Cara Semakan Kelayakan, Kuota Subsidi Diesel BUDI Julai 2026

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sejak konflik yang berlaku antara Iran dengan Amerika, harga diesel di Malaysia dan negara ASEAN menunjukkan trend peningkatan yang ketara, dipengaruhi oleh faktor global, subsidi serta permintaan tinggi dalam sektor ekonomi.

Perbezaan ketara antara harga diesel bersubsidi dan harga tanpa subsidi telah mewujudkan ruang kepada ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi, termasuk ke luar negara. Ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak, berbanding harga runcit diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung Malaysia.

Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel, harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung Malaysia dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi. Pada masa yang sama, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter.

Kementerian Tenaga & Sumber Asli

Harga Minyak Terkini

Memuatkan…

Harga Pump
BUDI95
Harga Pump
BUDI95

Harga Diesel Di Malaysia Minggu Ini (18-24 Jun)

TERKINI: Harga petrol & diesel minggu ini (17-24 Jun 2026)

Harga runcit Diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan 30 sen manakala harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dan RON97 bagi minggu ini tiada perubahan berikutan pergerakan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Walaupun pasaran petroleum global telah menunjukkan trend lebih stabil, masih terdapat beberapa risiko jangka pendek yang boleh mengekang penurunan harga minyak mentah dan produk petroleum ke paras prakonflik.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 18 Jun 2026 hingga 24 Jun 2026 adalah :

  • RON97 kekal pada → RM4.35 seliter
  • RON95 tanpa subsidi kekal pada → RM3.72 seliter
  • RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal RM1.99 seliter
  • Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia turun 30 sen pada RM4.37 seliter
  • Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan kekal pada RM2.15 seliter

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Sumber: Kementerian Kewangan

Kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan pasaran dan menyelaras harga petroleum bagi memastikan kestabilan harga serta kesejahteraan rakyat.

Pembaharuan Sistem Subsidi Diesel & Harga Turun Mulai Julai 2026

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Bintulu, Sarawak hari ini, Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026.

Penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara. Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.

Dalam keadaan krisis Asia Barat yang terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global, langkah ini penting bagi memastikan subsidi Kerajaan hanya sampai kepada rakyat Malaysia serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

Perbezaan ketara antara harga diesel bersubsidi dan harga tanpa subsidi telah mewujudkan ruang kepada ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi, termasuk ke luar negara. Ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak, berbanding harga runcit diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung Malaysia.

Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel, harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung Malaysia dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi. Pada masa yang sama, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter.

harga diesel turun
harga diesel turun
harga diesel turun

BUDI Diesel Akan Disepadukan Dengan BUDI95 Mulai 1 Julai 2026 Melalui Penggunaan MyKad

Kami kongsikan tarikh-tarikh penting sebelum pelaksanaan penuh pada 1 Julai 2026.

  • 22 Jun 2026 : Semak dan mohon kelayakan tambahan melalui laman rasmi budimadani.gov.my atau ke kaunter LHDN.
  • 27 Jun 2026 : Akses awal untuk rakyat di Semenanjung Malaysia untuk pembelian diesel bersubsidi.
  • 1 Julai 2026 : Pelaksanaan di seluruh negara kepada rakyat yang layak dengan harga RM2.10 seliter.
subsidi diesel
subsidi diesel
subsidi diesel

Cara Semakan Kelayakan Subsidi Diesel & Syarat Kelayakan Kuota Tambahan

Untuk membuat semakan kelayakan, sila layari laman web rasmi BUDI RAKYAT yang telah diaktifkan melalui pautan https://www.budirakyat.gov.my/

subsidi diesel

SYARAT KELAYAKAN BUDI RON95 + BUDI DIESEL 200L

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat berikut LAYAK DIPERTIMBANGKAN subsidi bagi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI DIESEL (BUDI Diesel) :

  1. Mempunyai lesen memandu aktif bagi jenis berikut:
    • Lesen Memandu Kompeten (CDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
    • Lesen Memandu Percubaan (PDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
    • Lesen Belajar Memandu (LDL) (Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C);
  2. Memegang Kad Pengenalan (MyKad);
  3. Memiliki kenderaan diesel persendirian individu yang didaftarkan atas nama pemegang lesen memandu yang layak;
  4. Kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang sah.

Tiada permohonan perlu dibuat kerana data akan disemak silang dengan menggunakan pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan.

subsidi diesel

SYARAT KELAYAKAN BUDI RON95 + BUDI DIESEL 200L + 100L

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat berikut LAYAK DIPERTIMBANGKAN BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI DIESEL (BUDI Diesel) dengan kelayakan tambahan:

  1. Mempunyai lesen memandu aktif bagi jenis berikut:
    • Lesen Memandu Kompeten (CDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
    • Lesen Memandu Percubaan (PDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
    • Lesen Belajar Memandu (LDL) (Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C);
  2. Memegang Kad Pengenalan (MyKad);
  3. Memiliki kenderaan diesel persendirian individu jenis pick-up atau jip yang berdaftar atas nama pemegang lesen memandu yang layak dan kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang sah.

Kelayakan tambahan ini tidak diberikan secara automatik dan permohonan perlu dikemukakan di pautan https://www.budimadani.gov.my/.

Layari portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di https://www.jpj.gov.my/pusat-media-3/informasi-perkhidmatan-jpj/ untuk maklumat lanjut mengenai jenis lesen memandu dan kelas kenderaan.

subsidi diesel

Soalan Lazim Tentang Harga Diesel & Pelaksanaan Subsidi MyKad Mulai Julai 2026

Apakah perbezaan antara BUDI MADANI, BUDI95 dan BUDI Diesel Individu?

i) BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan yang menyelaraskan pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api petrol RON95 dan diesel secara lebih bersasar, termasuk melalui mekanisme pembelian pada harga bersubsidi serta bantuan kepada kumpulan penerima yang layak.
ii) BUDI Diesel Individu dan BUDI95
Pada tahun 2024, Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia melalui BUDI Diesel Individu, iaitu bantuan tunai asal sebanyak RM200 sebulan disalurkan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian individu yang layak. Bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan,
diesel kekal dijual pada harga bersubsidi RM2.15 seliter.
Pada tahun 2025, Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 di seluruh negara melalui BUDI95, yang membolehkan rakyat Malaysia yang layak membeli petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan kelayakan.
iii) Penambahbaikan Penyasaran Subsidi Bahan Api di bawah BUDI MADANI:
Kerajaan memutuskan untuk memperkukuh kaedah penyasaran subsidi bahan api supaya lebih seragam, bersasar, cekap dan menyeluruh di bawah satu mekanisme tunggal iaitu BUDI MADANI.
Melalui kaedah BUDI MADANI yang seragam, rakyat Malaysia yang layak dapat membeli RON95 dan diesel pada harga bersubsidi yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan.
Dengan kata lain, subsidi diesel tidak lagi diberikan secara bantuan tunai, tetapi rakyat Malaysia yang layak akan menikmati diesel pada harga subsidi yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pelaksanaan penyeragaman BUDI MADANI ini juga akan diperluas ke seluruh negara termasuk Sabah,
Sarawak dan WP Labuan.
BUDI MADANI ialah keistimewaan yang diberikan kepada warganegara Malaysia untuk menikmati bahan api pada harga bersubsidi, manakala golongan tidak layak seperti bukan warganegara akan membeli bahan api pada harga tanpa subsidi.

Kenapa diesel lebih mahal daripada petrol?

Diesel digunakan secara meluas dalam ekonomi (logistik, pertanian, industri) dan permintaannya sukar dikurangkan, menyebabkan harganya lebih mudah meningkat berbanding petrol.

Bilakah pelaksanaan BUDI MADANI akan dikuatkuasakan?

Program penyasaran subsidi bahan api di bawah BUDI MADANI akan berkuat
kuasa sepenuhnya mulai 1 Julai 2026.

Apakah harga petrol RON95 dan diesel tanpa subsidi setelah program ini
berkuat kuasa?

Harga pam petrol RON95 dan diesel tanpa subsidi akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dengan merujuk kepada Mekanisme Harga Automatik (APM). Melalui formula APM, harga pam petrol RON95 dan diesel akan mengambil kira pergerakan harga pasaran dan pada masa yang sama Kerajaan akan mengelakkan kesan turun naik harga pam yang berlebihan (excessive volatility).

Berapa liter kelayakan kuota BUDI Madani Diesel yang baharu?

Liter kelayakan merujuk kepada jumlah liter bahan api pada harga bersubsidi yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang layak pada setiap bulan. Kelayakan Asas BUDI MADANI seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan membolehkan rakyat Malaysia menikmati subsidi bahan api di bawah BUDI95 atau BUDI Diesel berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
i) Umumnya, semua rakyat Malaysia pemegang MyKad dengan lesen memandu aktif akan menerima kelayakan asas bulanan BUDI MADANI mengikut liter kelayakan yang ditetapkan yang boleh dimanfaatkan untuk membeli petrol RON95 bersubsidi sahaja di bawah BUDI95.
ii) Manakala, rakyat Malaysia pemegang MyKad dengan lesen memandu aktif yang memiliki serta merupakan pemilik berdaftar bagi kenderaan diesel persendirian individu dengan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang sah boleh menggunakan liter kelayakan asas BUDI MADANI secara
fleksibel untuk membeli petrol RON95 di bawah BUDI95 dan diesel di bawah BUDI Diesel pada harga bersubsidi.
iii) Khusus untuk pemilik kenderaan diesel persendirian individu jenis jip atau pick-up yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, kelayakan tambahan BUDI MADANI 100 liter boleh dipohon, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 300 liter sebulan.

Apa peranan subsidi diesel?

Subsidi membantu mengekalkan harga lebih rendah untuk pengguna tertentu dan mengurangkan beban kos sara hidup.

Apakah maksud diesel bersubsidi dan tanpa subsidi?

Diesel bersubsidi ialah harga yang dikawal kerajaan, manakala tanpa subsidi adalah harga sebenar pasaran yang lebih tinggi.

Bagaimana kerajaan membantu rakyat?

Kerajaan menggunakan pendekatan bersasar seperti bantuan tunai, kawalan harga dan kuota penggunaan untuk mengurangkan kesan kenaikan diesel.

Adakah kelayakan bulanan BUDI MADANI untuk RON95 dan diesel diberikan
secara berasingan?

Tidak. Individu yang layak akan menerima subsidi RON95 dan diesel di bawah liter kelayakan yang sama. Individu yang layak hanya akan menerima satu kelayakan asas BUDI MADANI berdasarkan kelayakan yang ditentukan oleh Kerajaan yang pada masa ini ditetapkan pada 200 liter sebulan . Selain itu, hanya penerima BUDI MADANI yang memiliki kenderaan diesel persendirian serta kumpulan sasar selain kenderaan seperti nelayan, pengusaha bot, pengguna genset dan pam air boleh menggunakan kelayakan tersebut secara fleksibel untuk membeli RON95 dan diesel sesuai dengan keperluan masing-masing.

Adakah kelayakan BUDI MADANI bagi pemandu e-hailing sama seperti
rakyat Malaysia yang lain?

Kerajaan memperkenalkan Kelayakan Tambahan Berperingkat BUDI MADANI bagi pemandu e-hailing dan teksi lapangan terbang.
Kelayakan tambahan ini diaktifkan pada pertengahan setiap bulan berdasarkan jarak perjalanan yang direkodkan oleh sistem pengendali e-hailing (EHO) pada bulan sebelumnya seperti berikut:
a. Jarak perjalanan <1,500km:
Tiada kelayakan tambahan diberikan.
Pemandu menerima kelayakan asas BUDI MADANI sebanyak 200 liter
b. Jarak perjalanan antara ≥1,500km sehingga <5,000km:
Kelayakan tambahan sebanyak 400 liter.
Jumlah keseluruhan kelayakan BUDI MADANI sebanyak 600 liter.
c. Jarak perjalanan melebihi ≥5,000km:
Kelayakan tambahan sebanyak 200 liter.
Jumlah keseluruhan kelayakan BUDI MADANI sebanyak 800 liter.

Pemandu e-hailing dan teksi lapangan terbang layak menggunakan kelayakan BUDI MADANI sehingga 800 liter bagi pembelian bahan api bersubsidi berdasarkan kenderaan yang didaftarkan dengan EHO.
Pemandu e-hailing dimohon untuk membuat tindakan susulan dengan EHO bagi menyelaras
kenderaan yang berdaftar.
Pemandu e-hailing aktif yang menerima kelayakan di bawah kategori ini tidak layak menerima kelayakan tambahan diesel bagi kategori pemilikan Jip atau Pick-Up.

Baca sepenuhnya : Soalan Lazim PROGRAM PENYASARAN SUBSIDI RON95 & DIESEL
BUDI MADANI

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut