Pantun Untuk Guru – Koleksi Pantun Sempena Hari Guru

Pantun Untuk Guru – Koleksi Pantun Untuk Cikgu Tersayang!

Tak dinafikan lagi, ruru merupakan antara tokoh yang paling berpengaruh dalam kehidupan seseorang.

Tokoh ini bukan sahaja ditugaskan untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak, malah dapat membimbing, memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak muridnya.

Hari Guru bakal disambut pada 16 Mei nanti, kadang-kadang tu habis idea nak beri ucapan kreatif pada guru kan?

Salah satu cara untuk berterima kasih kepada guru atas jasa mereka adalah dengan memberi mereka pantun yang bermakna.

Jom kami kongsikan beberapa pantun menarik untuk anda ucapkan kepada guru tersayang!

Pantun Untuk Guru – Koleksi Pantun Untuk Cikgu Tersayang!

PANTUN 1

Cantik bahasa si gadis desa,
Jinak merpati perilakunya,
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati, taati, dan muliakan dirinya.

PANTUN 2

Rusa diburu ada sebelas,
Tutup jerat menghadang Titi,
Jasa guru tak minta dibalas,
Cukup setakat mengenang bakti.

PANTUN 3

Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.

PANTUN 4

Menanam padi ketika siang,
Mengambil ikan untuk dimakan,
Setiap hari engkau berjuang,
Untuk pendidikan dan kemanusiaan.

PANTUN 5

Ke perpustakaan meminjam buku,
Buku dipinjam oleh si Iwan,
Banyak jasamu wahai guruku,
Terima kasih kami sampaikan.

Sumber infografik : PD Titi Teras,Balik Pulau,Pulau Pinang / Sumber Pantun : Google

PANTUN 6

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan dilupa.

PANTUN 7

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

PANTUN 8

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terbentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

PANTUN 9

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

PANTUN 10

Pukul baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

PANTUN 11

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Sumber: Perpustakaan Desa Kampung Sungai Gelam

Lagi Contoh Pantun Untuk Guru

Selendang di bahu ayu terserlah,
Cincin suasa bersulam permata,
Tiada tahu penat dan lelah,
Mendidik bangsa menggapai cita.

Pergi berburu ke padang rengat,
Panah siluman merentap kudup,
Pesan guru harus diingat,
Jadikan pedoman sepanjang hidup.

Angin menyeru sebentar hanya,
Tepian perigi kembang melati,
Jasa guru besar maknanya,
Kenanglah selagi terpahat di hati.

Pohon kuini berbuah lebat,
Mari dibidik dengan peluru,
Berdirinya kini kita yang hebat,
Bukankah dididik seorang guru?

Sumber: Tee Zac Zain

PANTUN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) TENTANG GURU

Ambillah kayu buatlah pondok,
Pondok dapat tempat berhenti,
Ambillah guru adatnya elok,
Elok beradat sifat terpuji.

Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.

Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

CONTOH PANTUN TAULADAN CIKGU UNTUK MURID

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Australia negeri kangguru
Malaysia alamnya permai
Sungguh mulia jasamu guru
Mendidik kami menjadi pandai

Kotabaru penuh pesona
Martapura si Kota Intan
Guru-guru yang bijaksana
Patut ditiru jadikan teladan

Dari Selayang ke pasar baru
Kita bertemu di rumah makan
Terimakasih untukmu guru
Budi jasamu tak terlupakan.

Bunga cengkeh, bunga matahari,
Harum wangi di ruang tamu;
Usahamu gigih setiap hari,
Mendidik kami tanpa jemu.

Laungan azan jauh kedengaran,
Hati tenang mengucap syukur;
Penuh sabar memberikan ajaran,
Kesalahan kami sentiasa ditegur.

Jarum emas di dalam peti,
Dibawa pergi sambil berlari;
Nasihat diberikan tidak berhenti,
Supaya kami membaki diri.

Wajahmu manis tersemat di hati,
Setiap masa bersuara tenang;
Wahai guru yang kami hormati,
Jasamu mulia tetap dikenang.

Sejambak bunga dari taman,
Untuk guru kuhadiahkan;
Pesananmu tetap jadi pedoman,
Mendorong aku mencapai kejayaan.

Sumber: Club Pantun Dan Seloka Melayu

Contoh Pantun Menghargai Jasa Guru

Kayu meranti kayu cendana,
Dibuat pondok tempat berteduh;
Adat berguru sopan bicara,
Adab dijaga ilmu penyuluh.

Kayu Meranti di buat papan,
Kayu cendana berbau wangi;
Guru mengajar penuh keikhlasan,
Demi kejayaan muridnya suatu hari nanti.

Sumber: نورعافيني راوزي فيني

Di hulu kali deras deruan,
Sampan ditambat menahan arus;
Guru menjadi penyuluh panduan,
Agar selamat ke jalan lurus.

Cerah bilik bersuluh dian,
Terang penjuru nyala apinya,
Gurulah sebaik contoh teladan,
Dipandang ilmu serta budinya

Sumber: Noor Haslina Ridzwan  

Nak tengok lagi contoh ucapan sempena hari guru? Jom baca artikel seterusnya:

Bantu kami share artikel ini: