Permohonan Pengecualian Fi LKM Bagi Kenderaan OKU

Cara Mohon Pengecualian Fi LKM Bagi Kenderaan Milik Orang Kurang Upaya (OKU) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pengecualian fi LKM bagi kenderaan milik Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Insentif ini selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Bajet 2022 tempoh hari.

Mana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk memohon pengecualian atau mendapatkan rebet dengan amaun yang ditetapkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan insentif Pengecualian LKN bagi kenderaan OKU di bawah Bajet 2022.

Permohonan pengecualian ini boleh dilakukan bermula 15 Mac 2022.

Baca Juga :

Pengecualian Fi LKM

Apakah Pengecualian LKM Bagi Kenderaan OKU?

Selaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan milik Orang Kelainan Upaya.

Syarat Kenderaan Yang Layak Memohon Pengecualian Fi KLM

  • Kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja
  • Hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

Cara Memohon Pengecualian Untuk OKU

Permohonan bagi mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022

Pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ berdekatan untuk urusan berikut :

i. Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan;
ii. Memohon pengecualian fi LKM mengikut perincian di atas 

Pastikan pemohon membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk lakukan permohonan pengecualian fi LKM di kaunter JPJ :

  • Kad OKU
  • Kad Pengenalan
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) (Roadtax)
  • Dokumen berkaitan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk di ajukan berkaitan Insentif Pengecualian Fi LKM bagi Kenderaan OKU, anda boleh hubungi :

Tel : 03-8000 8000

Email : [email protected]

Website : https://www.mot.gov.my/my

Facebook : https://www.facebook.com/motmalaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!