Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Bayaran RM600

PEMBERIAN BANTUAN SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) BAGI KATEGORI PENERIMA STR YANG LAYAK

TERKINI : Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan pada Jumaat, 14 Julai 2023.

bantuan SARA
Bantuan SARA diberikan dalam bentuk kredit etunai MyKasih RM100 sebulan di Semenanjung, manakala RM600 diberikan secara one-off bagi penerima di Sabah & Sarawak.

Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.

Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.

Status kelayakan ini juga akan dipaparkan pada ruangan status STR Fasa 3, seperti dalam tangkap layar di bawah:

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.

sumbangan tunai rahmah str tambahan

Apakah Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Sila rujuk infografik Kementerian Kewangan di bawah:

STR Tambahan
STR Tambahan
sumbangan asas rahmah SARa

10 KATEGORI BARANGAN ASAS YANG BOLEH DIBELI:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Tepung
  5. Minuman
  6. Bahan perasa
  7. Biskut
  8. Mi segera
  9. Makanan dalam tim
  10. Minyak masak
sumbangan asas rahmah SARa

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
sumbangan asas rahmah

Semakan Kelayakan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023.

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda digalakkan untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

bantuan SARA

Ini kerana, berbeza dengan penerima SARA di Semenanjung Malaysia, penduduk di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 melalui akaun bank yang telah didaftarkan.

(Kaedah bayaran adalah berdasarkan kaedah bayaran STR Fasa 3.)

Penerima di Semenanjung juga boleh membuat semakan di laman web STR di pautan yang sama : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Namun, sekiranya layak, anda perlu membuat semakan status terkini di portal MyKasih secara bulanan kerana bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat (RM100 sebulan bagi tempoh 6 bulan).

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
sumbangan asas rahmah bantuan sara
Contoh paparan bagi penerima yang layak.

Pautan semakan pantas:

https://apps.mykasih.net

sumbangan asas rahmah bantuan sara

Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran di sini: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:

LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula Isnin, 17 Julai 2023.

Bantuan ini akan diberikan selama 6 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023 (bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia). *Manakala bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran sebanyak RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan dikreditkan sekaligus.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)
sumbangan asas rahmah str 2023 tambahan
Sumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Tarikh pelaksanaan SARa adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:

  • 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
  • 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor
  • 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

SOALAN LAZIM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: