Parti Pejuang Tanahair : Sejarah, Organisasi & Calon PRU15

Pejuang Tanahair yang turut dikenali sebagai Parti Pejuang merupakan parti politik yang berada di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir. Ia juga merupakan salah satu parti daripada empat parti yang bergabung di bawah Gerakan Tanah Air.

Sempena pilihanraya umum ke-15 yang bakal berlangsung tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan beberapa informasi mengenai Parti Pejuang.

Sejarah Perjuangan

PEJUANG ditubuhkan selepas bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, Dato’ Amiruddin Hamzah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 28 Mei 2020.

Walaupun sudah didaftarkan sekitar Ogos 2020, namun Parti PEJUANG hanya diluluskan secara rasmi pada 8 Julai 2021 sebagai parti politik yang sah di Malaysia atas beberapa halangan.

Parti Pejuang akan mengunakan logo huruf jawi “Pa” yang berbentuk seakan-akan perisai berserta tiga titik di atasnya dan mempunyai tulisan “PEJUANG” di bawahnya.

parti pejuang

Maksud Logo Parti Pejuang

REKABENTUK

Lambang berbentuk huruf jawi “Pa” yang berbentuk seakan-akan perisai berserta tiga titik di atasnya dan mempunyai tulisan “PEJUANG” berwarna hitam di bawahnya. Warna lambang parti adalah biru pantone.

TIGA TITIK DI ATAS

Hidup ini asasnya bertunjangkan rukun yang dijunjung. Sebagai muslim dua rukun utama iaitu Rukun Iman, Rukun Islam dan sebagai rakyat Malaysia kita juga mesti menjunjung Rukun Negara. Maka lengkaplah perlambangan sebuah parti yang mempunyai asas yang amat kukuh. Antara lain, tiga perkara utama perjuangan politik PEJUANG ialah sentiasa berpandukan prinsip Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, dan Islam sebagai Agama Persekutuan.

PERISAI

Perisai adalah simbolik kepada pelindung, pertahanan dan para pejuang parti yang sentiasa sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Perisai PEJUANG ini secara khusus akan bertindak mempertahankan maruah Melayu dan rakyat Malaysia.

JAWI

Jawi dan Melayu boleh dikatakan sebagai satu dan huruf jawi dipilih kerana ia amat sinonim dengan Melayu. Huruf jawi “Pa” yang disusun gaya moden agar sentiasa bersesuaian dengan suasana negara, generasi era alaf baru dan masa depan. Penggunaan huruf Jawi (mewakili Melayu) juga selari dengan tujuan penubuhan dan keahlian parti PEJUANG khusus untuk Melayu yang bersifat inklusif dan moderat.

Baca Juga : [RASMI] Senarai Calon GTA – Parti Pejuang Tanah Air Bagi PRU15

Gabungan Parti Pejuang Dalam PRU15 / Gerakan Tanah Air (GTA)

Kerajaan tidak meluluskan Gerakan Tanah Air (GTA), maka oleh itu GTA terpaksa mengguna Parti Pejuang Tanah Air sebagai gantinya dalam PRU 15.

Menurut Pengerusinya, Tun Dr Mahathir bin Mohamad Gerakan Tanah Air ditubuhkan untuk melindungi dan memaju orang Melayu. Gerakan akan kembali kepada perjuangan asal UMNO.

Kerajaan GTA didakwa mampu memulihkan negara dan memajukan orang Melayu seperti UMNO dahulu kerana tumpuan mereka bukan untuk dapat tempat untuk diri sendiri tetapi untuk memulih politik, ekonomi dan kewangan negara, di samping mengatasi kemiskinan yang melemahkan ekonomi Melayu sehingga menjual tanah air mereka.

GTA menggunakan Parti Pejuang dalam PRU 15 ini kerana Kerajaan tidak melulus pendaftaran GTA. Tetapi Pejuang seperti juga GTA adalah Gerakan Rakyat Melayu yang prihatin akan masalah orang Melayu yang tidak dipedulikan oleh UMNO.

Sumber : DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Organisasi Kepimpinan Pejuang

Pengerusi – Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden – Mukhriz Mahathir

Timbalan Presiden – Marzuki Yahya

Setiausaha Agung – Amiruddin Hamzah

Bendahari – Dr Shahrudin Md Salleh

Ketua Penerangan – Ulya Husamudin

Ketua Pejuanita – Che Asmah

Ketua Pejuang Muda – Dr Abu Hafiz Salleh Hudin

Ketua Pejuanita Muda – Dr Nurul Ashikin Mabahwi

Pengerusi Biro Kebajikan – Abu Bakar Yahya

Pengerusi Biro Guaman – Mior Nor Haidir Suhaimi

Pengerusi Biro Ekonomi – Armin Baniaz Pahamin

Pengerusi Biro Perpaduan – Azman Mohd Hashim

Pengerusi Biro Penyelidikan – Akhramsyah Sanusi

Pengerusi Biro Agama – Ahamed Basheer Hussain

Pengerusi Biro NGO – Amir Khusyairi Mohamad Tanusi

Pengerusi Biro Latihan – Wan Azliana Wan Adnan

Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa – Tariq Ismail Mustafa

Pengerusi Biro Kepenggunaan – Afiqah Mohammad

Pengerusi Biro Hal Ehwal Sabah & Sarawak – Nicholas Sylvester @ Berry

Pengerusi Biro Perbendaharaan, Komunikasi & Multimedia – Nabil Nih Ramli

Ahli Jawatankuasa

  • Mohamad Nuhairi Rahmat
  • Ruslin Hassan
  • Sazmi Miah
  • Mohd Shaid Rosli
  • Fyzul Adzwan Mustapha Kamal

Pengarah Jabatan Pilihanraya – Anas Hafiz Mustaffa   

Senarai Calon PRU15 Parti Pejuang

Calon-calon yang bakal bertanding di bawah Parti Pejuang adalah seperti berikut :

Perlis

P.002 KANGAR – Nur Sulaiman Zolkapli

P.003 ARAU – Abdul Razak Abdul Khalek

Kedah

  • P.004 LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamad
  • P.005 JERLUN – Datuk Seri Mukhriz Mahathir
  • P.006 KUBANG PASU – Datuk Amiruddin Hamzah
  • P.007 PADANG TERAP – Razali Lebai Salleh
  • P.009 ALOR SETAR – Mohamad Nuhairi Rahmat
  • P.010 KUALA KEDAH- Ulya Aqamah Husamudin
  • P.015 SUNGAI PETANI – Marzuki Yahya

Kelantan

  • P.020 PENGKALAN CHEPA – Wan Ahmad Nasri Wan Ismail
  • P.024 KUBANG KERIANG – Mohamad Rizal Razali
  • P.028 PASIR PUTEH  – Wan Marzudi Wan Omar
  • P.031 KUALA KRAI – Norashikin Che Omar
  • P.032 GUA MUSANG – Dr. Samsu Adabi Mamat

Terengganu

  • P.033 BESUT – Wan Nazari Wan Jusoh
  • P.034 SETIU- Wan Adnan Wan Ali
  • P.039 DUNGUN – Nur Aisah Hassan
  • P.040 KEMAMAN – Rosli Ab Ghani

Perak

  • P.058 BAGAN SERAI – Ahmad Luqman Ahmad Yahaya 
  • P.059 BUKIT GANTANG – Mohd Shukri Mohd Yusoff
  • P.062 SUNGAI SIPUT – Ahmad Fauzi Mohd Jaafar
  • P.067 KUALA KANGSAR – Yusmalia Muhammad Yusof
  • P.069 PARIT – Faizol Fadzli Mohamad
  • P.072 TAPAH – Mior Nor Haidir Suhaimi
  • P.074 LUMUT – Mazlan Abdul Ghani

Pahang

  • P.079 LIPIS – Aishaton Abu Bakar
  • P.080 RAUB – Norkhairul Anuar Mohamed Nor
  • P.084 PAYA BESAR – Rosminahar Mohd Amin
  • P.085 PEKAN- Mohammad Radhi Abdul Razak
  • P.087 KUALA KRAU – Shahruddin Mohamed Salleh

Selangor

  • P.094 HULU SELANGOR – Harumaini Omar
  • P.096 KUALA SELANGOR- Mohd Shaid Rosli
  • P.107 SUNGAI BULOH – Mohd Akmal Mohd Yusof
  • P.108 SHAH ALAM- Muhammad Rafique Rashid Ali
  • P.101 HULU LANGAT – Markiman Kobiran
  • P.113 SEPANG – Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
  • P.118 SETIAWANGSA – Bibi Sunita Sakandar Khan
  • P.119 TITIWANGSA – Khairuddin Abu Hassan

Negeri Sembilan

  • P.128 SEREMBAN- Mohamad Jani Ismail 
  • P.131 REMBAU – Ramly Awaluddin

Melaka

  • P.134 MASJID TANAH – Handrawirawan Abu Bakar
  • P.137 HANG TUAH JAYA – Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh
  • P.139 JASIN – Mohd Daud Nasir

Johor

  • P.144 LEDANG – Rafidah Ridwan
  • P.149 SRI GADING- Mahdzir Ibrahim
  • P.150 BATU PAHAT – Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir
  • P.154 MERSING – Nurfatimah Ibrahim
  • P.160 JOHOR BHARU – Mohd  Akhiri Mahmood

Sabah

  • P.167 KUDAT – Nur Alya Humairah Usun Abdullah
  • P.168 KOTA MARUDU – Mohd Azmi Zulkiflee
  • P.170 TUARAN – Muminin Kalingkong @ Norbinsha
  • P.172 KOTA KINABALU – Roman Lo
  • P.175 PAPAR – Nicholas Sylvester
  • P.179 RANAU – Azizul  Julirin
  • P.182 PERSIANGAN – Jamani Derimin @ Gampalid
  • P.183 BELURAN – Hausing Sudin @ Samsudin
  • P.188 LAHAD DATU – Jani Kulmen
  • P.191 KALABAKAN – Nur Aini Abdul Rahman
parti pejuang

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkembangan Parti Pejuang Tanah Air, sila ikuti laman Facebook rasminya dan layari laman web mereka di pautan https://pejuang.org.my/

Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG),
N-02-08, Blok N, Conezion Commercial Centre, Lebuhraya IRC3, IOI Resort City,
62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon : +603 7612 3388

Emel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!