Pencen Penakat PERKESO ialah bantuan kewangan bulanan yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans (pekerja) meninggal dunia sebelum berumur 60 tahun akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Permohonan bagi tuntutan Pencen Penakat boleh dilakukan melalui portal rasmi PERKESO di lindungfaedah.perkeso.gov.my
Pencen Penakat PERKESO adalah salah satu bentuk perlindungan bagi mereka yang kehilangan pasangan di bawah Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA).
Kadar Pencen Penakat yang layak diterima adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550.00 sebulan dan maksimum RM3,867.50 sebulan.
Rujuk info penuh mengenai Pencen Penakat termasuk cara mohon, syarat dan kelebihannya di bawah.
Ringkasan Pencen Penakat PERKESO
- Pencen Penakat dibayar kepada tanggungan apabila Penama (Orang Berinsurans) meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tiada kaitan dengan pekerjaan.
- Syarat kelayakan:
- Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan).
- Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen Ilat tanpa mengambil kira umurnya.
- Tempoh Kelayakan:
- Caruman bulanan telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
- Caruman bulannanya telah dibayar tidak kurang dari 2/3 bulan-bulan genap yang terkanding dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.
- Kadar pencen Penakat: Anggaran dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan (tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550).
- Orang Tanggungan:
- Balu / Duda layak menerima faedah seumur hidup meskipun balu / duda berkahwin semula.
- Anak layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).
- Bagi anak yang masih belajar di Institusi pengajian Tinggi, akan menerima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal).
- Bagi anak yang terencat akal atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya.
- Jika OB tidak meninggalkan balu atau duda atau anak:
- Ibu/Bapa layak menerima faedah seumur hidup.
- Adik beradik layak menerima faedah sehingga 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).
- Nenek/ Datuk (sekiranya ibu bapa tiada) layak menerima faedah seumur hidup.
- Permohonan tuntutan Pencen Penakat boleh dilakukan melalui lindungfaedah.perkeso.gov.my
Apakah Pencen Penakat PERKESO?
Pencen Penakat PERKESO ialah bantuan kewangan bulanan yang disediakan di bawah Skim Keilatan untuk melindungi kebajikan orang tanggungan sekiranya Orang Berinsurans (pekerja) meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan, seperti penyakit kronik atau kemalangan domestik.
Manfaat ini diberikan kepada waris yang layak seperti balu atau duda secara sepanjang hayat, serta anak-anak kandung/anak angkat (pastikan ada sijil pengangkatan) sehingga mereka mencapai umur 21 tahun atau menamatkan pengajian ijazah pertama di universiti.
Bagi memastikan kelayakan, pekerja mestilah meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun serta memenuhi syarat minimum tempoh caruman, atau meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen Ilat tanpa mengira had umurnya.
Kadar bayaran bulanan yang disalurkan adalah di antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan si mati, dengan jaminan bayaran kadar minimum sebanyak RM550 sebulan bagi membantu kelangsungan hidup keluarga yang ditinggalkan.
Permohonan tuntutan faedah ini boleh dikemukakan oleh waris terdekat dengan mengisi Borang 34 bersama dokumen sokongan lengkap di mana-mana cawangan fizikal atau secara digital melalui portal rasmi PERKESO di lindungfaedah.perkeso.gov.my
Ringkasan
Melalui caruman PERKESO, keluarga anda dilindungi dengan Pencen Penakat sebagai jaminan masa depan mereka.
- Balu menerima pencen sepanjang hayat
- Anak-anak dibantu hingga tamat pengajian
- Bantuan pengurusan jenazah turut disalurkan






Syarat Kelayakan
Berikut ialah syarat kelayakan bagi tuntutan Pencen Penakat PERKESO yang terkini (2026):
Syarat Kelayakan Utama Ahli (Si Mati)
- Had Umur: Orang Berinsurans (pekerja) meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun.
- Penerima Pencen Ilat: Pekerja meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen Ilat (tanpa mengira had umur semasa kematian).
- Sebab Kematian: Kematian berlaku akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan (contohnya penyakit kronik, serangan jantung, atau kemalangan domestik di rumah).
Syarat Tempoh Kelayakan Caruman (Pilihan Skim)
Pekerja mestilah memenuhi salah satu daripada dua jenis syarat caruman di bawah untuk melayakkan waris menerima pencen bulanan:
1. Tempoh Kelayakan Penuh
- Caruman bulanan pekerja telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematian; atau
- Caruman bulanan pekerja telah dibayar tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada bulan-bulan genap dalam tempoh sejak tarikh mula mencarum PERKESO sehingga tarikh kematian (dengan syarat jumlah keseluruhan caruman mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan).
- Kadar Pencen Waris: Layak menerima kadar penuh antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan.
2. Tempoh Kelayakan Dikurangkan
- Caruman bulanan pekerja telah dibayar tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) daripada bulan-bulan genap dalam tempoh sejak tarikh mula mencarum PERKESO sehingga tarikh kematian (dengan syarat jumlah keseluruhan caruman mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan).
- Kadar Pencen Waris: Layak menerima kadar dikurangkan iaitu 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
Syarat Kelayakan Orang Tanggungan (Waris)
Pencen akan dibayar mengikut susunan keutamaan waris yang ditinggalkan seperti berikut:
- Balu atau Duda: Perkahwinan mestilah sah di sisi undang-undang. Layak menerima pencen sepanjang hayat (pencen tidak akan dihentikan walaupun balu/duda berkahwin baharu).
- Anak-anak: Anak kandung, anak tiri, atau anak angkat yang sah. Layak menerima pencen sehingga mencapai umur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama di universiti. Bagi anak yang mengalami cacat mental atau fizikal (tidak berupaya menanggung diri sendiri), pencen dibayar sepanjang hayat.
- Ibu atau Bapa: Hanya layak jika si mati tidak meninggalkan balu/duda atau anak yang layak. Menerima pencen sepanjang hayat.
- Adik-beradik: Hanya layak jika si mati tidak meninggalkan balu/duda, anak, atau ibu bapa. Layak menerima pencen sehingga mencapai umur 21 tahun.
Cara Semak Status Kelayakan Caruman
Untuk menyemak status kelayakan caruman si mati bagi tuntutan faedah seperti Pencen Penakat atau Faedah Pengurusan Mayat (FPM), anda perlu mengesahkan jumlah bulan caruman sebenar melalui PERKESO (SOCSO).
Anda boleh menyemak pendaftaran dan sejarah caruman si mati menggunakan nombor MyKad melalui saluran berikut:
- Aplikasi MyPERKESO: Muat turun aplikasi mudah alih untuk semakan pantas sejarah caruman.
- Portal e-Semak: Layari e-Semak PERKESO untuk menyemak status pendaftaran pekerja secara terus.
- Portal ASSIST: Jika anda mempunyai akses sebagai majikan atau waris yang berdaftar, gunakan Portal ASSIST untuk melihat rekod caruman yang lebih terperinci.
Anda juga boleh:
- Hubungi Talian Khidmat Pelanggan: 1-300-22-8000.
- Hadir ke Pejabat PERKESO: Waris dinasihatkan hadir ke cawangan terdekat dengan membawa dokumen asal seperti Sijil Kematian dan Kad Pengenalan waris untuk pengesahan kelayakan.
Cara Mohon Pencen Penakat PERKESO
Cara memohon Pencen Penakat PERKESO boleh dilakukan melalui dua kaedah utama:
- Secara atas talian (online) melalui https://lindungfaedah.perkeso.gov.my/auth/
- Secara serahan fizikal di cawangan pejabat PERKESO.
Kaedah 1: Permohonan Secara Atas Talian (Online)
Sistem pengurusan Portal Lindung Faedah PERKESO membolehkan waris menghantar tuntutan secara digital sepenuhnya.
- Layari Portal: Buka pelayar web dan akses terus ke laman utama Portal Lindung Faedah.
- Daftar Akaun: Daftar akaun baharu sebagai Orang Tanggungan (Waris) menggunakan nombor kad pengenalan anda.
- Pilih Jenis Tuntutan: Log masuk ke dalam sistem, klik pada menu permohonan tuntutan faedah, dan pilih kategori Pencen Penakat (Notis Kematian).
- Isi Maklumat: Lengkapkan semua maklumat si mati (Orang Berinsurans) serta maklumat butiran peribadi anda selaku pemohon.
- Muat Naik Dokumen: Ambil gambar atau imbas (scan) semua dokumen sokongan asal dalam format PDF atau JPEG yang jelas, kemudian muat naik ke dalam sistem.
- Hantar & Cetak Ringkasan: Klik butang hantar. Penghantaran digital melalui portal ini tidak memerlukan tandatangan fizikal penuntut kerana ia disahkan secara elektronik melalui akaun pengguna.
Dokumen diperlukan adalah:
- Kad pengenalan bahagian hadapan dan belakang OB
- Sijil Kematian/Permit Kubur,
- Sijil nikah
- Penyata maklumat akaun bank
- Bukti Pertalian IbuBapa/Adik (Sijil Lahir Orang Berinsurans, K/P Ibu Bapa, Sijil Lahir Adik)
- Akaun Bank Orang tanggungan
Muat turun panduan pengguna Portal Lindung Faedah PERKESO untuk mengetahui cara permohonan Pencen Penakat secara online dengan lebih terperincI. Rujuk bermula muka surat 20.

Kaedah 2: Permohonan Secara Fizikal (Kaunter PERKESO)
Jika anda memilih untuk berurusan terus secara bersemuka, ikut langkah manual ini:
- Muat Turun Borang: Dapatkan salinan cetakan Borang 34
- Isi Borang: Isi borang secara manual menggunakan pen dakwat hitam atau biru. Bagi kes kematian, pastikan bahagian Seksyen A (Butiran Ahli) dan Seksyen G (Notis Kematian) diisi lengkap.
- Lengkapkan Borang Bayaran: Sediakan bersama Borang A (Penyertaan Pembayaran) bagi menentukan akaun bank untuk pengkreditan duit pencen bulanan kelak.
- Sediakan Dokumen Sokongan: Sertakan satu set salinan dokumen yang telah disahkan seperti Sijil Kematian ahli, Sijil Nikah (waris balu/duda), Sijil Lahir anak-anak bawah 21 tahun, serta salinan penyata akaun bank penuntut. Bawa juga dokumen asli untuk pengesahan.
- Hadir ke Cawangan: Bawa semua borang yang lengkap ditandatangani berserta dokumen sokongan fizikal tersebut ke mana-mana cawangan Pejabat Pejabat PERKESO yang berhampiran dengan lokasi anda untuk penyerahan fail.
Senarai Borang Perlu Diisi untuk Permohonan Pencen Penakat (Secara Manual)
Sila muat turun borang dan panduan lengkap di bawah:
1. BORANG 34 – BORANG BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH
Fungsi: Mengisytiharkan notis kematian ahli (Orang Berinsurans) serta melaporkan maklumat pekerjaan dan gaji kepada PERKESO.
2. BORANG BKA-1 / BORANG A (Penyertaan Pembayaran Faedah Melalui Akaun Bank)
Fungsi: Membenarkan pihak PERKESO memasukkan bayaran wang pencen terus ke dalam akaun bank peribadi milik waris secara bulanan (direct credit).
3. BORANG 24 (Borang Tuntutan Pencen Penakat / Faedah Orang Tanggungan)
Fungsi: Mendaftarkan maklumat peribadi waris/penuntut (balu, duda, anak-anak) yang layak untuk menuntut bayaran pencen.
4. BORANG AKUAN OLEH ANAK BAGI FAEDAH PENCEN PENAKAT (Peraturan 117)
Fungsi: Surat akuan bersumpah untuk mengesahkan anak si mati masih belum berkahwin, belum bekerja, atau disertakan Lampiran A jika anak berusia 21 tahun ke atas dan masih belajar di IPTA/IPTS.
5. BORANG 26 – BORANG TUNTUTAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT -FPM
Fungsi: Borang ini digunakan untuk memohon bantuan bayaran tunai pengurusan jenazah sekaligus (one-off) sebanyak RM3,000.
5. PANDUAN MENGISI BORANG 34 – BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH
Rujuk panduan mengisi Borang 34 di bawah:


6. SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN BORANG 34 – BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH
7. SENARAI SEMAK DOKUMEN TUNTUTAN PENCEN PENAKAT & PENGURUSAN MAYAT
Rujuk pautan berikut untuk senarai borang-borang berkaitan yang lain: https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/rujukan/borang-borang.html
Kadar Bayaran Pencen Penakat PERKESO
NOTA: Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.
Contoh Pengiraan: Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
- Tarikh masuk skim > 01/09/2011
- Tarikh kematian > 01/01/2015
- Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014
Dalam tempoh 40 bulan, majikan mestilah telah membayar caruman PERKESO sekurang-kurangnya 24 bulan. Jika cukup 24 bulan, waris lulus untuk mendapat Kadar Kelayakan Penuh (asas 50%).

Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar.
- Tarikh masuk skim > 01/07/1999
- Tarikh kematian > 01/01/2015
- Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
- 2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
Maksudnya, pekerja tersebut mesti mempunyai sekurang-kurangnya 124 bulan caruman yang telah dibayar sepanjang tempoh 15 tahun beliau bekerja untuk melayakkan waris mendapat pencen penuh.

Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:

Bagaimana Kadar 59% Terhasil?
Undang-undang PERKESO menetapkan kadar asas pencen adalah 50%. Namun, untuk menghargai pekerja yang mencarum lebih lama daripada syarat minimum, PERKESO memberikan bonus 1% bagi setiap 12 bulan caruman tambahan.
- 133 bulan (jumlah caruman) – 24 bulan (syarat asas)=109 bulan lebihan yang layak menerima bonus 1% bagi setiap 12 bulan.
- (133 – 24) ÷ 12: Formula ini untuk mengira berapa banyak “bonus 1%” yang layak ditambah ke atas kadar asas 50% milik si mati.
Contoh Pengiraan Bagi Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen Penakat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
- Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh kematian.
- Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.
Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar.
- Tarikh masuk skim > 01/07/1999
- Tarikh kematian > 01/01/2015
- Tempoh bulan caruman
- Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
- 1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman

Berdasarkan contoh di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
Orang Tanggungan dan Kadar Harian
Berikut ialah pecahan kadar agihan mengikut kategori Orang Tanggungan:
1. Tanggungan Utama (Jika Ada Balu/Duda dan Anak)
Jika pekerja meninggalkan pasangan dan anak-anak, kadar pencen bulanan dibahagikan seperti berikut:
- Balu atau Duda: Menerima 3/5 (60%) daripada jumlah kadar pencen bulanan ahli. Bayaran diberikan sepanjang hayat walaupun berkahwin baharu.
- Anak-anak: Menerima 2/5 (40%) daripada jumlah kadar pencen bulanan ahli. Bahagian ini dibahagikan sama rata sesama bilangan anak yang layak.
Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:

2. Tanggungan Sekunder (Jika TIADA Balu/Duda atau Anak)
Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:
- Ibu dan Bapa: Menerima 4/10 (40%) daripada jumlah kadar pencen bulanan ahli.
- Adik-beradik (Jika Tiada Ibu Bapa/Datuk Nenek): Menerima 3/10 (30%) daripada jumlah kadar pencen bulanan ahli. Dibahagi sama rata sehingga mereka berumur 21 tahun.
- Datuk dan Nenek (Jika Ibu Bapa Tiada): Menerima 4/10 (40%) daripada jumlah kadar pencen bulanan ahli seumur hidup.

Berapa Jumlah Pencen Penakat PERKESO jika Gaji RM2,500 sebulan?
Jika gaji bulanan terakhir si mati ialah RM2,500, nilai Gaji Bulanan Purata Anggapan di bawah jadual caruman PERKESO dikira tetap sebagai RM2,500.
Berikut adalah anggaran pengiraan jumlah wang Pencen Penakat bulanan yang akan diterima oleh waris (balu/duda dan anak-anak):
Langkah 1: Tentukan Kadar Peratusan Pencen Ahli
Peratusan pencen ditentukan oleh jumlah bulan caruman terkumpul si mati sepanjang hayat kerjayanya:
- Kadar Minimum (50%): Jika memenuhi syarat kelayakan asas (caruman 24 bulan).
- Kiraan: RM2,500 × 50% = RM1,250 sebulan.
- Kadar Maksimum (65%): Jika si mati mempunyai sejarah caruman yang panjang (melebihi 15–20 tahun ke atas).
- Kiraan: RM2,500 × 65% = RM1,625 sebulan.
Langkah 2: Pembahagian Syer Kepada Orang Tanggungan
Berdasarkan jumlah keseluruhan pencen ahli, duit ini akan dibahagikan mengikut pecahan waris sedia ada.
Sebagai contoh mudah, kita ambil Kadar Asas Kelayakan Penuh iaitu 50% (memenuhi syarat kelayakan caruman 24 bulan) sebagai rujukan agihan di bawah:
Jadi kita ikut nilai kiraan; RM2,500 × 50% = RM1,250 sebulan.
Situasi A: Meninggalkan Balu/Duda dan Anak-anak
- Syer Balu / Duda (3/5 atau 60%): RM1,250 × 60% = RM750 sebulan (dibayar sepanjang hayat) [pencen penakat perkeso].
- Syer Anak-anak (2/5 atau 40%): RM1,250 × 40% = RM500 sebulan (dibayar sehingga umur 21 tahun atau tamat ijazah pertama) [pencen penakat perkeso].
- Contoh: Jika ada 2 orang anak, RM500 dibahagi dua iaitu RM250 sebulan bagi setiap anak.
Situasi B: Si Mati Bujang (Tiada Pasangan & Tiada Anak)
- Syer Ibu dan Bapa Kandung (4/10 atau 40%): RM1,250 × 40% = RM500 sebulan (ibu mendapat RM250, bapa mendapat RM250 sepanjang hayat mereka).
NOTA: Pengiraan ini adalah sebagai contoh pengiraan asas sahaja. Sila rujuk laman web perkeso untuk mengetahui nilai sebenar.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen Penakat Perkeso ini, sila rujuk:
- Portal rasmi PERKESO
- Portal Lindung Faedah PERKESO
- Facebook PERKESO
ATAU
Hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:
- Talian Khidmat Pelangan PERKESO 1-300-22-8000
- Emel: [email protected].
Anda juga boleh hadir terus ke mana-mana cawangan Pejabat PERKESO terdekat di seluruh negara untuk berurusan di kaunter bagi mendapatkan semakan rekod caruman penuh si mati.
Soalan Lazim Pencen Penakat PERKESO
Pencen Penakat PERKESO ialah bantuan kewangan bulanan yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans (pekerja) meninggal dunia sebelum berumur 60 tahun akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan (waris) sekiranya si mati (pencarum) memenuhi syarat caruman yang ditetapkan seperti:
1. Balu atau Duda
2. Anak-anak
Jika tiada pasangan dan anak-anak;
3. Ibu atau Bapa Kandung
4. Datuk atau Nenek
5. Adik-beradik
Tidak. Pasangan (balu atau duda) yang layak akan terus menerima bayaran Pencen Penakat sepanjang hayat mereka, walaupun mereka membuat keputusan untuk berkahwin lain.
Anak tersebut masih layak menerima pencen sehingga beliau menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang pertama.
Ya, layak. Dengan syarat anak angkat tersebut telah didaftarkan secara sah di bawah undang-undang, atau anak tiri tersebut terbukti sah berada di bawah tanggungan penuh si mati sebelum tarikh kematian berlaku.
Tiada had masa yang menyekat tuntutan, namun waris disarankan memohon dengan kadar segera (dalam tempoh 12 bulan).
Jika jumlah caruman tidak mencukupi syarat minimum kelayakan pencen bulanan, waris tidak layak mendapat pencen bulanan. Bagaimanapun, waris masih boleh memohon Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar (one-off) sekiranya memenuhi syarat asas kematian yang lain.
Bayaran bulanan biasanya akan dikreditkan ke akaun bank waris di antara tarikh 20 hingga 25 hari bulan pada setiap bulan.
Berikut ialah bayaran untuk setiap bulan bagi tahun 2026:




