Pasport Malaysia Baharu : Ciri-Ciri & Lokasi Pengeluaran

passport malaysia baharu
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jabatan Imigresen (JIM) mengumumkan akan mengeluarkan Pasport Malaysia Baharu yang dilengkapi bakal dilengkapi 94 ciri keselamatan bermula 1 Jun 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pasport ini.

Mengenai Pasport Malaysia Baharu

Pasport merupakan dokumen perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara untuk perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.

Ia merupakan hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa yang mengandungi maklumat pemegang.

Namun, mulai 1 Jun pasport baharu akan diperkenalkan bagi memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Sebelum ini, pasport lama hanya mempunyai 49 ciri keselamatan, namun untuk pasport baharu, ia mempunyai 94 ciri keselamatan.

Tarikh Pengeluaran

Orang ramai boleh mendapatkan pasport baharu ini mulai 1 Jun 2026.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Imigresen Malaysia mengingatkan orang ramai untuk tidak tergesa-gesa menukar pasport baharu kerana pasport lama dengan tempoh sah lebih enam bulan, masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.

Ciri-Ciri Baharu

Pasport baharu akan dilengkapi 94 ciri keselamatan antaranya:

  • Hologram
  • Cetakan ultraviolet (UV)
  • Elemen visual tersembunyi
  • Jahitan benang pada buku pasport dengan ciri keselamatan
  • Beberapa ciri forensik khas yang sukar dipalsukan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi memperoleh pasport Malaysia ini adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia sahaja.

Bayaran Pasport

Bayaran yang dikenakan bagi pengeluaran pasport adalah seperti berikut:

Kategori PemegangBayaran
Pemohon Biasa (13 Tahun – 59 Tahun )RM200.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)RM100.00
Kanak-Kanak (12 Tahun Ke Bawah)RM100.00
Pelajar Mengikuti Program Ijazah Luar Negara ( 21 Tahun Ke Bawah)RM100.00
Jemaah Haji (Surat Tawaran dari Lembaga Tabung Haji)RM100.00
Orang Kelainan UpayaPercuma

Untuk pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Institut Pengajian Tinggi  (IPT) di luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan. 
  • Resit bayaran yuran pendaftaran.
  • Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)

Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Lokasi Pengeluaran

Pengeluaran pasport baharu secara berperingkat mulai Jun 2026 sebelum pelaksanaan penuh pada Julai 2026.

Fasa permulaan pengeluaran melibatkan empat pejabat iaitu:

  • Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya
  • Pejabat Pasport Jalan Duta
  • UTC Wangsa Maju
  • Pejabat Imigresen Shah Alam

Permohonan Pasport

Untuk mereka yang tidak pernah mempunyai pasport dan ingin memohon, mereka perlu berkunjung di mana-mana pejabat Imigresen yang berhampiran.

Namun, bagi mereka yang ingin memperbaharui pasport, pembaharuan boleh dibuat secara atas talian seperti berikut:

  1. Layari laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main.
  2. Klik bahagian “Permohonan Pasport – Application for the renewal of passport.”
  3. Isi maklumat butiran peribadi.
  4. Muat naik gambar pasport baharu mengikut spesifikasi imigresen (latar belakang putih, tidak memakai pakaian berwarna putih, dan menampakkan wajah dengan jelas).
  5. Pilih pejabat Imigresen yang ditetapkan untuk proses kutipan pasport.
  6. Buat bayaran secara dalam talian menggunakan kad kredit atau perbankan internet.

Soalan Lazim

Apakah perbezaan pasport lama dan baharu yang akan dikeluarkan?

Antara perbezaan utama ialah pasport lama hanya mempunyai 49 ciri keselamatan, namun untuk pasport baharu, ia mempunyai 94 ciri keselamatan.

Bilakah pasport baharu ini akan dikeluarkan?

Pasport ini akan dikeluarkan mulai 1 Jun 2026.

Apakah antara ciri-ciri baharu pasport ini?

Antara ciri-ciri yang bakal diperkenalkan adalah:
– Hologram
– Cetakan ultraviolet (UV)
– Elemen visual tersembunyi
– Jahitan benang pada buku pasport dengan ciri keselamatan
– Beberapa ciri forensik khas yang sukar dipalsukan

Dimanakah lokasi pasport baharu ini dikeluarkan?

Untuk permulaan, lokasi pasport baharu ini dikeluarkan adalah di:
– Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya
– Pejabat Pasport Jalan Duta
– UTC Wangsa Maju
– Pejabat Imigresen Shah Alam

Adakah saya boleh memperbaharui pasport saya secara atas talian.

Ya. Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Pasport Malaysia Baharu ini, sila layari laman web https://www.imi.gov.my.

Baca juga: Pasport Hilang Ketika Melancong: Apa Perlu Buat?

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut