PahangGo: Aplikasi Bayaran Online Rakyat Pahang

PahangGo merupakan sebuah aplikasi sehenti dengan pelbagai kemudahan dalam talian yang dibangunkan untuk rakyat Pahang.

Secara jujurnya, PahangGo lebih baik berbanding dompet digital yang dibangunkan di negeri lain seperti JohorPay, MelakaPay dan seumpanya kerana perkhidmatan yang disediakan sangat banyak tidak terhad kepada pembayaran kepada agensi kerajaan negeri sahaja.

Kenali PahangGo

Aplikasi ini dibangunkan dan diselia oleh syarikat Pahang Go Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang.

PahangGo sudah wujud lebih awal sebelum kewujudan MySejahtera dimana ketik fasa awal pandemik COVID-19, PahangGo digunakan secara meluas untuk check-in di premis-premis perniagaan seluruh Pahang.

Kewujudan MySejahtera menyaksikan fungsi check-in di aplikasi ini tidak lagi relevan tetapi aplikasi ini sangat memudahkan rakyat Pahang khususnya untuk melakukan pembayaran dalam talian seperti bayaran bil air, elektrik, Astro, parking dan sebagainya.

Fungsi

Terdapat banyak fungsi yang dimuatkan dalam aplikasi ini:

  1. Pembayaran parkir kenderaan di tapak parkir milik Majlis Bandaraya Kuantan
  2. GovPay: Bayaran kepada agensi-agensi kerajaan negeri seperti cukai, kompaun kenderaan, pelbagai jenis kompaun, sewaan permis dan sebagainya.
  3. Hakmilik: PPencarian hakmilik
  4. Zakat: Pembayaran pelbagai jenis zakat seperti pendapatan, perniagaan, saham, simpanan, pertanian dll.
  5. Pendidikan: Bayaran pinjaman pendidikan dari pelbagai agensi
  6. Bil Utiliti: Bayaran bil air, elektrik dan hiburan (Astro dan NJOI)
  7. Mudah-alih: Bayar bil, topup prepaid
  8. Baucar: Tawaran pelbagai baucar dari pelbagai premis perniagaan
  9. Permainan: Pembelian kredit dari perlbagai permainan popular

Proses pendaftaran dan bayaran

Proses pendaftaran adalah sangat mudah dimana anda boleh mendaftar menggunakan emel atau menggunakan Gmail.

Bayaran boleh dibuat menggunakan kaedah perbankan internet.

Untuk pembayaran parkir, anda perlu membeli token (dikenali sebagai “Fil”).

Anda akan diberikan notifikasi setiap kali tempoh bayaran parkir anda hampir tamat dan mempunyai pilihan untuk menambah tempoh parking terus dari aplikasi PahangGo ini.

Muat turun aplikasi PahangGo

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi ini dan pasang pada peranti mudah alih anda:

  1. Google Play
  2. App Store

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi PahangGo daripada sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah siber.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!