Cara Daftar Public Bank Online Banking (pbebank.com)

PBeBank atau ringkasnya PBe merupakan perkhidmatan online banking atau perbankan internet yang disediakan oleh pihak Public Bank bagi para pelanggan mereka.

Perkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi.

PBe memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.

Adakah anda pengguna CIMB Bank? Maka anda perlu mendaftarkan diri dengan CIMB Clicks.

Syarat kelayakan

pbebank

Untuk memohon akaun PBe, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  2. Miliki mana-mana produk Public Bank berikut: –
    • Akaun simpanan
    • Akaun terkini
    • Pinjaman atau Sewa Beli
    • Kad kredit

Sekiranya anda memenuhi syarat di atas, teruskan bacaan untuk mengetahui cara untuk mendaftar dan mengaktifkan akaunan PBeBank anda dengan salah sat cara di bawah.

1. Daftar di mesin ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM berdekatan dengan anda
  2. Masukkan kad dan PIN nombor
  3. Pilih “Other Services”
  4. Pilih “Registe Internet Banking”
  5. Masukkan nombor telefon untuk menerima nombor PAC untuk pengesahan
  6. Tetapkan password PBeBank anda
  7. Untuk penggunaan kali pertama, layari laman PBe di https://www.pbebank.com/ dan klik pada butang ” First Time”

2. Daftar di kaunter

Ini merupakan cara konvensional namun mungkin mengambil sedikit masa kerana anda perlu hadir ke cawangan Public Bank terdekat, mengambil nombor giliran dan menunggu sehingga nombor anda dipangil.

Anda akan diminta untuk mengisi borang sebelum nombor anda dipanggil ke kaunter

3. Daftar di website PBeBank

  1. Layari https://www2.pbebank.com/
  2. Klik pada “Login” yang terletak pada penjuru atas bahagian kanan
  3. Pilih PBe
  4. Klik pada pautan “Register”
  5. Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki sehingga anda selesai

Transaksi dengan PBeBank adalah dijamin selamat sekiranya anda menyimpan dengan baik maklumat akaun anda dan tidak mendedahkannya atau berkongsi dengan mana-mana individy lain.

Pertanyaan / khidmat pelanggan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin berhubung dengan bahagian khidmat pelanggan PBeBank untuk apa jua urusan, boleh hubungi mereka dengan cara berikut:

Telefon: 603-2179 9999 

Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!