Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pendaftaran STPM 2027 secara rasmi dibuka bermula 19 Jun 2026 (Jumaat) jam 10:00 pagi sehingga 3 Julai 2026 (Jumaat) jam 11:00 malam.

Proses pendaftaran ini dilakukan secara dalam talian (online) sepenuhnya mengikut kategori calon masing-masing.

STPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya Universiti di negara-negara Komanwel dan Amerika Syarikat.

Untuk makluman, STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang turut menyediakan Malaysian University English Test (MUET).

Pendaftaran STPM 2027 Dibuka 19 Jun hingga 3 Julai 2026 - MPM
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Tarikh Pendaftaran STPM 2027

Lepasan SPM yang berminat untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat STPM boleh lakukan permohonan secara atas talian bermula:

  • Tarikh Buka: 19 Jun 2026 (Jumaat) bermula jam 10:00 pagi.
  • Tarikh Tutup: 3 Julai 2026 (Jumaat) sehingga jam 11:00 malam.

Baca Juga : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) : Tahap, Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier

Kaedah Pendaftaran Mengikut Kategori Calon

Kaedah pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (jenis 1), calon sekolah agama kerajaan negeri (jenis 7), dan calon sekolah integriti (jenis 8) adalah secara dalam talian melalui URL yang beralamat: https://mympm.mpm.edu.my

Bagi calon sekolah swasta (jenis 2), Setiausaha Peperiksaan (SUP) hendaklah mendaftarkan calon dengan menghubungi Bahagian Pengendalian STPM dan MUET di alamat e-mel [email protected]

Calon Persendirian Individu (jenis 3) perlu mendaftar secara dalam talian melalui pautan https://mympmapp.mpm.edu.my

pendaftaran STPM 2027 1
Sumber: ePortal MyMPM

Kelebihan Sijil STPM

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah:

  • Setaraf dengan A-Level
  • Diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education, United Kingdom
  • Setaraf dengan diploma
  • Diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk perjawatan dalam perkhidmatan awam

Pelajar lepasan SPM yang menepati syarat am dan syarat khas kemasukan layak ditawarkan secara automatik untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam.

Sumber: MyGovernment

Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6

Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Syarat Am

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
  • Syarat Khas
  • Bidang STEM – Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Bidang Sains Sosial
  • Sekolah Menengah Harian
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6 – Murid Bekerperluan Khas

Syarat Am:

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Syarat Khas:

  • Bidang STEM
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Bidang Sains Sosial
  • Sekolah Menengah Harian
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Rujuk maklumat lebih lanjut mengenai Tingkatan 6 di: laluan-pendidikan-akademik/tingkatan-enam

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STPM 2027, sila rujuk Panduan Pendaftaran Calon STPM dan Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2027 di Portal MPM www.mpm.edu.my

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]

Selain itu, murid juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing.

Soalan Lazim Pendaftaran STPM 2027

Bilakah tarikh pendaftaran STPM 2027 dibuka?

Pendaftaran calon bagi peperiksaan STPM 2027 secara rasmi dibuka bermula 19 Jun 2026 (Jumaat) jam 10:00 pagi sehingga 3 Julai 2026 (Jumaat) jam 11:00 malam.

Bilakah tarikh akhir pendaftaran STPM 2027?

Pendaftaran ditutup sepenuhnya pada 3 Julai 2026 jam 11:00 malam.

Berapakah yuran pendaftaran STPM 2027?

Calon Sekolah Kerajaan: Percuma (ditanggung kerajaan).
Calon Persendirian: RM120.00 untuk yuran asas, tambah RM90.00 bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Apa subjek yang wajib diambil?

Semua calon wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Am.

Adakah had umur untuk calon persendirian?

Tiada had umur. Sesiapa sahaja yang sudah bekerja atau sudah berumur tetap layak mendaftar.

Apakah kaedah pendaftaran STPM 2027 bagi setiap kategori calon yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)?

– Calon Sekolah Kerajaan, Agama Negeri & Integriti (Jenis 1, 7, 8): Secara dalam talian di pautan mpm.edu.my (diuruskan oleh pihak sekolah).
– Calon Sekolah Swasta (Jenis 2): Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah mendaftar melalui e-mel ke [email protected].
– Calon Persendirian Individu (Jenis 3): Mendaftar sendiri secara dalam talian di pautan mpm.edu.my.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS