Nasi Lemak Calories, Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan?

Nasi Lemak Calories, Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan?

Nasi lemak adalah sajian sarapan yang menjadi kegemaran bagi masyarakat Malaysia. Sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai makanan rutin pada waktu pagi.

Namun tahukah anda berapakah nasi lemak calories yang menyumbang kepada tubuh badan anda?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan nasi lemak calories yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu nasi lemak?

Nasi lemak adalah hidangan nasi yang biasa dihidangkan bersama kacang tanah goreng, telur rebus, ikan bilis goreng, hirisan timun, dan sambal.

Sambal pada nasi lemak yang sebenarnya menjadi kunci kesedapan hidangan ini. Ia diperbuat daripada cili kering, bawang putih, bawang merah, dan belacan (udang).

Makna dari perkataan nasi lemak itu sendiri datang daripada cara masak hidangan ini yang nasinya di masak bersama santan dan daun pandan sehingga menghasilkan aroma yang sangat harum.

Teori Asal Usul Nasi Lemak | ML Studio

Nasi lemak calories yang ramai tak tahu

Nasi lemak calories bagi saiz hidangan 1 pinggan atau bersamaan 230 gram adalah sebanyak 398 kalori. Dengan perincian, protein (9.7 g), lemak (13.1 g) dan karbohidrat (58.2 g).

Manakala nasi lemak calories bagi saiz hidangan 100 gram adalah sebanyak 169 kalori.

Panduan nasi lemak calories bagi satu set hidangan lengkap pula adalah seperti yang berikut:

  • Nasi lemak: 389
  • Kacang goreng: 81.3
  • Telur rebus (separuh): 42.1
  • Ikan bilis goreng: 63
  • Ayam goreng (1 ketul): 255

Ini adalah anggaran jumlah kalori bagi sepinggan nasi lemak tanpa nasi tambahan atau lauk tambahan yang lain.

Jika ditambahkan keseluruhan kalori nasi, lauk serta minuman manis, kalori anda boleh mencapai jumlah 1,000 kalori bagi satu set hidangan.

Bagi satu hidangan dengan jumlah kalori menghampiri 1,000 atau lebih daripada 1,000, ia boleh dikatakan agak tinggi memandangkan ia baru satu hidangan sahaja.

Cara bakar kalori lepas makan nasi lemak

Cara terbaik yang disarankan untuk membakar 389 kalori nasi lemak, anda boleh melakukan senaman atau aktiviti fizikal seperti berikut:

  • Berjalan kaki – selama 108 minit
  • Jogging – selama 45 minit
  • Berenang – selama 32 minit
  • Mengayuh basikal – selama 59 minit
  • Berkebun – selama 160 minit
  • Main lompat tali – selama 30 minit
  • Senam aerobik – selama 40 minit
  • Naik turun tangga – selama 30 minit

Anggaran bagi pembakaran kalori ini boleh berubah-ubah bergantung kepada faktor jantina, berat, ketinggian, umur, tahap intensiti aktiviti dan faktor yang lainnya.

Do This Workout After Eating – 11 Min To Burn Calories

Panduan pengambilan nasi lemak

Bila sesuatu makanan itu tinggi kalorinya, bukanlah bermaksud kita tidak boleh memakannya. Sebaliknya, pengambilan makanan tersebut perlulah lebih bijak dan bersederhana.

Ini dibuktikan dengan pengiktirafan oleh Majalah Time yang telah menyenaraikan nasi lemak kebanggaan kita sebagai salah satu daripada 10 makanan tersihat di dunia.

Namun pasti, pengambilannya perlu dikawal agar nasi lemak calories yang kita makan tidak memberi ancaman kepada jumlah kalori sedia ada pada tubuh badan.

Berikut adalah beberapa tips menarik yang dikongsikan Kevin Zahri, pakar kecergasan terkenal bagi yang ingin makan nasi lemak secara sihat:

  • Tukar nasi: Minta separuh nasi lemak dan separuh nasi putih. Gantikan nasi lemak dengan nasi putih.
  • Saiz hidangan nasi: Cuba ambil separuh nasi atau separuh mangkuk nasi daripada saiz biasa.
  • Pilih daging/ayam dengan baik: Kalau ingin makan ayam goreng pun, pilihlah bahagian dada ayam dan elakkan diri daripada memakan kulitnya. Untuk rendang daging pula, elak yang banyak lemak (kalau boleh).
  • Putih telur sahaja: Elakkan daripada memakan telur kuning, ia penuh dengan lemak dan kolesterol.
  • Teh Tarik? Minta “kurang manis”, atau “kosong” atau minum separuh gelas sahaja. Kalau makan nasi lemak yang kurang sihat, pilihlah air yang lebih baik seperti teh o kosong atau air mineral yang 0 kalori.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan nasi lemak calories dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Makanan paling menggemukkan Malaysia. Kevin Zahri
  2. Nasi Lemak Secara Sihat? Kevin Zahri
  3. Nasi Lemak: Sejarah Ringkas Makanan Kebangsaan Malaysia. Butterkicap
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!