Selamat Hari Guru 2026 – Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru

Thank You Teacher Appreciation Card.
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Selamat Hari Guru 2026 diucapkan kepada semua pendidik hebat.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 akan disambut di Perak pada 15 hingga 16 Mei 2026 dengan tema “Guru Bitara Nadi Negara”.

Guru bukan sahaja berperanan sebagai seorang pengajar, tetapi juga sebagai pembimbing, pemberi semangat serta teladan bagi setiap anak didik. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sambutan Hari Guru 2026 dan contoh ucapan yang boleh anda gunakan untuk memberi ucapan kepada guru-guru tercinta.

Tema & Tarikh Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026

Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Manakala, untuk sambutan Hari Guru Kebangsaan di Malaysia, ia akan disambut pada:

  • Tarikh: 15 & 16 Mei 2026
  • Tempat: Perak (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
  • Senarai Aktiviti:  (AKAN DIKEMASKINI KELAK)

Tema tahun ini adalah ‘Guru Bitara Nadi Negara’.

tema hari guru 2026

Untuk rekod, ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun 2023 yang lalu.

Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2026

Berikut dikongsikan ucapan Selamat Hari Guru 2026 yang boleh digunakan khas untuk guru-guru tersayang.

  1. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa guru tiada ternilai, mendidik kita hingga berjaya.
  2. Berkongsi kasih, menyemai sayang.. Walau budi guru tidak terbalas, mendidik anak bangsa.
  3. Diri ini asalnya sehelai kain putih. Terima kasih buat guru-guru yang sudi mencorakkannya. Kegigihanmu dalam mendidik akan dikenang selalu.
  4. Guru ibarat setang lilin yang sanggup membakar dirimu demi menerangi alam kegelapan. Jasamu amat kami sanjungi. Terima kasih cikgu!
  5. Hidup kami tandus, tanpa kata-katamu yang halus dan bijak. Kaulah guru, penerang hidup kami!
  6. Kelulusan dan keikhlasanmu membimbing kami, memberi kami seribu satu harapan di saat kami lemah dan berputus asa. Kau tak pernah menyerah dan mengaku kalah hingga terbalasnya segala usaha kami, bahkan doa dan air mata ibu bapa kami. Terima kasih guruku yang mulia.
  7. Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
  8. Orang hebat dapat melahirkan beberapa karya bermutu. Namun, guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat.
  9. Seorang guru adalah insan yang luarbiasa, mentor dan pendamping yang sangat hebat. Terima kasih untuk semuanya. Kaulah inspirasiku!
  10. Cikgu, Terima kasih kerana telah mempercayaiku ketika tidak ada orang lain yang melakukannya, termasuk diriku sendiri.
  11. Seorang guru memegang kunci untuk membuka pintu dunia. Selamat Hari Guru, wahai Guruku.
  12. Guru sejati bukanlah yang memiliki jawapan untuk segala pertanyaan muridnya,, tetapi yang membimbing muridnya untuk menemukan jawaban itu sendiri. Selamat Hari Guru, cikgu!
  13. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran, tetapi juga membentuk karakter, merangkul impian, dan menumbuhkan potensi setiap murid. Selamat Hari Guru, cikgu!
  14. Selamat Hari Guru, cikgu! Guru adalah lilin yang membakar dirinya untuk menerangi jalan bagi orang lain. Terima kasih atas jasa dan pengorbananmu.
  15. Selamat Hari Guru, cikgu! Tanpa mu siapalah kami.
selamat hari guru 2026
Thank You Teacher Appreciation Card.

Quotes Hari Guru

  1. “Guru adalah sumber inspirasi yang membantu mewujudkan potensi tersembunyi seseorang.”
  2. “Tidak semua superhero menggunakan jubah, sebagian memiliki Sarjana Pendidikan.” (Not all superheroes have capes, some have Teaching Degrees)
  3. “Guru adalah arkitek masa depan; mereka mewujudkan fondasi yang kukuh, menyokong inovasi, dan membimbing langkah-langkah menuju kemajuan.”
  4. “Guru yang luar biasa sukar ditemukan, terasa sangat sukar ketika harus dipisahkan, dan tidak mungkin dilupakan.” (A truly amazing teacher is hard to find, difficult to part with, and impossible to forget.)
  5. “Dengan setiap kata yang diucapkan dan setiap tindakan yang diambil, seorang guru membentuk jejak yang abadi dalam sejarah kehidupan seorang pelajar.”
  6. “Seorang guru adalah orang yang membuka pintu, tetapi kau harus memasuki ruang itu sendiri.” 
  7. “Guru yang baik boleh mencetuskan harapan, menyemarakkan imaginasi, dan menyemai minat belajar.”
  8. “Ketika seseorang mengajar, dua hidup terpengaruh. Satu adalah yang mengajar, kedua adalah yang diajar.” 
  9. “Seorang guru adalah teladan yang memperjuangkan nilai-nilai kehidupan.”
  10. “Kejayaan seorang guru diukur pada kesan yang ditinggalkannya dalam hati pelajar.”
  11. “Jika anda boleh membaca ini, ucapkan terima kasih kepada cikgumu.” (If you can read this, thank a teacher.)
  12. “Saya terhutang budi kepada ayah saya untuk hidup, tetapi kepada guru saya untuk hidup dengan baik.” (I am indebted to my father for living, but to my teacher for living well.)
  13. “Orang hebat dapat melahirkan karya yang bermutu, tetapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang hebat.”
  14. “Guru yang menginspirasikan menghasilkan murid yang terinspirasi”
  15. “Tanpa mu cikgu, siapalah kami”
  16. “Masa depan sebuah negara berada di tangan para guru”
  17. “Setiap orang menjadi guru, setiap rumah menjadi sekolah”
  18. “Seorang guru menyentuh hati, bukan sekadar menyentuh minda.”
  19. “Dari guru, kami belajar bukan hanya membaca, tetapi memahami erti kehidupan.”
  20. “Orang hebat dapat melahirkan beberapa karya bermutu, tetapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat.”
  21. “Kepada dunia, anda mungkin hanya seorang guru, tetapi bagi saya, anda adalah hero.” (To the world, you may just be a teacher, but to me, you are a hero.)
  22. “Dengan satu buku, satu pen, seorang kanak-kanak, dan seorang guru boleh mengubah dunia.” (One book, one pen, one child, and one teacher can change the world)
  23. “Jika sebuah negara ingin bebas rasuah dan menjadi sebuah negara yang mempunyai buah fikiran baik, terdapat tiga ahli masyarakat utama yang boleh membuat perubahan. Mereka adalah bapa, ibu, dan guru.” (If a country is to be corruption-free and become a nation of beautiful minds, I strongly feel there are three key societal members who can make a difference. They are the father, the mother, and the teacher)
  24. “Seorang guru akan memimpin tangan, membuka minda, dan menyentuh hati.” (A teacher takes a hand, opens a mind, and touches a heart.)
  25. “Guru adalah profesion yang mengajar semua profesion lain.” (Teaching is the profession that teaches all the other professions.)
selamat hari guru 2026

Contoh Pantun & Puisi Untuk Guru

Guru Oh Guru (Usman Awang, 1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

selamat hari guru 2026

Hadis Tentang Guru

Antara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:

  • Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW:

وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ

Maksudnya: “Sesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

  • Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

  • Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW:

فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِيْ عَلَى أَدْنَاكُمْ

Maksudnya: “Kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

  • Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

  • Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Maksudnya: “Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]

  • Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1141-irsyad-al-hadith-siri-ke-66-hari-guru-hadith-hadith-berkaitan-kelebihan-guru-dan-feqahnya

selamat hari guru 2026

Soalan Lazim Selamat Hari Guru

Apa Itu Hari Guru?

Hari Guru di Malaysia disambut setiap tahun pada 16 Mei untuk memperingati Laporan Razak 1956, yang menjadi asas kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sambutan ini menghargai jasa guru sebagai pendidik utama yang membentuk generasi muda, mengajar ilmu, akhlak dan nilai. Ia bermula secara rasmi pada 1972 dan melibatkan majlis, ucapan serta penghargaan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Mengapa Perlu Ucapkan Selamat Hari Guru?

Ucapan Selamat Hari Guru adalah cara untuk mengungkapkan rasa syukur atas pengorbanan guru yang tak ternilai, seperti kesabaran mengajar, bimbingan akademik dan pembentukan karakter pelajar.

Bila Tarikh Hari Guru 2026?

Hari Guru 2026 disambut pada 16 Mei (Sabtu), mengikut tradisi tahunan.

Mengapa 16 Mei Dipilih Sebagai Hari Guru di Malaysia?

Tarikh 16 Mei melambangkan permulaan sistem pendidikan moden Malaysia melalui Laporan Razak, ditambah Laporan Rahman Talib kemudiannya yang membentuk Dasar Pendidikan Negara. Ia bertujuan menghargai guru sebagai tulang belakang pendidikan, memupuk perpaduan dan mengingatkan peranan mereka dalam pembentukan generasi berilmu serta berakhlak.

Apa Tema Hari Guru 2026?

Tema rasmi Hari Guru 2026 ialah “GURU BITARA NADI NEGARA”, diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa Peringkat Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan. Tema ini menekankan guru sebagai nadi utama kemajuan negara, memacu motivasi pendidik dan murid untuk bersatu membina masa depan cemerlang.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut