Pencen Ilat adalah skim bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (SOCSO) yang diberikan kepada pekerja yang mengalami keilatan atau penyakit kronik yang menyebabkan mereka tidak lagi mampu bekerja.
Bagi melayakkan diri, pencarum mestilah mengemukakan notis keilatan sebelum mencapai usia 60 tahun dan memenuhi syarat caruman minimum yang ditetapkan, sama ada melalui tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan.
Kadar bayaran yang diterima adalah antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan pekerja, dengan jaminan bayaran minimum sebanyak RM550 sebulan mengikut ketetapan tahun 2026.
Rujuk info penuh mengenai Pencen Ilat PERKESO termasuk syarat kelayakan, cara mohon, kadar bayaran dan sebagainya di bawah.
Ringkasan Pencen Ilat PERKESO
- Bantuan kewangan bulanan untuk pekerja yang tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit kronik atau keuzuran kekal (seperti kanser, strok, kegagalan buah pinggang, atau sakit mental).
- Syarat Kelayakan:
- Berumur di bawah 60 tahun semasa memohon.
- Keupayaan bekerja merosot sehingga kurang 1/3 daripada individu sihat.
- Memenuhi syarat caruman minimum (sekurang-kurangnya 24 bulan caruman).
- Kadar Bayaran:
- Antara 50% hingga 65% daripada purata gaji bulanan.
- Minimum RM550 sebulan (berkuat kuasa 2026).
- Dibayar seumur hidup selagi masih ilat.
- Manfaat Tambahan:
- Elaun Layanan Sentiasa: RM500 sebulan bagi yang perlukan penjaga.
- Kemudahan Pemulihan: Rawatan dialisis percuma, bekalan kerusi roda, kaki palsu, dan lain-lain.
- Kaedah Permohonan: Secara dalam talian melalui portal Lindung Faedah atau hadir ke pejabat PERKESO dengan membawa Borang 34 dan Laporan Perubatan.

Apakah Pencen Ilat PERKESO?
Pencen Ilat disediakan oleh PERKESO sebagai bentuk perlindungan kewangan bulanan bagi pekerja yang tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit kronik atau keuzuran kekal.
Seseorang pekerja dianggap mengalami keilatan jika keupayaan fizikal atau mentalnya merosot sehingga kurang daripada satu pertiga berbanding individu sihat, dan keadaan tersebut disahkan oleh Jemaah Doktor sebagai sukar untuk sembuh.
Penyakit-penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang, strok, dan masalah jantung merupakan antara penyakit/keilatan yang melayakkan seseorang untuk membuat tuntutan pencen ini.

Untuk membuat permohonan, pencarum perlu menghantar notis sebelum berumur 60 tahun serta memenuhi kriteria caruman yang ditetapkan, sama ada mengikut tempoh kelayakan penuh mahupun dikurangkan.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah dalam lingkungan 50% hingga 65% daripada purata gaji bulanan mereka, dengan kadar minimum ditetapkan sebanyak RM550 sebulan mengikut polisi tahun 2026.
Bayaran ini akan diteruskan selagi penerima masih dalam keadaan ilat atau sehingga meninggal dunia, yang mana selepas itu, bantuan tersebut akan diteruskan kepada waris dalam bentuk Pencen Penakat.
Di samping pencen bulanan, skim ini turut merangkumi manfaat sampingan seperti Elaun Layanan Sentiasa bagi pesakit yang memerlukan penjagaan rapi, serta bekalan alat bantuan pemulihan seperti kerusi roda dan kemudahan rawatan dialisis.
Proses permohonan boleh diuruskan dengan mudah secara atas talian melalui portal Lindung Faedah atau dengan menyerahkan Borang 34 secara manual di mana-mana cawangan PERKESO.

INFO TAMBAHAN:
1. Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
- Ini adalah bantuan tambahan bagi mereka yang bukan sahaja tidak mampu bekerja, malah tidak mampu menguruskan diri sendiri dalam aktiviti harian (seperti makan, mandi, atau bergerak).
- Kelayakan: Diberikan kepada penerima Pencen Ilat yang disahkan oleh Jemaah Doktor memerlukan layanan peribadi daripada orang lain secara berterusan.
- Jumlah: RM500 sebulan.
- Tujuan: Untuk membantu menampung kos penjagaan atau upah pembantu.
2. Bantuan Ilat
- Bantuan ini diberikan sebagai ganti kepada Pencen Ilat sekiranya anda tidak layak menerima pencen bulanan kerana caruman yang tidak mencukupi.
- Kelayakan: Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor tetapi gagal memenuhi syarat tempoh kelayakan caruman minimum (tidak cukup bulan mencarum).
- Cara Bayaran: Dibayar secara sekali gus (pukal/one-off), bukannya bulanan.
- Jumlah: Amaunnya adalah bersamaan dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja dan majikan beserta faedahnya.
Jangan keliru antara Pencen Ilat, Bantuan Ilat dan Elaun Layanan Sentiasa (ELS) okay.
BACA JUGA: Pencen Penakat PERKESO – Bantuan Bulanan Jika Pasangan Meninggal
Syarat Kelayakan
Berikut ialah syarat kelayakan untuk memohon Pencen Ilat:
- Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima;
atau - Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
– Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
– Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
– Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu - Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
- Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan.
Tempoh Kelayakan Penuh
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
- Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
- Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)
Cara Mohon Pencen Ilat PERKESO
Permohonan Pencen Ilat boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu secara dalam talian (online) atau secara manual di cawangan PERKESO (SOCSO).
Kaedah 1: Permohonan Secara Atas Talian (Online)
Permohonan boleh dibuat terus melalui portal Lindung Faedah.
- Daftar/Log Masuk: Daftar sebagai pengguna di portal Lindung Faedah.
- Pilih Jenis Faedah: Pilih menu Permohonan Faedah dan klik pada Pencen Ilat (Keilatan).
- Isi Maklumat: Lengkapkan butiran keilatan, perihal keuzuran, dan maklumat hospital/klinik yang merawat.
- Muat Naik Dokumen: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dalam format digital.
- Hantar: Pastikan semua maklumat benar sebelum menekan butang hantar.
Rujuk video panduan permohonan faedah Pencen Ilat & Pencen Penakat di bawah:
Kaedah 2: Permohonan Secara Fizikal (Kaunter PERKESO)
- Hadir ke mana-mana cawangan fizikal Pejabat PERKESO berhampiran dengan membawa dokumen lengkap.
- Sediakan Borang: Muat turun dan lengkapkan Borang 34 (Notis Keilatan) dari laman web rasmi PERKESO.
- Hantar Permohonan: Serahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan di kaunter.
Dokumen diperlukan:
- Borang 34 yang telah lengkap diisi.
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang).
- Laporan Perubatan asal daripada hospital atau klinik yang merawat.
- Salinan Penyata Gaji atau rekod caruman (jika ada).
- Salinan Penyata Maklumat Akaun Bank (untuk urusan pengkreditan pencen).
Selepas permohonan dihantar, anda akan dipanggil untuk penilaian oleh Jemaah Doktor bagi mengesahkan tahap keilatan sebelum keputusan kelulusan dikeluarkan.
Senarai Borang Perlu Diisi untuk Permohonan Pencen Ilat (Secara Manual)
1. BORANG 34 – BORANG BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH
- Bagi Notis Keilatan, borang ini digunakan untuk menuntut Pencen Ilat atau Bantuan Ilat bagi pekerja yang mengalami keuzuran kekal, tidak kira dari segi mental atau fizikal, serta tidak lagi berupaya mencari nafkah.
2. Panduan Mengisi Borang 34 – BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH
Rujuk panduan mengisi Borang 34 di bawah:


3. Senarai Semak Borang 34
4. Laporan Perubatan – Ilat
Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan hospital atau klinik
yang merawat pesakit berkenaan sahaja.
5/ BORANG BKA-1 / BORANG A (Penyertaan Pembayaran Faedah Melalui Akaun Bank)
Fungsi: Membenarkan pihak PERKESO memasukkan bayaran wang pencen terus ke dalam akaun bank peribadi milik waris secara bulanan (direct credit).
Kadar Bayaran Pencen Ilat PERKESO
Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.
Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.
Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan.
- Tarikh masuk skim > 01/03/2012
- Tarikh Notis Keilatan diterima > 01/07/2015
- Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 03/2012–06/2015
- Berdasarkan contoh di bawah, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar.
- Tarikh masuk skim > 01/07/1999
- Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
- Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
- 2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
- Berdasarkan contoh di bawah, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:


Contoh Pengiraan Bagi Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan:
Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
- Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan.
- Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.
Pengiraan untuk caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar:
- Tarikh masuk skim > 01/07/1999
- Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
- Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
- 1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman
- Berdasarkan contoh di bawah, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan.

Berapa Jumlah Pencen Ilat PERKESO jika Gaji RM2,500 sebulan?
Berdasarkan gaji RM2,500 sebulan, jumlah Pencen Ilat yang boleh anda terima adalah antara RM1,250 hingga RM1,625 sebulan mengikut ketetapan PERKESO (SOCSO).
Jumlah sebenar bergantung kepada berapa lama anda telah mencarum dengan formula berikut:
1. Kadar Permulaan (50%)
Jika anda memenuhi tempoh kelayakan penuh (mencarum sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan sebelum tarikh notis), anda layak mendapat 50% daripada gaji purata.
- Pengiraan: 50% x RM2,500 = RM1,250 sebulan.
2. Kadar Tambahan (Sehingga 65%)
Bagi setiap 12 bulan caruman tambahan yang anda bayar melebihi tempoh 24 bulan pertama, kadar pencen akan meningkat sebanyak 1%. Kadar maksimum yang boleh dicapai adalah 65%.
- Jika layak 65%: 65% x RM2,500 = RM1,625 sebulan.
3. Syarat Penting Lain
- Gaji Purata Anggapan: Pengiraan ini menggunakan “gaji bulanan purata anggapan” berdasarkan jadual caruman PERKESO, bukan sekadar gaji bersih.
- Pencen Minimum: Walaupun gaji seseorang sangat rendah, PERKESO menjamin bayaran minimum sebanyak RM550 sebulan.
- Perlindungan 24 Jam: Bermula Jun 2026, PERKESO memperluas perlindungan melalui Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang meliputi kecederaan di luar waktu bekerja.
NOTA: Pengiraan ini adalah sebagai contoh pengiraan asas sahaja. Sila rujuk laman web perkeso untuk mengetahui nilai sebenar.
Salah Faham Pencen Ilat
- Ramai masih salah faham tentang permohonan Pencen Ilat di bawah Akta 4 PERKESO. Ada yang anggap, jika terasa penat, lenguh lutut atau stres kerja, itu sudah layak mohon ilat. Hakikatnya, tidak semudah itu.
- Pencen Ilat diberikan kepada individu yang mengalami keuzuran kekal, penyakit serius yang tidak boleh sembuh, atau kehilangan sekurang-kurangnya â…“ keupayaan bekerja secara kekal.
- Penting untuk difahami, keputusan permohonan Ilat tidak ditentukan oleh PERKESO, sebaliknya oleh panel doktor pakar bertauliah yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tiada kompromi, tiada kabel, tiada keputusan suka-suka.
- Contoh individu yang layak mohon ilat termasuk pesakit buah pinggang kronik yang menjalani dialisis tiga kali seminggu, atau mereka yang mengalami kecacatan fizikal kekal yang menghalang mereka untuk bekerja seperti biasa.
- Jika sekadar lutut bengkak selepas futsal tapi masih lincah berlari ke warung atau buat konten TikTok — itu belum layak. Mungkin lebih sesuai mohon cuti sakit, bukan pencen ilat.
- PERKESO komited untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan perlindungan sosial jangka panjang. Tetapi pemahaman yang tepat perlu ada, supaya sistem ini tidak disalah guna dan terus relevan untuk semua.
- Untuk maklumat lanjut atau semakan kelayakan, layari www.perkeso.gov.my dan muat turun applikasi Prihatin PERKESO.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen ILAT Perkeso ini, sila rujuk:
- Portal rasmi PERKESO
- Portal Lindung Faedah PERKESO
- Facebook PERKESO
ATAU
Hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:
- Talian Khidmat Pelangan PERKESO 1-300-22-8000
- Emel: [email protected].
Anda juga boleh hadir terus ke mana-mana cawangan Pejabat PERKESO terdekat di seluruh negara untuk berurusan di kaunter bagi mendapatkan semakan rekod caruman penuh orang berinsuran (OB).
Soalan Lazim Pencen Ilat PERKESO
skim bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (SOCSO) yang diberikan kepada pekerja yang mengalami keilatan atau penyakit kronik yang menyebabkan mereka tidak lagi mampu bekerja.
Anda layak jika disahkan menghidap keilatan kekal oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Syarat utama termasuk:
– Berumur di bawah 60 tahun semasa Notis Keilatan diterima.
– Memenuhi syarat tempoh kelayakan caruman (sama ada tempoh penuh atau dikurangkan).
– Keupayaan bekerja merosot sehingga kurang 1/3 daripada orang normal.
– Pencen Ilat: Bayaran bulanan seumur hidup untuk mereka yang cukup tempoh caruman.
– Bantuan Ilat: Bayaran sekali gus (one-off) untuk mereka yang disahkan ilat tetapi tidak cukup tempoh caruman minimum.
Anda mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan atau Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dalam tempoh 90 hari dari tarikh keputusan diterima
Ya, penyakit kronik seperti kanser (terutamanya tahap 3 atau 4), penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, dan strok sering diluluskan jika ia menghalang anda daripada bekerja. Namun, keputusan akhir bergantung sepenuhnya kepada penilaian Jemaah Doktor.
Kadar bantuan Pencen Ilat yang diberikan oleh PERKESO (SOCSO) adalah antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan.
– Kadar Permulaan (50%): Anda layak menerima 50% daripada gaji purata jika anda memenuhi syarat tempoh kelayakan caruman minimum (contohnya, mencarum sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan sebelum tarikh notis).
– Kadar Tambahan (+1%): Bagi setiap 12 bulan caruman tambahan yang dibayar melebihi tempoh kelayakan minimum, kadar pencen akan meningkat sebanyak 1%.
– Kadar Maksimum (65%): Peningkatan kadar ini dihadkan sehingga maksimum 65% daripada gaji bulanan purata anggapan.
– Bayaran Minimum: PERKESO menjamin bayaran bulanan tidak kurang daripada RM550 sebulan.
– Bayaran Maksimum: Berdasarkan siling gaji caruman RM6,000 (berkuat kuasa Oktober 2024), jumlah maksimum pencen bulanan boleh mencecah sehingga RM3,867.50.
Pencen Ilat akan dihentikan dan digantikan dengan Pencen Penakat yang akan dibayar kepada waris (suami/isteri atau anak di bawah 21 tahun) yang layak.
Proses yang memerlukan penilaian Jemaah Doktor biasanya mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan selepas dokumen lengkap diterima. Anda boleh menyemak status permohonan atau membuat tuntutan secara digital melalui portal Lindung Faedah.




