OCS Maksud Serta Jawatan Lain Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terdapat pelbagai pangkat atau jawatan yang telah diwujudkan.

Oleh sebab itu, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang maksud OCS serta jawatan lain dalam PDRM.

Setiap satu daripadanya pula mempunyai tanggungjawab atau skop tugas yang berlainan.

Jadi, adalah penting bagi orang awam untuk ambil maklum tentang perkara ini.

Maklumat ini juga penting buat yang bercita-cita untuk menjadi anggota polis.

maksud ocs
Sumber : Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Maksud OCS dan Jawatan Lain Dalam PDRM

OCSOfficer-In Charge of Station (Pegawai Penjaga Stesen)
OCPDOfficer in-Charge of Station (Ketua Polis Daerah)
COCommanding Officer (Pegawai Pemerintah)
OCOfficer in-Charge (Pegawai Penjaga)
2 I/CSecond In-Command (Pegawai Pemerintah/Penjaga Kedua)
AMRAArmy Mechanical Rifle Armament (Tentera Mekanikal Rifle Persenjataan)
COPConstable On Patrol (Mata-Mata Peronda)
LOLiaison Officer (Pegawai Perhubungan)
PVRPolice Volunteer Reserve (Simpanan Sukarelawan Polis)
IOInvestigator Office (Pegawai Penyiasat)
AIOAssistance Investigator Officer (Penolong Pegawai Penyiasat)

Pangkat Dalam PDRM

Selain maksud OCS, terdapat beberapa pangkat yang anda perlu ketahui dalam PDRM. PDRM mempunyai 17 peringkat pangkat.

Ia dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  1. Inspektor Jeneral Polis (IG)
  2. Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
  3. Komisioner Polis (CP)
  4. Deputi Komisioner Polis (DCP)
  5. Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
  6. Asisten Komisioner Polis (ACP)
  7. Superintenden Polis (SUPT.)
  8. Deputi Superintenden Polis (DSP)
  9. Asistan Superintenden Polis (ASP)
  10. Inspektor (INSP)
  11. Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah Polis

  1. Sub-Inspektor (SI)
  2. Sarjan Mejar (SM)
  3. Sarjan (SJN)
  4. Koperal (KPL)
  5. Lans Koperal (L/KPL)
  6. Konstabel (KONST)

Tanda Pada Seragam Polis

Di samping jawatan, orang ramai juga boleh kenalpasti pangkat polis menerusi tanda pada seragam mereka.

maksud ocs

Skop Tugas Pegawai Polis

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

  • menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  • memproses risikan keselamatan;
  • menjalankan pendakwaan;
  • memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  • memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  • melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  • mempamerkan maklumat;
  • melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  • menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  • memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  • melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  • menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  • menjaga ketenteraman didalamnya dan¬†mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Nota : Tugas setiap anggota polis adalah lebih spesifik dan ditentukan oleh jawatan atau pangkat yang disandang oleh mereka.

Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, AADK Hulu Langat

Baca Juga : e-Reporting PDRM: Sistem Repot Polis Online & Panduan

Bantu kami share artikel ini: