SOP Pemakaian Uniform & Baju Sukan Sekolah KPM 2024

TERKINI : KPM memutuskan sesi 2024/2025 pemakaian uniform sekolah & baju sukan seperti berikut:

  • 2 hari pakaian seragam
  • 1 hari pakaian kokurikulum
  • 2 hari pakaian sukan

Berikut dikongsikan berita lanjut mengenai pemakaian baju sukan dan uniform sekolah yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula Mac ini.

Sumber: BERNAMA

SOP Pakaian Sekolah & Baju Sukan KPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM juga diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian seragam kokurikulum.

“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2024 di sini, hari ini.

Kelonggaran pemakaian baju sukan dibuat KPM sejak 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.

baju sukan sekolah 2 hari
Sumber: Astro Radio News

Pada 11 Januari lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa pihak mereka mengumpul pandangan dan input daripada semua pihak berhubung garis panduan pemakaian murid ke sekolah, sama ada tidak perlu memakai pakaian seragam untuk sesi persekolahan akan datang.

Ia berikutan timbulnya pelbagai maklumbalas dan saranan ibu bapa yang menyuarakan cadangan bagi meneruskan pemakaian baju sukan di sekolah kerana ianya lebih selesa, praktikal dan memudahkan anak-anak di sekolah.

Isu ini juga diharap dapat diumumkan lebih awal kerana ingin membantu ibu bapa membuat persediaan lebih awal sebelum sesi persekolahan baru bermula pada Mac 2024 ini.

Berikut juga dikongsikan video penjelasan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung penetapan pemakaian baju uniform sekolah dan pakaian sukan / kokurikulum di sekolah KPM :

Sumber: Twitter Astro Awani

TERKINI : SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2024 BERKAITAN KETETAPAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM OLEH MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

pemakaian uniform sekolah 2024 kpm
pemakaian uniform sekolah 2024 baju sukan kpm
pemakaian uniform sekolah 2024

Muat turun melalui pautan di bawah:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!