HIMPUNAN LAGU PATRIOTIK & LIRIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA / HARI MERDEKA ~ Tarikh keramat 31 Ogos sememangnya satu tarikh yang cukup bermakna bagi kita seluruh rakyat Malaysia.
Sepanjang bulan Ogos, biasanya kehangatan sambutan bulan Kebangsaan sudahpun bermula.
Guru-guru, penjawat awam, murid dan orang awam tentunya ramai yang mula membuat carian dan diperdengarkan dengan pelbagai lagu patriotik bagi menyuntik semangat cintakan negara.
Lagu-lagu ini bukan hanya membantu kita mengingat kembali jasa-jasa tokoh yang berkorban nyawa untuk kita, bahkan turut meniupkan semangat patriotik dalam diri.
Di sini kami kongsikan beberapa lagu patriotik berserta lirik untuk memeriahkan sambutan hari kebangsaan.
Senarai Lagu Patriotik Popular Di Malaysia
TAJUK: AKU BERJANJI
Lirik:
Aku berjanji
Dan ku bersumpah setia
Demi tuhan dan negara
Akan ku korbankan jiwa
Aku berjanji
Akan satukan semua
Kita pertahan bersama
Tanah air yang tercinta
Korus:
Semangat waja
Kan ku pertaruhkan nyawa
Demi sejahtera semua
Negaraku yang merdeka
Terus melangkah
Tetap terpahat di dada
Kita sejahtera bersama
Malaysia
Aku berjanji
Kepada ibu pertiwi
Kekal perpaduan ini
Teras semangat MADANI
TAJUK: BAHTERA MERDEKA
Lirik:
Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
TAJUK: TANGGAL 31
Lirik:
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
MUAT TURUN MP3 :
TAJUK: KERANAMU MALAYSIA
Lirik:
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia !
MUAT TURUN MP3 :
TAJUK: SAYA ANAK MALAYSIA
Lirik:
Sembilan belas lima puluh tiga
Bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan
Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Putih
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hati
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Sampai masa aku pun balik
Makweku tengok dia pelik
Dia kata dia nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa
Lemah-lembut sopan-santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
MUAT TURUN MP3 :
TAJUK : JALUR GEMILANG
Lirik:
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
MUAT TURUN MP3:
TAJUK : AKU NEGARAKU
Lirik :
Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
Kepada-Nya kita berserah
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
MUAT TURUN MP3 :
TAJUK : SATU MALAYSIA
Lirik:
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata
Sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni saling menghormati
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
TAJUK : WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
TAJUK : Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni
Lirik:
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Satu hati walau berbilang bangsa
Kan bersama bawah naungannya
Satu jiwa tak kira apa warna
Takkan ada yang membezakan kita
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India Iban Kadazan kita sejiwa
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Malaysia Madani rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Berdiri megah selamanya kita bersama
Warisan takkan binasa
Setia gagah bersama kita merdeka
Kita semua anak Malaysia
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India Iban Kadazan kita sejiwa
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Hai orang India berbudi bahasa
Lembut langkah tarian indahnya
Anak-anak orang Cina hai ada tarian naga
Merah menyala sungguh megahnya
Hai Melayu pula macam-macam budaya
Sebut saja hai semua ada
Orang Iban dan Kadazan semua gagah perkasa
Kita semua anak Malaysia
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India Iban Kadazan kita sejiwa
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Malaysia Madani rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Kita semua sama Malaysia
Baca juga:
- Koleksi Poster Hari Merdeka 2026 & Gambar Mewarna untuk Guru/Ibubapa
- 15+ Koleksi Sajak Merdeka Ditulis Sasterawan Negara & Penyair/Penyajak Terkenal
- Selamat Hari Merdeka – 35+ Senarai Contoh Ucapan Sempena 31 Ogos
Soalan Lazim Himpunan Lagu Patriotik
Anda boleh mendengar secara rasmi melalui platform penstriman seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.
Boleh tetapi jika anda memuat naik video di platform seperti YouTube, TikTok, atau Instagram, sistem mungkin akan mengesan hak cipta audio (copyright claim).
Antara lagu “wajib” sepanjang zaman yang sentisah meraih carta tertinggi adalah “Tanggal 31” (Dato’ Sudirman), “Keranamu Malaysia”, “Jalur Gemilang”, dan “Saya Anak Malaysia”.
Faizal Tahir
Lagu berentak rancak dan bertenaga adalah pilihan terbaik untuk gimik pelancaran. Lagu seperti “Jalur Gemilang”, “Keranamu Malaysia”, atau “Saya Anak Malaysia”.
Lagu ini dicipta oleh Ahmad Chass Barra dan dipopularkan oleh Dato’ Sudirman.




