SST (Rujuk lokasi SST)MyKadPendaftaran i-Saraan/ i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Cara Pembayaran Caruman

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi Mudah Alih – KWSP i-Akaun
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  5. Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  6. Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT) & Pejabat KWSP

Maklumat Lanjut / Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!