Ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih keliru tentang pengeluaran Akaun 3 KWSP — boleh keluar bila? Ada syarat tak? Berapa lama duit masuk?
Akaun 3 yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel memang diwujudkan untuk memudahkan ahli keluarkan wang bila perlu.
Jom fahamkan secara ringkas dan padat.

Apa Itu Akaun 3 KWSP?
Akaun 3 dikenali sebagai Akaun Fleksibel.
Di bawah penstrukturan baharu KWSP, caruman bulanan dibahagikan kepada:
- Akaun Persaraan (75%) – Simpanan hari tua (Pengeluaran hanya dibenarkan apabila ahli mencapai usia 55 tahun kecuali dalam keadaan khas yang diumumkan kerajaan seperti kecemasan kewangan tertentu dan tertakluk kepada kelulusan KWSP.)
- Akaun Sejahtera (15%) – Keperluan prapersaraan (Pengeluaran dibenarkan pada umur 50 tahun, atau untuk tujuan penting seperti pendidikan, pembelian rumah, serta rawatan perubatan, dll berdasarkan syarat ditetapkan KWSP.)
- Akaun Fleksibel / Akaun 3 (10%) – Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
Untuk mengetahui syarat pengeluaran Akaun 1 dan Akaun 2, sila baca artikel berikut : Pengeluaran KWSP Akaun 1,2,3 – Syarat & Cara Mohon
Pengeluaran Akaun 3 KWSP: Boleh Keluar Bila-Bila Masa?
Ramai yang kurang pasti, betul ke Akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Ya. Pengeluaran Akaun 3 boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi ada baki dalam akaun tersebut. Namun, jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan semasa.
Tiada syarat khas seperti:
- Perlu tujuan tertentu
- Perlu tunggu umur tertentu
- Perlu dokumen sokongan khas
Jadi, macam mana cara nak mohon pengeluaran Akaun 3 ni?
Jom baca lagi.
Berapa Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan Dari Akaun 3 KWSP?
- Amaun minimum pengeluaran Akaun 3 untuk semua ahli ialah : RM50.00 bagi setiap transaksi.
- Amaun maksimum pengeluaran Akaun 3 ialah tidak terhad, tetapi tertakluk kepada prosedur berikut:
- Bagi amaun antara RM50.00 hingga RM3,000.00 : Permohonan diproses secara automatik dan tertakluk kepada pengesahan sistem.
- Bagi amaun RM3,000.01 hingga RM30,000.00 (warganegara / pemastautin tetap): Pengesahan cap ibu jari di pejabat KWSP atau SST diperlukan jika:
- Tiada rekod pengeluaran terdahulu; ATAU
- Maklumat akaun bank tidak sepadan dengan rekod KWSP; ATAU
- Pengesahan e-KYC tidak berjaya.
- Bagi amaun melebihi RM30,000.00 : Perlu hadir ke pejabat KWSP atau SST untuk pengesahan cap ibu jari.
- Untuk pekerja bukan warganegara Malaysia: Jumlah maksimum pengeluaran ialah RM3,000 bagi setiap transaksi.

Cara Memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP
Pengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.
Anda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP. Rujuk panduan permohonan pengeluaran akaun fleksibel (Akaun 3) melalui KWSP i-Akaun di bawah:
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun. Anda boleh muat turun aplikasi ini, atau layari: https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
- Pilih menu ‘Pengeluaran’ & seterusnya pilih ‘Keluarkan simpanan anda’.
- Pilih ‘Akaun Fleksibel’.
- Pilih ‘Keluarkan Sekarang’.
- Masukkan jumlah pengeluaran & pilih ‘Teruskan’.
- Pilih atau kemas kini akaun bank.
- Pilih ‘Teruskan’.
- Pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
- Masukkan nombor TAC.
- Permohonan anda berjaya dihantar.

Anda boleh rujuk cara pengeluaran online yang ditunjukkan di bawah:
LANGKAH 1 – Login ke i-Akaun KWSP

LANGKAH 2 – Isikan jumlah pengeluaran yang anda inginkan

LANGKAH 3 – Pilih bank untuk pengkreditan. Pastikan nombor akaun anda betul.

LANGKAH 4 – Sahkan butiran pengeluaran KWSP yang dipaparkan.

LANGKAH 5 – Sila baca terma dan syarat untuk meneruskan transaksi. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Sila masukkan nombor TAC tersebut.

LANGKAH 6 – Sekiranya pengeluaran anda diluluskan, jumlah bayaran akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 3 hari bekerja.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
Akaun 3 ialah Akaun Fleksibel di bawah struktur baharu KWSP yang membolehkan ahli membuat pengeluaran pada bila-bila masa tertakluk kepada baki simpanan.
oleh dibuat pada bila-bila masa tanpa perlu alasan khusus, selagi ada baki dalam Akaun 3.
Amaun minimum pengeluaran ialah RM50 bagi setiap transaksi.
Untuk warganegara Malaysia, tiada had maksimum tetap — boleh keluarkan sehingga baki yang ada dalam Akaun 3 (tertakluk kepada prosedur pengesahan jika jumlah besar).
Untuk bukan warganegara, maksimum RM3,000 bagi setiap transaksi.
Sekiranya pengeluaran anda diluluskan, jumlah bayaran akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 3 hari bekerja.
Permohonan dibuat secara online melalui:
-i-Akaun (Ahli)
-Aplikasi mudah alih KWSP
-Pilih menu Pengeluaran dan pilih Akaun Fleksibel.
Hanya jika:
– Pengeluaran melebihi jumlah tertentu, atau
– Pengesahan e-KYC gagal, atau
– Maklumat bank tidak sepadan dengan rekod KWSP.
Ya. Setiap pengeluaran akan mengurangkan jumlah simpanan dan secara tidak langsung mengurangkan dividen masa depan.




