Pemakaian Baju Batik Wajib Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam

PEMAKAIAN BAJU BATIK MALAYSIA SEMASA WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos 2023.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui Surat Edaran JPA.100-1/4/1(13).

Pemakaian batik digalakkan pada hari bekerja yang lain

Berikut dikongsikan lampiran lengkap dan tatacara yang berkaitan dengan pemakaian Baju Batik bagi Penjawat Awam.

Pemakaian Baju Batik Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam – 2023

Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, kecuali kepada pegawai yang:

  1. Dibekalkan pakaian seragam
  2. Menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu

Tatacara pemakaian batik boleh dirujuk di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (SPP1/2006).

Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang termasuklah :
(a) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga,
(b) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima,
(c) berkolar Nehru butang terselindung,
(d) berkolar Mandarin berbutang tiga.

pemakaian baju batik  penjawat awam 2023
pekeliling pemakaian baju batik  penjawat awam 2023
pekeliling pemakaian baju batik  penjawat awam 2023
Sumber : FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI

Untuk makluman, pemakaian batik Malaysia oleh Pegawai Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985.

Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai watisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, Kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain.

Arahan pemakaian ini berkuatkuasa dari 21 Ogos 2023, dan pemakaian surat edaran ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkausa dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Muat turun Surat Edaran JPA.100-1/4/1 (13) pada pautan:

https://www.jpa.gov.my/…/3131-pemakaian-pakaian-batik…

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Tel: 603 8000 8000

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Muat Turun : SURAT EDARAN JPA.100-1/4/1(13)

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!