Advertisements

Pas Keluarga Malaysia: Pakej, Harga & Cara Pembelian

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam

Pas Keluarga Malaysia ini membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan menggunakan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah RapidKL untuk satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

Hadir sama, Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Dr Shahidan Kassim; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah Group; Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Presiden dan CEO Prasarana, En Mohd Azharuddin Mat Sah; CEO MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim; dan Naib Pengerusi Eksekutif MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Ini bermakna, pakej baharu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hari ini akan membolehkan setiap penumpang menikmati perjalanan sepanjang hari dengan hanya RM3.75 mulai 1 Disember 2021.

pas keluarga malaysia

Menarik kan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini untuk makluman bersama.

Apakah Pas Keluarga Malaysia?

Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini membolehkan setiap keluarga warganegara Malaysia seramai 4 orang di dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Orang awam juga boleh mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

pas keluarga malaysia

Baca juga: Touch ‘n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online

Bagaimana Cara Mendapatkan Pas Ini?

Pas ini boleh dibeli di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej 4 orang.

Terma & Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Sah pada hari Sabri, Ahad & Cuti Umum
  • Perkhidmatan LRT, Monorel, MRT & LRT sahaja

Harga Pas Keluarga Malaysia

Harga pas ini dijual pada kadar berpatutan iaitu pada harga RM15 bermula 1 Disember ini.

Tarikh Pelaksanaan

Bermula 1 Disember 2021.

Baca juga: MyEG Login: Daftar & Renew Lesen Memandu / Roadtax / Insurans Kereta

Maklumat Lanjut

Mudah-mudahan Pas Keluarga Malaysia ini akan menggalakkan lebih ramai lagi menggunakan pengangkutan awam dan merangsang semula aktiviti ekonomi di sepanjang rangkaian pengangkutan awam di KL dan juga Selangor.

Untuk info lanjut, sila layari https://myrapid.com.my/

Leave a Comment