MyJPJ adalah aplikasi mudah alih inovatif yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memudahkan urusan pemandu secara digital. MyJPJ boleh diakses melalui pautan laman web rasmi https://www.jpj.gov.my/myjpj/ atau aplikasi MyJPJ.
MyJPJ memudahkan anda mengurus saman, roadtax, dan lesen memandu secara online dengan pantas dan mudah kerana semua urusan boleh dilakukan terus dari telefon pintar tanpa perlu beratur atau hadir ke kaunter.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat semakan dan paparan dokumen penting seperti lesen memandu, roadtax atau cukai jalan, saman, dan lain-lain secara terus di telefon pintar.
Selain itu, JPJ juga bercadang untuk menambah fungsi pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan melalui MyJPJ pada masa hadapan, sekali gus mengurangkan keperluan hadir ke kaunter dan memudahkan akses kepada perkhidmatan JPJ di hujung jari.
Ciri-Ciri Menarik dalam MyJPJ
Aplikasi MyJPJ menyediakan pelbagai kemudahan digital bagi memudahkan urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus di hujung jari anda.
Antara ciri-ciri menarik yang boleh digunakan ialah:
- Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) – Simpan dan akses lesen memandu anda secara digital.
- Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) – Paparan lesen kenderaan motor dalam bentuk digital.
- Semakan Keputusan Ujian LMM – Periksa keputusan ujian lesen memandu secara terus melalui aplikasi.
- Pembaharuan e-LMM dan e-LKM (Fungsi Baharu Akan Datang) – Memudahkan pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor secara online.
- Semakan Saman JPJ – Semak dan pantau saman anda dengan cepat.
- Kongsi e-LKM (Fungsi Baharu Akan Datang) – Kemudahan berkongsi lesen kenderaan digital kepada pihak berkaitan.
- Semakan Mata Demerit – Menyemak status mata demerit pemandu.
- Semakan Nombor Kenderaan Terkini – Mengetahui nombor plat terkini yang telah dikeluarkan.
- Pautan ke Aplikasi JPJeBID – Akses cepat untuk bida nombor plat kenderaan secara online.
- Pautan ke Aplikasi JPJeQ – Tempahan giliran urusan JPJ secara digital.
- eAduan@JPJ – Saluran membuat aduan kesalahan trafik terus kepada JPJ.
- Semakan Senarai Hitam – Mengetahui status sekatan atau senarai hitam kenderaan/pemandu.

Panduan Menggunakan Aplikasi MyJPJ
1. Cara Daftar MyJPJ
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara untuk daftar dan membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital di aplikasi MyJPJ.
- Muat turun aplikasi “MyJPJ” di Play Store atau App Store di telefon bimbit anda
- Tekan butang “Daftar Akaun Baru”
- Masukkan No. MyKad pemilik
- Isi semua maklumat yang diperlukan seperti:
- No. telefon bimbit
- No. siri lesen memandu
- E-mel
- Biarkan kosong bahagian No. Rujukan. Klik kotak kecil (✓), dan “Hantar”
- Jika pendaftaran anda berjaya, sila semak e-mel yang telah didaftarkan untuk mendapatkan kata laluan sementara
- Log masuk akaun anda dengan menggunakan ID Pengguna (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan sementara
- Pilih tiga (3) soalan sekuriti yang mudah untuk diingati. Masukkan jawapan untuk soalan yang terpilih. Klik Seterusnya
- Tetapkan kata laluan baru anda dan sahkan. Syarat bagi pemilihan kata laluan pintar ialah:
- Panjang kata laluan sekurang-kurangnya lapan (8) aksara;
- Panjang maksimum 12 aksara;
- Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar;
- Sekurang-kurangnya satu (1) nombor;
- Sekurang-kurangnya satu (1) simbol (!@#$^*&)
- Log masuk akaun anda dengan menggunakan ID Pengguna (No Kad Pengenalan) dan kata laluan baru
- Setelah berjaya log masuk akaun anda. Klik butang (PROFIL) bahagian sudut kanan bawah
- Klik bahagian Lesen Kenderaan Motor untuk paparan “Roadtax Kenderaan Digital” anda
- Tahniah! Anda berjaya. Untuk pembayaran, sila rujuk ke kaunter pos untuk proses seterusnya.

2. Cara Semakan & Pembayaran Saman JPJ
Berikut adalah langkah-langkah Cara Semakan & Pembayaran Saman JPJ melalui aplikasi MyJPJ:
- Buka aplikasi MyJPJ
- Pilih senarai saman
- Pilih senarai “Saman Yang Dimiliki” untuk melihat saman yang didaftarkan atas nama anda.
- Pilih saman untuk dibayar
- Klik ‘Checkbox’ pada saman yang ingin dibayar.
- Sahkan jumlah saman
- Semak jumlah saman yang dipilih.
- Klik butang “Bayar Saman”.
- Selesai bayaran

3. Cara Bayar eWallet TnGo Menggunakan MyJPJ
Berikut adalah langkah-langkah cara pembayaran eWallet Touch ‘n Go (TnG) melalui aplikasi MyJPJ:
- Pilih kaedah pembayaran
- Teruskan pembayaran
- Semak jumlah bayaran.
- Klik butang “Pay” untuk meneruskan proses pembayaran.
- Selesai pembayaran di TnG
- Setelah transaksi berjaya, klik “Back To Merchant” untuk kembali ke aplikasi MyJPJ.
- Pengesahan pembayaran
- Paparan akan menunjukkan status “Berjaya” sebagai pengesahan bahawa pembayaran melalui TnG eWallet telah selesai.
📱 Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store, dan AppGallery.

4. Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
- Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.
5. Cara Renew Lesen Memandu (e-LMM) Melalui Apps MyJPJ
Berikut adalah langkah-langkah Cara Renew Lesen Memandu (e-LMM) melalui aplikasi MyJPJ:
- Buka Aplikasi MyJPJ
- Klik menu ‘Profil’ pada paparan utama.
- Pilih Lesen
- Klik ‘Lesen Memandu Kompeten’.
- Pilih pembaharuan
- Tekan butang ‘Pembaharuan’.
- Tetapkan maklumat lesen
- Pilih Jenis Lesen, Tempoh, Mod Digital dan Mod Bayaran.
- Klik ‘Bayar’.
- Masukkan maklumat pembayaran
- Isi maklumat kad kredit/debit dan klik ‘Proceed’.
- Sahkan transaksi
- Masukkan kod MSOS yang diterima dan klik ‘Submit’.
- Selesai
- Paparan akan menunjukkan status ‘Berjaya’.
- Klik ‘Papar Resit’ untuk simpan bukti pembayaran.

6. Cara Renew Roadtax (Lesen Kenderaan Motor @ e-LKM) Melalui Apps MyJPJ
- Cara renew roadtax (e-LKM) melalui MyJPJ
- Klik ‘Papar Resit’ untuk simpan bukti pembayaran.
- Buka Aplikasi MyJPJ
- Klik menu ‘Profil’ pada paparan utama.
- Pilih kenderaan
- Klik ‘Lesen Kenderaan Motor’ dan pilih No. Kenderaan yang ingin diperbaharui.
- Pilih pembaharuan
- Tekan butang ‘Pembaharuan’.
- Tetapkan tempoh & bayaran
- Pilih Tempoh Pembaharuan dan Mod Bayaran.
- Klik ‘Bayar’.
- Masukkan maklumat pembayaran
- Isi maklumat kad kredit/debit dan klik ‘Proceed’.
- Sahkan transaksi
- Masukkan kod MSOS yang diterima dan klik ‘Submit’.
- Selesai
- Paparan akan menunjukkan status ‘Berjaya’.

7. Cara Kongsi e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ
Berikut adalah langkah-langkah Cara Kongsi e-LKM melalui aplikasi MyJPJ:
A. Pemilik e-LKM
- Buka Aplikasi MyJPJ
- Klik menu ‘Profil’.
- Pilih kenderaan
- Klik ‘Lesen Kenderaan Motor’ dan pilih No. Pendaftaran Kenderaan.
- Kongsi LKM
- Tekan butang ‘Kongsi LKM’.
- Semak Penerima Sedia Ada
- Paparan akan menunjukkan senarai penerima LKM digital (jika sudah dikongsi).
- Klik tanda ‘+’ untuk tambah penerima baharu.
- Masukkan maklumat penerima
- Isi No. KP Penerima dan Tempoh perkongsian.
- Pengesahan
- Sahkan maklumat No. KP penerima dan tempoh.
- Kod Keselamatan
- Paparan akan menunjukkan Kod Keselamatan untuk diberikan kepada penerima. Kod ini hanya aktif selama 24 jam.
B. Penerima e-LKM
- Buka Aplikasi MyJPJ
- Klik menu ‘Profil’.
- Aktifkan LKM
- Klik ‘Jana Semula’ dan pilih No. Pendaftaran Kenderaan yang dikongsi.
- Masukkan Kod Keselamatan
- Masukkan kod yang diterima daripada pemilik.
- Pengaktifan berjaya
- Paparan akan menunjukkan status LKM Berjaya Diaktifkan.
- LKM berjaya dikongsi
- Status kenderaan akan dipaparkan sebagai Aktif pada akaun penerima.


Penyelarasan Kadar Kompaun Saman Bagi JPJ dan PDRM
[TERKINI] Bermula 1 Januari 2026, kadar dan kaedah kompaun saman trafik akan diselaraskan antara JPJ dan PDRM bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jalan raya yang seragam dan adil di seluruh negara.
Kerajaan turut memperkenalkan prinsip baharu “The Less You Delay, The Less You Pay”, di mana kadar kompaun lebih rendah diberikan kepada mereka yang membayar saman lebih awal.

Apa Maksud Prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay”?
Prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay” bermaksud kadar kompaun saman trafik yang perlu dibayar oleh pesalah akan menjadi semakin rendah jika pembayaran dibuat lebih awal selepas saman dikeluarkan.
Secara ringkasnya:
- Jika bayar dalam tempoh 1 hingga 15 hari, akan dapat potongan 50%.
- Jika bayar dalam tempoh 16 hingga 30 hari, akan dapat potongan 33%.
- Bayaran dalam 31 hingga 60 hari dikenakan kadar penuh tanpa potongan.
- Jika saman tidak dilunaskan lebih daripada 60 hari, tindakan mahkamah atau senarai hitam akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan.
Prinsip ini menggantikan sistem diskaun saman bermusim dan bertujuan menggalakkan pematuhan segera oleh pemandu supaya mereka membayar saman dengan cepat tanpa menunggu kempen diskaun tertentu.
Ia juga memastikan keadilan dan penyelarasan kadar kompaun antara JPJ dan PDRM secara seragam di seluruh Malaysia.
Walau bagaimanapun, prinsip ini tidak terpakai bagi kesalahan serius yang tidak boleh dikompaun seperti memandu tanpa insurans atau menggunakan lesen palsu.
Struktur pengurangan baharu:
- 1–15 hari: 50% pengurangan
- 16–30 hari: 33% pengurangan
- 31–60 hari: Kadar maksimum
- 61 hari ke atas: Tindakan mahkamah / senarai hitam
Walau bagaimanapun, kadar insentif ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun (Non-Compoundable, NC) seperti tiada insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan mempamerkan LKM palsu.
Tempoh Peralihan:
Sebelum pelaksanaan sistem ini, dari 1 November hingga 30 Disember 2025, orang ramai boleh memanfaatkan tawaran pengurangan saman antara 50% hingga 70% untuk saman JPJ dan PDRM yang layak.
Selepas tempoh ini, prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay” akan dipatuhi sepenuhnya dan tiada pengurangan akan ditawarkan untuk saman-saman yang tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.
Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan dan pembayaran melalui:
- Portal MySIKAP
- Aplikasi MyJPJ
- Aplikasi MyBayarPDRM
- Kaunter/kiosk JPJ & saluran pembayaran PDRM
Semua pengguna jalan raya diminta agar menyelesaikan saman tertunggak sebelum 30 Disember 2025 dan bersama-sama menyokong usaha untuk membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat.
Maklumat lanjut: https://tinyurl.com/bdc32ctn



Muat Turun Aplikasi MyJPJ

Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi MyJPJ ke dalam telefon bimbit melalui pautan ini:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&hl=en
- Apps Store : https://apps.apple.com/us/app/myjpj/id6443821311
- Huawei AppGallery : https://appgallery.huawei.com/app/C107204517
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan aplikasi MyJPJ, anda boleh hubungi pautan berikut:
- Pertanyaan: 03-2724 2522
- Email: [email protected]
- Laman web rasmi: www.jpj.gov.my
Soalan Lazim
MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi seperti berikut:
– Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
– Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
– Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
– Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
– Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ).
– Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna
– Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak
Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:
i. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
ii. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
iii. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
iv. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
v. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ)
vi. Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
vii. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak.
Pada ketika ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai ID bagi perkhidmatan dalam talian JPJ.
Capaian kepada aplikasi MyJPJ bagi bukan warganegara atau kategori syarikat (bukan individu) sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan kelak.
Aplikasi MyJPJ ini boleh dimuat turun melalui platform mudah alih Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi MyJPJ adalah PERCUMA untuk digunakan.
Pra-syarat bagi mendaftar ID pengguna adalah seperti berikut;
1. Nama Penuh;
2. Nombor Kad Pengenalan;
3. Alamat emel yang sah;
4. Nombor Telefon Bimbit yang sah; dan
5. Kod Sekuriti Lesen Memandu Malaysia ; atau
(*Kod ini boleh didapati di paparan belakang Lesen Memandu pengguna)
Nombor Rujukan.
(* Nombor rujukan boleh didapati di kaunter JPJ untuk pendaftaran JPJeID Advanced sahaja. Kod ini hanya sah untuk tempoh tujuh (7) hari dari tarih dijana oleh kaunter)
Ya , pengguna perlu mendaftar JPJeID/ID Awam MySIKAP terlebih dahulu untuk menggunakan aplikasi ini melalui saluran:
i. Aplikasi MyJPJ (secara dalam talian); atau
ii. Portal Awam JPJ (secara dalam talian) Pengguna boleh melayari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/public/login.zul untuk mendaftar melalui Portal Awam JPJ; atau
iii. Hadir di mana-mana Kios JPJ berdekatan; atau
iv. Hadir di Kaunter JPJ berdekatan; atau
v. Hadir di mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile.
Untuk mendaftar, ikuti Langkah-langkah berikut:
Langkah 1 Pada paparan Log Masuk, klik pada butang “Daftar Akaun Baharu” untuk mendaftar ID pengguna baharu.
Langkah 2 Masukkan ID Pengenalan di ruangan No.MyKad untuk menyemak jika ID yang ingin didaftarkan telah wujud atau belum.
Langkah 3 Jika ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan, pengguna akan terus ke paparan “Daftar Akaun Baharu”.
Langkah 4 Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang dipaparkan di skrin dan tandakan di ruangan “Perakuan”.
Langkah 5 : Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar.
Langkah 6 : Setelah pendaftaran berjaya, skrin “Log Masuk Kali Pertama” akan dipaparkan. Masukkan butiran seperti arahan yang dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”.
Langkah 7 Anda akan mendapat mesej popup “Rekod Berjaya Disimpan”. Sila tetapkan kata laluan anda pada halaman seterusnya”. Klik “OK” untuk ke laman Penetapan Kata Laluan.
Langkah 8 : Masukkan kata laluan anda mengikut tetapan yang diperlukan. Dan tekan butang “Hantar”.
Langkah 9 : Anda akan menerima mesej “Rekod Berjaya Disimpan. Sila Log Masuk”. Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk Kembali ke laman Log Masuk.
i. Tukar kata laluan baharu di menu ‘Tetapan Semula Kata Laluan’
a) Isikan No. MyKad dan alamat emel yang telah didaftarkan.
b) Semak emel anda dan dapatkan kod TAC untuk penetapan kata laluan baharu.
ii. Jika lupa alamat emel yang telah didaftarkan, anda boleh menukar alamat emel baharu di menu ‘Tetapan Semula Emel’.
iii. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
iv. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.
1. Klik pautan “Tetapan Semula Kata Laluan” pada paparan log masuk aplikasi.
2. Masukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.
3. Penguna akan menerima kod sekuriti (TAC) untuk set semula kata laluan.
4. Masukkan kod sekuriti (TAC) yang diterima melalui emel.
5. Masukkan kata laluan baharu bagi tujuan set semula kata laluan.
6. Pengguna akan dibawa ke paparan Log Masuk.
7. Masukkan No. MyKad pengguna dan kata laluan baharu yang telah dikemaskini.
1.Pengguna boleh mengemaskini emel pada pautan ‘Tetapan Semula Emel’ di laman Log Masuk aplikasi.
(* Fungsi ini hanya boleh digunakan untuk JPJeID Standard sahaja (pendaftaran melalui MyJPJ/Portal Awam JPJ).
JPJeID Advanced yang didaftarkan melalui kaunter/kios JPJ yang menggunakan thumbprint, hanya boleh ditukar di kaunter JPJ sahaja)
Atau,
2. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
3. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
4. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.