MyLesen B2 KL (Kuala Lumpur) untuk 2026 kini dibuka untuk permohonan bermula 26 Januari 2026 sehingga 6 Februari. Untuk memohon dan semakan syarat kelayakan, sila layari Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program MyLesen B2 Tahun 2026 ini adalah inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal.
Permohonan dibuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menepati syarat. Keutamaan akan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Rujuk info penuh di bawah.
Apa itu Program MyLesen B2?
Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang ditawarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu golongan B40 serta tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.
Program ini meliputi kos penuh latihan teori, praktikal dan ujian memandu motosikal bawah 250cc, tertakluk kepada syarat tertentu. Ia bertujuan memperkasa pelajar, belia dan individu kurang berkemampuan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Ringkasnya, program ini:
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan
Lesen Memandu. - Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Syarat Permohonan
Berikut ialah syarat kelayakan untuk memohon lesen percuma Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah program MyLesen B2:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
7) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT
Keutamaan akan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Cara Memohon MyLesen B2 KL
Borang permohonan boleh diperoleh melalui kaedah berikut:
- Imbas kod QR pada poster rasmi program, atau
- Muat turun melalui pautan berikut:Ā https://drive.google.com/…/19aY4LSoojBjXBrm29qW…/view…
- Diperoleh di Bahagian Pelesenan Pemandu, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL).
Ā Tarikh Tutup Permohonan:
06 Februari 2026
Borang permohonan boleh didapati melalui QR kod di dalam poster di bawah.

Muat Turun Borang Permohonan MyLesen B2 KL
Atau, anda boleh terus muat turun PDF borang permohonan di bawah:
Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Perlesenan Pemandu JPJ WPKL, Wangsa Maju.
NOTA: Sebarang borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan DITOLAK oleh pihak urusetia.
Lokasi Pusat Latihan Memandu MyLesen B2 KL
Terdapat 6 Pusat Latihan Institut Memandu yang akan menjadi tempat latihan MyLesen B2 KL iaitu:
- IM SURFINE, HULU LANGAT
- IM NATION DRIVE, SEGAMBUT
- IMKEDA, CHERAS
- IMKL, GOMBAK
- IM METRO, SUBANG
- IM SKEM, GOMBAK
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2 Perlis, boleh diajukan ke:
- e-Aduan@JPJ (MyJPJ)
- [email protected]
- šš-ššššššš
- Laman web: Portal JPJ
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Lazim MyLesen B2 KL
Ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal bawah 250cc) secara percuma. Kerajaan menanggung sepenuhnya kos latihan, ujian, dan lesen.
Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:
Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau dalam kategori B40/Miskin Tegar.
Sihat tubuh badan (fizikal dan mental).
Tiada sebarang senarai hitam (blacklist) di JPJ atau PDRM.
Belum mempunyai sebarang lesen memandu (atau hanya untuk mereka yang belum ada lesen B2 sahaja).
Kerajaan menanggung kos penuh latihan dan ujian yang meliputi:
Kursus Teori (KPP01).
Ujian Bertulis (Computer Test).
Latihan Praktikal di Litar (KPP02) dan Jalan Raya (KPP03).
Yuran Ujian JPJ dan kos pengeluaran lesen memandu (L & P).
Anda perlu memuat turun borang permohonan dan hantar ke Bahagian Perlesenan Pemandu JPJ WPKL, Wangsa Maju sebelum 6 Februari 2026.
Salinan Kad Pengenalan (IC).
Bukti penerimaan bantuan STR atau dokumen pengesahan pendapatan (jika perlu).
Borang permohonan MyLesen yang lengkap.
Tiada
Selepas permohonan diluluskan, anda perlu mengikuti jadual latihan yang ditetapkan oleh JPJ dan sekolah memandu yang terlibat di Perlis. Proses ini biasanya mengambil masa 1 hingga 3 bulan bergantung kepada kekosongan slot ujian.
IM SURFINE. HULU LANGAT
IM NATION DRIVE. SEGAMBUT
IMKEDA, CHERAS
IMKL, GOMBAK
IM METRO, SUBANG
IM SKEM, GOMBAKĀ
BACA JUGA:




