Cara Daftar Pandapro & Dapatkan Pelbagai Baucer Percuma

Tawaran Baucer Foodpanda Percuma RM 50 Untuk Pengguna Pandapro ~ Khas buat pengguna setia Foodpanda, kini anda berpeluang untuk dapatkan baucer Foodpanda percuma bernilai RM 50. Tawaran ini terbuka sehingga 30 Jun 2022 untuk 4 juta pengguna pertama sahaja.

Untuk nikmati tawaran baucer Foodpanda percuma ini, anda hanya perlu jadi pelanggan Pandapro.

Tak hanya baucer RM 50, malah banyak lagi promosi menarik lain menanti anda seperti langganan percuma dua bulan dan pelbagai diskaun ekslusif.

Apakah PandaPro?

Pandapro ialah program langganan yang membolehkan anda menerima tawaran dan faedah eksklusif untuk makanan dan barangan runcit.

Selepas langganan, semua faedah anda akan digunakan secara automatik untuk anda semasa pembayaran.

Anda juga boleh menyemak baki faedah anda pada bila-bila masa. Hanya pergi ke akaun anda dan klik “Manage Subscription”.

Harga Langganan PandaPro

FoodPanda kini menawarkan langganan PandaPro serendah RM4.90 sebulan untuk setahun, RM6.90 sebulan untuk 6 bulan dan RM8.90 sebulan.

Ini adalah tawaran harga yang lebih rendah berbanding RM14.90 yang ditawarkan sebelum ini.

Cara Melanggan Sebagai Pengguna PandaPro

Untuk menjadi pengguna Pro, anda hanya perlu melakukan langkah berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi Foodpanda seperti biasa
  2. Pergi ke bahagian ‘Settings’ di bahagian atas kiri pada paparan utama
  3. Klik pada menu ‘Become a pandapro’ untuk melihat pelan langganan yang anda inginkan

Manfaat Langganan Pandapro

Dengan caj langganan serendah RM 5 sebulan, anda berpeluang untuk nikmati pelbagai tawaran diskaun dan promosi menarik daripada Foodpanda termasuk :

  • 2x penghantaran percuma untuk pembelian bernilai RM 25 ke atas.
  • Ganjaran diskaun 25% tanpa had untuk pesanan dari 45,000 restoran. 
  • Tawaran baucer eksklusif Pandamart 
  • Tawaran diskaun 25% tanpa had untuk dine-in. 
  • Potongan diskaun 5% tanpa had untuk pesanan Pick-Up

Tawaran ini tertakluk pada Terma & Syarat

pandapro

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan ganjaran yang cukup lumayan daripada Foodpanda ni.

Bukan saja anda bakal peroleh baucer RM 50, malah anda juga dapat nikmati pelbagai ganjaran seperti penghantaran percuma dan diskaun tanpa had.

Cara Tebus Baucer Foodpanda Percuma Bernilai RM 50

  • Muat turun aplikasi Foodpanda di telefon anda
  • Pergi ke halaman utama dan tekan tiga garisan melintang di bahagian sakit jiwa.
  • Seterusnya, pergi ke bahagian ‘Become a pandapro’ dan pilih pelan yang anda ingin langgan.
  • Lengkapkan pembayaran pelan yang anda pilih.
  •  Selepas pembayaran selesai, anda akan terima rebat langganan percuma selama 2 bulan dan baucer percuma bernilai RM 50.
  • Anda boleh semak di bahagian “Voucher” selepas beberapa hari.

Tawaran ini terbuka pada waktu terhad saja. Jadi, jom dapatkannya sementara stok masih ada!

Baca juga: Foodpanda Voucher 2022 & Promo Code

Bagaimana cara membatalkan langganan?

Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dan pembatalan akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan seterusnya.
Untuk membatalkan langganan anda, pergi ke akaun anda di bawah “My Subscription” dan klik pada “I would like to unsubscribe”.
Sebaik sahaja anda membatalkan langganan anda, anda akan terus menerima faedah anda sehingga tamat tarikh pembaharuan anda yang seterusnya.

Bilakah saya akan dicaj untuk langganan PandaPro?

Anda akan dicaj untuk bulan pertama anda sebaik sahaja anda memilih pelan dan memberikan maklumat pembayaran anda.

Untuk bulan atau tempoh berikutnya (bergantung pada pelan yang anda pilih), pelan anda akan diperbaharui secara automatik pada tarikh yang sama dengan pendaftaran awal anda, sehingga dibatalkan.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut berhubung pendaftaran dan langganan PandaPro, sila rujuk:

https://www.foodpanda.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!