Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka tawaran kepada individu yang berminat untuk memohon sebagai Pengawas Sukarelawan Ujian MUET Sesi 2 2026 yang boleh dipohon menerusi https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai tawaran ini.

Mengenai Ujian MUET
Malaysian University English Test atau dikenali sabagai MUET adalah satu satu peperiksaan pentaksiran bahasa Inggeris di dunia.
Peperiksaan ini mentaksir kemahiran berbahasa pelajar mencakupi 4 iaitu kemahiran Mendengar, Bercakap, Membaca dan Menulis.
Ia adalah syarat wajib untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam/swasta di Malaysia serta penting untuk peluang kerjaya
Keputusan ujian ini dinilai berdasarkan skala markah yang menentukan tahap penguasaan bahasa Inggeris (Band 1 hingga Band 5+).
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi pengawas sukarelawan MUET ini dibuka mulai 22 April hingga 15 Mei 2026.
Tarikh Bertugas
Tarikh bertugas adalah pada 27 Jun 2026.
Kadar Bayaran & Elaun Perjalanan
Kadar bayaran ikhtisas yang ditetapkan adalah RM50 dan elaun perjalanan kenderaan adalah RM0.85 bagi setiap kilometer (terhad kepada 500 kilometer pertama).
Pemohon Yang Layak Memohon
Pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
- Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah Swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) /Pekerja Kontrak Kerajaan
- Kakitangan Bukan Kerajaan/ Pesara kerajaan/ Pesara Swasta
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Tidak menduduki mana-mana peperiksaan semasa ditugaskan sebagai pengawas.
- Berumur tidak kurang daripada 19 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
- Mempunyai kelulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
- Sihat fizikal dan mental serta tiada penyakit kronik.
- Dapat memberikan komitmen sepenuhnya dan boleh mematuhi arahan/peraturan.
- Bagi pesara, keutamaan kepada yang mendapat pengesahan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta.
- Keutamaan kepada yang boleh memandu dan mempunyai lesen sah serta mempunyai kenderaan sendiri.
- Pelantikan petugas peperiksaan adalah sebagai pengawas peperiksaan sahaja.
- Had bilangan pengawas sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan Jabatan Pendidikan Negeri.
- Sekiranya pemohon tidak menerima surat perlantikan 3 hari sebelum peperiksaan/ujian bermula, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila mohon melalui pautan https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/.
Soalan Lazim
MUET adalah satu satu peperiksaan pentaksiran bahasa Inggeris di dunia yang mana ia adalah syarat wajib untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam/swasta di Malaysia serta penting untuk peluang kerjaya
Tarikh permohonan dibuka mulai 22 April hingga 15 Mei 2026.
Tarikh bertugas bagi pemohon yang berjaya adalah pada 27 Jun 2026.
Kadar bayaran ikhtisas yang ditetapkan adalah RM50 dan elaun perjalanan kenderaan adalah RM0.85 bagi setiap kilometer (terhad kepada 500 kilometer pertama).
– Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
– Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
– Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah Swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
– Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) /Pekerja Kontrak Kerajaan
– Kakitangan Bukan Kerajaan/ Pesara kerajaan/ Pesara Swasta
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP, JPN) di negeri pilihan yang dikemukakan permohonan.
Baca juga: Sijil MUET Hilang? – Ini Cara Dapatkan Salinan Semula




