MelakaPay: Cara Daftar & Pembayaran Online

MelakaPay merupakan satu aplikasi atau platform khusus dibangunkan oleh kerajaan negeri Melaka untuk penduduk Melaka melakukan pelbagai transaksi pembayaran tanpa tunai.

Aplikasi MelakaPay ini dibangunkan dan diuruskan oleh dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk memudahkan anda mendaftar dan membuat pembayaran online.

Apakah MelakaPay?

Kerajaan Negeri Melaka membangunkan Melaka Pay One Stop Centre bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri melalui Aplikasi Mobile Apps.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri itu dijangka boleh dimuat turun secara Percuma menerusi Google Play Store dan App Store dijangka bermula 1 April 2022.

Dengan portal MelakaPay, anda tidak perlu mengakses portal berbilang agensi untuk membuat pembayaran bil anda.

Anda boleh membayar bil anda kepada pelbagai agensi yang mengambil bahagian seperti:

  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
  • Pusat Zakat Melaka
  • Majlis Perbandaran Alor Gajah
  • Majlis Perbandaran Jasin
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
  • Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah
  • Zakat Melaka
  • Majlis Agama Islam Melaka
  • Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Tambahan pula, anda boleh memudahkan pengalaman pembayaran anda dengan beberapa ciri lain seperti mendaftarkan akaun penerima kegemaran anda, menyemak bil semasa anda dan menyemak status transaksi terdahulu anda dalam tempoh 3 bulan yang lalu.

Artikel berkaitan: JohorPay: Kemudahan Bayaran Online Rakyat Johor

Fungsi

Aplikasi atau sistem ini didatangkan dengan pelbagai fungsi untuk kemudahan pengguna:

  1. Cukai Tanah
  2. Cukai Petak
  3. Carian Persendirian
  4. Cukai Taksiran
  5. Kompaun Letak Kenderaan
  6. Caj Warisan
  7. Pinjaman Pendidikan TAPEM
  8. Bayaran Pelbagai Zakat
  9. Bil Utiliti Air (SAMB)
  10. Pembelian Borang Abstraksi Air (BKSA)
  11. Bayaran Bil Abstraksi Air (BKSA)
  12. Pembelian Dokumen Sebutharga
  13. Bayaran Caj Langganan STOM
  14. Permohonan Sewa (MPAG)
  15. Pembelian Data Spatial
  16. Caj Pengguna MelGIS
  17. Pembelian Borang Rumah Mampu Milik
  18. Bayaran Sewa Gerai (MPJ)
  19. Bayaran OSC Online (MPJ)
  20. Zakat Fitrah
  21. Saham Wakaf
  22. Fidyah
  23. Luqatah
  24. Wang Tidak Patuh Syariah
  25. Wang Orang Berhutang
  26. Tabung Musaadah COVID19

Kelebihan MelakaPay

  1. Bayar bil anda bila-bila masa dan di mana sahaj dengan pantas, mudah dan selamat
  2. Perkhidmatan pembayaran cukai, bil, kompaun, pinjaman pendidikan, zakat, wakaf dan banyak lagi
  3. Mudah dan selesa kerana bayaran boleh dibuat terus secara atas talian
  4. Semak dan jejak semua transaksi pembayaran terus daripada aplikasi MelakaPay

Cara Daftar MelakaPay

Pendaftaran adalah mudah dan boleh dilakukan secara terus melalui laman rasmi MelakaPay di alamat https://melakapay.melaka.gov.my/

Hanya klik butang Daftar di laman utama dan mula mengisi butiran anda seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, nombor telefon, alamat dan kata laluan.

Mengapa anda perlu mendaftar?
  • Paparan bil persendirian.
  • Paparan rekod bayaran terdahulu.
  • Status Transaksi akan dihantar melalui emel.
  • Paparan carian persendirian terdahulu
  • Mengurus akaun berdaftar
  • Pendaftaran keahlian adalah PERCUMA.
  • Semua maklumat yang diberi akan dirahsiakan

Cara Membuat Bayaran Online

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja anda telah mengaktifkannya, anda boleh mula menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal MelakaPay dan aplikasi mudah alih.

Perkhidmatan FPX boleh didapati dari 1:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun.

Walau bagaimanapun, Perkhidmatan FPX juga bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan Internet Banking oleh bank-bank yang terlibat.

Sekiranya anda mendapati sebarang kesukaran mendapatkan maklumat bayaran selepas transaksi, sila ikuti langkah ini:

  • Sila hubungi bank anda untuk mengesahkan pembayaran anda.
  • Sebaik sahaja anda telah mendapat maklumat terperinci mengenai butiran transaksi anda, sila hubungi pegawai agensi-agensi berkaitan untuk bantuan. Sila berikan ID transaksi yang telah dibekalkan oleh pihak bank.
  • Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi pentadbir kami di talian 06-3333333 (ext. 7656) atau e-mel kepada kami di [email protected] untuk bantuan lanjut.

Agensi Yang Menyertai MelakaPay

  • Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka
  • Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
  • Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  • Majlis Perbandaran Alor Gajah
  • Majlis Perbandaran Jasin
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
  • Zakat Melaka
  • Syarikat Air Melaka Berhad
  • Badan Kawal Selia Air (BKSA)
  • Unit Kerajaan Tempatan
  • Jabatan Ketua Menteri Melaka (STOM)
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
  • Lembaga Perumahan Melaka
  • Majlis Agama Islam Melaka
  • Jabatan Kerja Raya Melaka
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
  • Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka

Muat turun aplikasi

Portal MelakaPay boleh dilayari pada pautan https://melakapay.melaka.gov.my ataupun

muat turun aplikasi mobil MelakaPay melalui Play Store ataupun Appstore

Hanya sekali sahaja pendaftaran dan boleh di gunakan di kedua-dua platform.

Untuk kemudahan pengguna, anda boleh memuat turun aplikasi MelakaPay di telefon mudah alih anda melalui pautan berikut:

  1. Google Play
  2. App Store
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!