Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, telah mengumumkan penambahbaikan utama bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bakal berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Oktober 2026.
Langkah ini dilaksanakan menerusi pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial untuk pekerja Malaysia yang kehilangan pekerjaan.
Jom rujuk perincian penambahbaikan utama faedah kewangan di bawah SIP PERKESO yang akan dilaksanakan di bawah.
Apa itu SIP Perkeso?
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), atau lebih dikenali sebagai EIS (Employment Insurance System), adalah sebuah skim perlindungan sosial yang ditubuhkan oleh PERKESO untuk membantu pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan.
Skim ini berfungsi sebagai ‘penyelamat’ sementara bagi memastikan pekerja yang diberhentikan tidak terputus mata pencarian secara mengejut. Ia memberikan bantuan kewangan jangka pendek dan sokongan kerjaya untuk membantu mereka bangkit semula.
Siapa yang Boleh Terima Manfaat SIP Perkeso?
- Semua pekerja sektor swasta dan pekerja domestik warganegara Malaysia/ pemastautin tetap/ pemastautin sementara.
- Semua pekerja berumur 18 hingga 60 tahun (kecuali pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelumnya).
- Diambil bekerja menerusi kontrak perkhidmatan (COS).
- Memenuhi kriteria Kehilangan Pekerjaan.

Pindaan Akta SIP (Akta 800)
Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) meliputi:
- Penambahbaikan faedah sedia ada
- Pengenalan faedah baharu
- Komponen perkhidmatan pekerjaan dan program pasaran buruh aktif
- Penambahbaikan tatakelola dan pengoperasian
Kepentingan Pindaan Akta 800
- Kepada Pencarum: Mempercepatkan proses penempatan pekerjaan semula bagi pencarum
- Kepada Majikan: Menyediakan sumber tenaga kerja yang bersesuaian dengan keperluan majikan melalui sistem pemadanan kerja
- Kepada Umum: Mengurangkan kadar pengangguran dan memupuk semangat untuk sentiasa mencari pekerjaan
Penambahbaikan SIP PERKESO
Pengumuman terbaharu mengenai penambahbaikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO telah dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, semasa Festival Mega iLINDUNGu.
Pindaan terhadap Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) ini bakal berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Oktober 2026. Menerusi inisiatif ini, jumlah keseluruhan sokongan dan perlindungan kewangan bagi pencarum yang layak kini boleh mencecah sehingga RM25,000 seorang.
Berikut ialah penambahbaikan SIP PERKESO yang terkini:
1. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) Dinaikkan
Di bawah skim sedia ada, pencarum yang berjaya mendapat pekerjaan baharu ketika masih dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) hanya layak menerima 25% daripada baki elaun tersebut.
Bermula Oktober 2026, kadar EBSA akan dinaikkan sekali ganda kepada 50%.
Insentif yang lebih tinggi ini bertujuan memberi suntikan semangat dan ganjaran kewangan kepada pekerja agar tidak berlengah untuk membina semula kerjaya mereka.
2. Kenaikan Tiga Kali Ganda Elaun Latihan Harian
Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar Elaun Latihan Harian kini dinaikkan daripada RM10 kepada RM30 sehari.
Elaun ini disalurkan kepada pencarum sepanjang mereka menghadiri kursus latihan kemahiran semula (upskilling atau reskilling) yang diluluskan oleh PERKESO.
Kenaikan ini memastikan pekerja boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada latihan tanpa perlu runsing tentang kos pengangkutan dan makan harian.
3. Siling Fi Latihan Diperluas Sehingga RM7,000
Bagi memastikan pekerja Malaysia menerima latihan yang relevan dengan kehendak industri masa kini terutamanya dalam sektor teknologi tinggi dan ekonomi digital, had maksimum yuran latihan ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000.
Peningkatan had siling ini membolehkan pencarum memilih kursus profesional atau pensijilan berimpak tinggi yang sebelum ini di luar kemampuan struktur pembiayaan lama.
4. Pengenalan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) RM1,000
PERKESO memperkenalkan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM), iaitubantuan kewangan secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM1,000 yang akan diberikan kepada mana-mana pencarum yang berjaya mendapat penempatan kerja baharu yang terletak melebihi 100 kilometer (km) dari kediaman asal mereka.
Ini akan membantu menampung kos deposit rumah, logistik, dan persediaan awal di tempat baharu.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Penambahbaikan SIP PERKESO
Maklumat lanjut mengenai penambahbaikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) boleh dirujuk melalui sumber berikut:
Tidak. Kadar caruman bulanan SIP kekal sama. Penambahbaikan faedah ini dioptimumkan melalui pengurusan dana sedia ada tanpa membebankan slip gaji anda.
Jumlah keseluruhan perlindungan kewangan, subsidi latihan, dan elaun sara hidup kini boleh mencecah sehingga RM25,000 seorang bagi pencarum yang memenuhi syarat kelayakan maksimum.
Ini adalah faedah baharu yang diberikan secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM1,000 sekiranya anda mendapat pekerjaan baharu yang lokasinya terletak melebihi 100 kilometer (km) dari tempat kediaman asal anda.
Elaun harian dinaikkan tiga kali ganda daripada RM10 kepada RM30 sehari.
Tidak. Ia hanya sah untuk kes Kehilangan Pekerjaan di luar kawalan pekerja (seperti pembuangan kerja/retrenchment, skim VSS/MSS, syarikat muflis, atau penutupan operasi akibat bencana alam). Anda tidak layak jika berhenti kerja secara sukarela (resign biasa) atau dipecat kerana salah laku disiplin.




