Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim sekali lagi memperkenalkan Inisiatif Bantuan Pemeriksaan Kesihatan Mamogram dan Ultrasound secara percuma khusus untuk golongan wanita Johor yang boleh dipohon menerusi https://forms.gle/5jonTrt7y1W7cMLW6.
Berikut adalah info dan maklumat mengenai pemeriksaan ini.

Mengenai Pemeriksaan Mammogram & Ultrasound Percuma
Inisiatif Bantuan Pemeriksaan Kesihatan Mamogram dan Ultrasound merupakan inisiatif di bawah Belanjawaan Johor 2026 di bawah Teras 3 : Jaringan Keselamatan Sosial yang berobjektifkan meningkatkan kesedaran golongan wanita di Negeri Johor mengenai kepentingan ujian mamogram dan bahaya kanser payudara.
Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh YPKDT dengan kerjasama KPJ Healthcare dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor sepanjang tahun 2026.
Untuk makluman, Kanser Payudara merupakan antara penyumbang utama kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan wanita di Malaysia dan statistik kebangsaan menunjukkan bahawa kadar pengesanan awal masih berada pada tahap yang membimbangkan, terutamanya dalam kalangan wanita berpendapatan rendah dan mereka yang kurang akses kepada kemudahan pemeriksaan kesihatan.
Situasi ini turut memberi kesan kepada wanita di Negeri Johor, khususnya golongan B40, ibu tunggal, suri rumah dan wanita berisiko tinggi yang sering berdepan kekangan kos dan kurang pendedahan mengenai keperluan menjalani saringan awal.

Sasaran Inisiatif
Inisiatif ini mensasarkan kepada golongan wanita berusia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti mana yang berikut :
- Wanita 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Tidak menjalani pemeriksaan mammogram dalam tempoh 2 tahun
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan yang disediakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut :
- Perkhidmatan saringan pemeriksaan mamogram
- Perkhidmatan saringan pemeriksaan ultrasound
- Konsultasi pakar
Tempat Saringan
Terdapat 7 hospital-hospital KPJ Wilayah Selatan yang menjadi tempat saringan :
- KPJ Johor Specialist Hospital
- KPJ Puteri Specialist Hospital
- KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital
- KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital
- KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital
- KPJ Kluang Specialist Hospital
- KPJ Batu Pahat Specialist Hospital
Cara Memohon
Untuk memohon inisiatif ini, pemohon boleh mengisi borang permohonan di pautan https://forms.gle/5jonTrt7y1W7cMLW6.
Soalan Lazim
Inisiatif ini merupakan inisiatif di bawah Belanjawaan Johor 2026 di bawah Teras 3 : Jaringan Keselamatan Sosial untuk meningkatkan kesedaran golongan wanita di Negeri Johor mengenai kepentingan ujian mamogram dan bahaya kanser payudara.
Syarat untuk memohon inisiatif ini adalah seperti:
– Wanita 18 tahun dan ke atas
– Warganegara Malaysia
– Tidak menjalani pemeriksaan mammogram dalam tempoh 2 tahun
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
– Perkhidmatan saringan pemeriksaan mamogram
– Perkhidmatan saringan pemeriksaan ultrasound
– Konsultasi pakar
– KPJ Johor Specialist Hospital
– KPJ Puteri Specialist Hospital
– KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital
– KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital
– KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital
– KPJ Kluang Specialist Hospital
– KPJ Batu Pahat Specialist Hospital
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
- YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM
Tel Pejabat : 07-2666526 / 07-2667353 / 07-2667355
Emel : [email protected] - JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Tel Pejabat : 07-2245180/188/189
Emel : [email protected]
HOSPITAL KPJ WILAYAH SELATAN
- KPJ JOHOR SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 07-2253000 ext. 174/608
No. Hotline : 017-5857310
Emel : [email protected] - KPJ PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 07-2253222
No. Hotline : 019-7742692
Emel : [email protected] / [email protected] - KPJ BANDAR DATO’ ONN SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 07-3011104
No. Hotline : WhatsApp (message only) 07-3011104
Emel : [email protected]
P.I.C: Encik Mohamad Arif bin Nayan - KPJ PASIR GUDANG SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 07-2573999/ 07-2573999
No. Hotline : WhatsApp (message only) 011-20737515
Emel: [email protected] - KPJ BANDAR MAHARANI SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 06-9564500
No. Hotline : 013-7579500
Emel : [email protected] - KPJ BANDAR BATU PAHAT SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 07-4591000
No. Hotline : 013-296 2387
Emel : [email protected] - KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL
Tel Pejabat : 07-7718999
No. Hotline : 019-7350838
Emel : [email protected]
Baca juga: Skim Kesihatan Wanita Selangor (Mammogram Percuma)




