e-Reporting PDRM: Sistem Repot Polis Online & Panduan

Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan inisiatif Portal e-Reporting yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis.

Sistem e-Reporting telah dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden Fasa I bertempat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 10 Mac 2017.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem baharu ini untuk makluman bersama.

e-reporting pdrm ereporting repot polis online

Apakah Sistem e-Reporting PDRM?

Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

Sistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.

e-reporting pdrm ereporting repot polis online

Jenis Aduan

Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

Sebanyak 8 jenis laporan polis yang disenaraikan berikut boleh dilaporkan melalui Sistem eReporting PDRM:

1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.

2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.

3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.

4. Hilang Telefon Bimbit.

5. Hilang Komputer Riba (Laptop).

6. Hilang Cukai Jalan.

7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.

8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

PERINGATAN

  • Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574). Memberi maklumat palsu.
    Membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.
  • Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu.
    Membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.

Cara Membuat Repot Polis Online Melalui Sistem e-Reporting PDRM

Langkah-langkah membuat repot polis adalah seperti berikut:

  1. Layari sistem e-reporting (https://ereporting.rmp.gov.my/)
  2. Daftar dan log masuk sistem e-reporting
  3. Semak butiran pengadu
  4. Masukkan butiran kejadian
  5. Masukkan keterangan kejadian
  6. Hantar butiran repot ke e-reporting PDRM
  7. Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel
  8. Bawa laporan polis ke agensi berkaitan
e-reporting pdrm ereporting repot polis online

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah semasa menggunakan e-Reporting PDRM, sila emel kepada pihak Helpdesk IT PDRM : [email protected]

Laman web: https://ereporting.rmp.gov.my/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!