Advertisements

Parti MUDA : Senarai Calon PRU15, Latar Belakang, Pimpinan Tertinggi

Advertisements

Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) atau Parti Ikatan Demokratik Malaysia merupakan sebuah gerakan politik berbilang bangsa yang memperjuangkan isu-isu rakyat di dalam ruang lingkup perlembagaan Malaysia.

Parti yang berada di bawah pimpinan Syed Saddiq ini telah didaftarkan secara rasmi pada 23 Disember 2021.

parti muda

MUDA diilhamkan sebagai motor politik yang bertegas melampaui pergelutan personaliti pemimpin, sebaliknya berteraskan kepada gerakan dan politik gabungan yang pro-rakyat dan berbasis luas.

MUDA berpacu di atas landasan kepelbagaian ras, kesederhanaan, berpandukan dasar sosial, pro-pembaharuan dan bergerak berakarkan komuniti di ruangan lapangan.

Baca Juga : Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15

parti muda

5 Asas MUDA

1.Perwakilan Demokratik

Masyarakat Malaysia sudah lama terpinggir daripada struktur kuasa dan proses pembuatan keputusan dalam negara dan pembangunan dasar. Ia termasuk golongan belia, wanita, orang asli dan warga minoriti.

Proses monopoli dan hierarki kuasa perlu diratakan, supaya suara dan idea yang baru dapat menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia, dan MUDA adalah wadah utama dalam memimpin perjuangan ini.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

2.Keadaan Ekonomi

Pembentukan sistem pengagihan semula kekayaan yang saksama untuk setiap lapisan dan sektor masyarakat di Malaysia.

Pelaksanaan jaringan keselamatan sosial yang rentas etnik, agama, geografi dan lokasi, termasuk hak dan bantuan kebajikan untuk golongan miskin dan terpinggir dalam masyarakat.

3.Politik Baru

Politik baru mementingkan nilai dan praktik demokratik, membangunkan demokrasi akar umbi bagi memberdayakan komuniti dan ahli dalam parti.

Bertumpu kepada isu-isu yang terdekat, dan menghasilkan penyelesaian dan rencana gerak kerja yang lebih relevan dan berguna kepada keadaan dan daerah setempat.

4.Martabat Manusia

Kemajuan dan ketamadunan, bersama teras dan kompas moral sebuah masyarakat bergantung kepada cara ahli-ahlinya menjaga dan memberi perhatian terhadap nilai kemanusiaan untuk seluruh warganya termasuk komuniti-komuniti yang paling terpinggir dan memerlukan, dan secara sosial dan sejarahnya didiskriminasi.

5.Parti Untuk Semua Rakyat Malaysia

Politik nilai yang rentas etnik, agama, geografi dan lingkungan umur adalah masa depan negara Malaysia. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, kepercayaan, budaya dan fahaman.

Kepelbagaian ini adalah keadaan yang seharusnya diraikan dan dipertahankan, dan bukan dianggap sebagai beban dan sumber serta percikan untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia.

Pimpinan Tertinggi Muda

Presiden : Syed Saddiq Syed Abd Rahman

Timbalan Presiden : Amira Aisya Abd Aziz

Setiausaha Agung : Amir Hadi

Naib Presiden : Teo Lee Ken

Naib Presiden

  • Dr Thanussha
  • Shahrizal Denci
  • Zaidel Baharuddin
  • Radzi Tajuddin

Ketua Penerangan : Luqman Long

Ketua Turus : Shairy Hanapiah

JKEP

  • Beatrice Chin
  • Afiqah Zulkifli
  • Ismail Nasaruddin
  • Lim Wei Jiet
  • Warence Mudin
  • Dian Lee Cheng Ling
  • Khairil Zulfadhli
  • Aiyah Hanah
  • Dr Mathen Nair
  • Ainie Haziqah
  • Faezrah Rizalman

Senarai Calon Parti MUDA Untuk PRU15

  1. P.165 (Tanjung Piai) – Lim Wei Jiet
  2. P.041 (Kepala Batas) – Danial Abdul Majeed
  3. P.095 (Tanjong Karang) – Cikgu Rahayu
  4. P.134 (Masjid Tanah) – Mutalib Uthman
  5. P.146 (Muar) – Syed Saddiq
  6. P.168 (Kota Marudu) – Shahrizal Denci

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai Parti MUDA, sila layari laman rasi muda di pautan muda.my dan laman Facebook rasmi Parti MUDA.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment