Idea Baju Merdeka Kreatif & Comel Untuk Kanak-Kanak

Adakah anda sedang mencari idea baju merdeka yang kreatif untuk dipakai semasa bulan kemerdekaan ini?

Kebiasaannya, pada bulan 8 setiap tahun akan diadakan pertandingan memakai baju bertemakan hari kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, pejabat dan sebagainya.

Untuk menghasilkan baju bertemakan sebegini, ada kalanya anda tidak perlu berbelanja besar sebaliknya boleh menggunakan idea dan kreativiti untuk menghasilkan pakaian anda sendiri pada kos yang lebih murah.

Elemen penting baju merdeka

Untuk menghasilkan baju tema kemerdekaan, antara elemen penting yang perlu ada padanya adalah corak jalur gemilang itu sendiri.

Selain itu, sebaiknya pakaian yang dihasilkan hanya mempunyai warna-warna pada jalur gemilang sahaja iaitu:

  1. Kuning
  2. Merah
  3. Biru
  4. Putih

Elakkan menggunakan warna lain selain yang dinyatakan di atas kerana akan mengganggu mood warna jalur gemilang tu sendiri.

Selain itu, sesuai dengan adat ketimuran negara kita pakai hari merdeka yang dihasilkan mestilah kelihatan tertutup dan sopan, tidak terlalu menjolok mata.

TAHUKAH ANDA?

Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sampin, pakaian, dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN.

Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah TIDAK DIBENARKAN.

Artikel berkaitan: Diskaun Saman PDRM Selangor Merdeka Ride & Carnival 2023

Idea baju perempuan

Gambar-gambar ieda baju merdeka perempuan di bawah adalah beberapa koleksi idea baju merdeka yang dikongsi oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook dan Pinterest.

Rekabentuk baju-baju yang dipaparkan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak perempuan, tetapi juga wanita dewasa.

idea baju merdeka perempuan
jahitan baju merdeka
baju tema kemerdekaan

Idea baju lelaki

Gambar-gambar ieda baju merdeka lelaki di bawah adalah beberapa koleksi idea baju merdeka yang dikongsi oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook dan Pinterest.

Rekabentuk baju-baju yang dipaparkan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak lelaki, tetapi juga lelaki dewasa.

Idea Baju Merdeka
Idea Baju Merdeka

Tips berjimat

Sekiranya anda sedang mencari idea baju tema kemerdekaan buat anak-anak, usah rasa terbeban untuk membelikan baju yang mahal-mahal kerana baju sebegini biasanya hanya dipakai satu kali sahaja dalam setahun.

Malah, kanak-kanak juga akan bertambah saiz badan mereka seiring dengan pertambahan usia maka membeli baju yang mahal mungkin tidak berbaloi sekiranya hanya dipakai satu kali sahaja.

Bagi ibu bapa yang mahu berjimat dan tidak mahu membelanjakan wang yang banyak untuk pakaian bertemakan kemerdekaan, anda boleh mencuba tips berikut untuk:

  1. Lelaki – Pakai baju Melayu daripada salah satu warna utama jalur gemilang dan jadikan jalur gemilang sebagai samping.
  2. Perempuan – Pakai baju kurung yang mempunyai warna daripada salah satu warna jalur gemilang. Kemudian, tambah aksesori lain seperti selimpang, mahkota dan sebagainya yang diperbuat dengan salah satu warna jalur gemilang.

Kredit: Eilah Nuar, Facebook

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!