Sijil MUET Hilang? – Ini Cara Dapatkan Salinan Semula

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anda hilang sijil MUET? Jangan risau. Sijil MUET yang hilang boleh didapatkan semula melalui sistem e-Sijil di pautan berikut: https://sijil.mpm.edu.my/

Permohonan untuk mendapatkan Sijil MUET melalui e-Sijil adalah terhad kepada ujian MUET yang telah diduduki dalam tempoh lima tahun ke belakang sahaja.

Untuk tempoh lebih 5 tahun kebelakang, permohonan boleh dilakukan di portal berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijilmuet/

Rujuk panduan dan cara dapatkan salinan Sijil MUET secara dalam talian di bawah.

Apa Itu Sijil MUET?

Sijil MUET (Malaysian University English Test) adalah perakuan rasmi yang mengesahkan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda bagi tujuan akademik dan kerjaya di Malaysia.

Ia dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan merupakan syarat wajib untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

MUET terdiri daripada empat modul iaitu:

  • Kertas 1 (Listening)
  • Kertas 2 (Speaking)
  • Kertas 3 (Reading)
  • Kertas 4 (Writing)

Tahap Penguasaan: Bermula Band 1.0 hingga Band 5+

Tempoh Sah Laku Sijil: Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Bagi mereka yang memerlukan keputusan segera, MPM menyediakan pilihan MUET on Demand yang dijalankan secara berkomputer.

Cara Mohon Salinan Sijil MUET

Bagi calon yang kehilangan sijil MUET (telah menduduki ujian MUET dalam tempoh 5 tahun kebelakang) atau calon yang menduduki ujian MUET bermula Sesi 2 Tahun 2024, anda boleh memuat turun salinan e-Sijil MUET secara percuma dengan merujuk cara-caranya di bawah:

  1. Layari Portal e-Sijil MPM di https://sijil.mpm.edu.my/muet
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Anda boleh pilih untuk muat turun dan cetak sijil digital tersebut dalam format PDF atau dicetak oleh MPM.
  4. Klik Setuju untuk teruskan kepada proses pembayaran.
  5. Masukkan nombor telefon dan emel > Klik Teruskan Pembayaran
  6. Buat pembayaran melalui FPX.
  7. Selesai.

NOTA:

  • Cetakan sijil PDF pula akan dikenakan bayaran RM20 dan sijil perlu dicetak dalam masa 48 jam.
  • Cetakan sijil oleh MPM akan dikenakan bayaran RM60 tidak termasuk kos postage. Masa penghantaran akan mengambil masa 2 hari.
1. Layari Portal e-Sijil MPM di https://sijil.mpm.edu.my/muet > Klik “Click Here”

2. Pilih PDF SELF PRINT atau PRINTING BY MPM
PDF SELF PRINT > Klik Agree and Proceed to Payment

PRINTING BY MPM > Klik Agree and Order.

SIJIL MUET
3. Masukkan nombor telefon dan emel. Klik, proceed to payment.

Selesaikan proses pembayaran atas talian dan anda boleh muat turun / cetal sijil MUET anda atau tunggu penghantaran salinan sijil MUET oleh MPM (sekiranya anda pilih printing by MPM).

Cara Dapatkan Sijil MUET – Tempoh Lebih 5 Tahun Kebelakang

Bagi calon yang ingin memohon sijil MUET tetapi sudah menduduki MUET lebih 5 tahun ke belakang, MPM menyediakan sistem khusus untuk permohonan salinan sijil bagi rekod lama.

Anda boleh rujuk cara-cara di bawah:

  1. Layari Sistem Salinan Sijil MUET: http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijilmuet/
  2. Masukkan maklumat yang diminta (No. Kad Pengenalan dan No. Telefon).
  3. Maklumat keputusan MUET akan dipaparkan. Tandakan butang dan klik ‘Teruskan’.
  4. Isi maklumat yang diperlukan seperti emel dan pilih kaedah; mengambil sendiri atau Pos Laju. Sekiranya calon pilih Pos Laju, masukkan alamat yang tepat. > Klik ‘Teruskan’.
  5. Klik ‘Bayar’.
  6. Selesaikan pembayaran.

Setelah bayaran berjaya dilakukan, satu paparan mesej akan dipaparkan sebagai makluman permohonan.

Mengambil Sendiri:

  • Sekiranya calon memilih kaedah ‘Mengambil Sendiri’, makluman akan menyatakan tarikh dan waktu pengambilan serta lokasi pengambilan salinan sijil.
  • Calon boleh mencetak makluman tersebut dengan mengklik butang ‘Cetak’.
  • Untuk menutup paparan, klik butang ‘Tutup’.

Poslaju:

  • Sekiranya calon memilih kaedah ‘Poslaju’, paparan mesej akan memaparkan makluman berkaitan tempoh penghantaran serta alamat penghantaran yang telah diisi oleh calon.
  • Calon boleh mencetak makluman tersebut dengan mengklik butang ‘Cetak’.
  • Untuk menutup paparan, klik butang ‘Tutup’.

    Sekiranya data anda tidak dijumpai dalam sistem online tersebut (terutama untuk sesi yang terlalu lama), anda perlu menghubungi MPM terus melalui e-mel:

    • Alamat E-mel: [email protected].
    • Maklumat Wajib Sertakan:
      • Nama penuh (seperti dalam IC).
      • Nombor Kad Pengenalan.
      • Tahun menduduki ujian MUET.
      • Nama sekolah atau pusat ujian tempat anda menduduki peperiksaan.

    MANUAL PERMOHONAN SALINAN SIJIL MUET

    Rujuk panduan bergambar di bawah:

    Tempoh Permohonan Sijil MUET

    Permohonan untuk mendapatkan Sijil MUET melalui e-Sijil adalah terhad kepada ujian MUET yang telah diduduki dalam tempoh lima tahun ke belakang sahaja.

    Bagi calon yang ingin mendapatkan Sijil MUET untuk tempoh yang melebihi lima tahun ke belakang, calon boleh mendapatkan Sijil MUET secara dalam talian di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijilmuet/.

    Sekiranya maklumat calon tiada, sila e-melkan pertanyaan ke alamat [email protected] dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, tahun menduduki Ujian MUET dan nama sekolah/pusat ujian menduduki MUET.

    Keterangan Band MUET

    MUET (Malaysian University English Test) kini menggunakan sistem penyelarasan dengan CEFR (Common European Framework of Reference for Languages) untuk memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris anda.

    Berikut adalah ringkasan keterangan setiap Band mengikut format terkini:

    Tahap Proficient (Cekap)

    • Band 5+ (Skor 331–360) / CEFR C1+
    • Band 5.0 (Skor 294–330) / CEFR C1

    Tahap Independent (Berikhtiar)

    • Band 4.5 (Skor 258–293) / CEFR B2
    • Band 4.0 (Skor 211–257) / CEFR B2
    • Band 3.5 (Skor 164–210) / CEFR B1
    • Band 3.0 (Skor 123–163) / CEFR B1

    Tahap Basic (Asas)

    • Band 2.5 (Skor 82–122) / CEFR A2
    • Band 2.0 (Skor 36–81) / CEFR A2
    • Band 1.0 (Skor 1–35) / CEFR A1

    Maklumat Lanjut

    Untuk dapat maklumat lanjut dan info terkini mengenai cara dapatkan sijil MUET hilang, sila rujuk:

    1. Portal Majlis Peperiksaan Malaysia
    2. Portal MyGovernment
    3. Soalan Lazim MUET

    Soalan Lazim Sijil MUET Hilang

    Bolehkah saya dapatkan semula sijil MUET yang hilang?

    Ya, anda boleh memohon salinan sijil MUET atau penyata keputusan MUET yang disahkan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal e-Sijil atau MPM.

    Berapa bayaran untuk salinan sijil/penyata MUET?

    – RM20 (PDF SELF PRINT)
    – RM60 (PRINTING BY MPM)
    – RM60 (SALINAN > 5 TAHUN)

    Bagaimana cara memohon sijil yang hilang?

    Cara permohonan berbeza mengikut tempoh masa anda menduduki peperiksaan:
    Sesi <5 Tahun Lepas: Gunakan sistem e-Sijil MUET. Anda boleh memuat turun PDF (RM20) atau meminta MPM mencetak dan mengepos sijil fizikal (RM60).
    Sesi >5 Tahun Lepas: Gunakan portal Salinan Sijil MUET untuk memohon salinan fizikal (RM60). [, 2]

    Berapa lama proses penggantian sijil?

    – Secara Kaunter: Jika anda hadir sendiri ke pejabat Majlis Peperiksaan Malaysia di Selayang, sijil biasanya boleh siap dalam masa 30 minit.
    – Secara Pos/Online: Sijil akan dipos dalam masa dua hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima oleh pihak MPM.

    Berapa lama tempoh sah laku sijil MUET?

    Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
    – Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
    – Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut