JohorPay: Kemudahan Bayaran Online Rakyat Johor

JohorPay merupakan salah satu usaha kerajaan Johor untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai untuk segala jenis pembayaran di negeri itu.

JohorPay telah diperkenalkan sejak Oktober 2021 dalam usaha pendigitalan sistem pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Seiring dengan pengenalan aplikasi ini, aplikasi ini sentiasa ditambah baik dengan kerajaan negeri menjangkakan penggunaan pembayaran menggunakan aplikasi ini akan mencecah setinggi 70% menjelang tahun 2025 kelak.

Apakah JohorPay?

JohorPay adalah platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.

Perkhidmatan juga akan diperluaskan kepada pihak swasta dan pihak-pihak lain di masa akan datang.

JohorPay merupakan Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Negeri Johor yang diselia oleh ICT@Johor.

Bayaran yang diterima

JohorPay berfungsi seperti eWallet lain seperti Boost, Wavpay dan banyak lagi.

Ia adalah platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.

Perkhidmatan juga akan diperluaskan kepada pihak swasta dan pihak-pihak lain di masa akan datang.

Antara terimaan bayaran melalui aplikasi adalah:

  • Bayaran cukai tanah
  • Bayaran hasil bukan cukai tanah
  • Bayaran lesen halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor
  • Bayaran perkhidmatan Veterinar (Akan Datang)
  • Bayaran perkhidmatan perhutanan (Akan Datang)
  • Bayaran perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan
  • Bayaran perkhidmatan bagi Badan Berkanun (Akan Datang)

Dengan JohorPay, pembayaran perkhidmatan pelbagai agensi Kerajaan dapat dibuat setempat.

Mod pembayaran

Mod pembayaran yang disediakan mellui aplikasi ini adalah:

  • FPX Individu
  • FPX Korporat
  • Kad Kredit / Debit
  • American Express
  • DuitNow / E-wallet (Akan Datang)

Pendaftaran JohorPay

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal JohorPay atau aplikasi mudah alih JohorPay.

Untuk proses pendaftaran, anda hanya perlu mengisikan maklumat asas tentang diri anda sebelum anda menggunakan perkhidmatan daripada platform ini.

Anda perlu menyediakan maklumat yang tepat seperti ID Pengenalan (No. Kad Pengenalan / Pasport / No Syarikat / No Polis / No Tentera), Nombor Telefon Bimbit dan Alamat e-mel semasa pendaftaran.

Maklumat-maklumat ini wajib diisi dengan betul bagi memudhkan anda dihubungi pada masa hadapan untuk rujukan.

Untuk daftar, sila ikuti langkah-langkah mudah seperti yng berikut:

  1. Layari laman web utama di alama https://johorpay.johor.gov.my/
  2. Di bahagia log masuk, klik pada “Daftar baru”
  3. Pilih kategori “Individu – Warganegara” sekiranya anda mendaftarkan akau bagi pihak anda sendiri
  4. Setelah melengkapkan segala maklmat yang diminta dalam borang online, klik pada butang Hantar.
  5. Anda kemudiannya akan diminta untu melakukan pengesahan dengan memasukkan ko TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda.

Tempoh Kemaskini Pembayaran

Bayaran anda akan dikemaskini dalam masa satu (1) ke lima (5) hari waktu bekerja.

Maklumat Lanjut

Sila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran melalui platform JohorPay, anda secara langsung menerima terma & syarat yang dinyatakan.

Jika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukakan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini.

Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR – Malaysia Ringgit.
KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul atau maklumat pembayaran yang tidak tepat.

Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda walau apa jua sebab.

Jika institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan menolak pembayaran anda, KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda.

Anda perlu menyemak dengan institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!