Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 20 Julai 2026.
Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya pengumuman berkaitan Opt-Out LINDUNG 24 Jam, Kad Kredit Asas, SULUNG 4.0, Dermasiswa TVET, Biasiswa Yayasan Pahang dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Pengenalan Kad Kredit Asas
Kad Kredit Asas merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh industri perbankan dengan sokongan Kerajaan MADANI bagi menyediakan pilihan kad kredit yang lebih mampu milik, ringkas dan bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia.
Berbeza dengan kad kredit biasa yang menawarkan pelbagai ganjaran seperti mata ganjaran, pulangan tunai (cashback) atau akses lounge lapangan terbang, Kad Kredit Asas lebih memfokuskan kepada kemudahan mengurus aliran tunai harian pada kos yang lebih rendah.

Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan untuk memastikan sistem kewangan negara kekal stabil, terangkum dan menyebelahi rakyat.
Menurut MOF, produk ini diwujudkan bagi memberi pilihan kredit yang lebih mudah diakses kepada individu yang memerlukan kemudahan kewangan untuk mengurus perbelanjaan harian secara berhemat.
Antara ciri utama kad kredit asas ialah :
- Kadar pembiayaan maksimum 14% setahun
- Lebih rendah berbanding had maksimum 18% setahun bagi kebanyakan kad kredit sedia ada
- Had kredit yang lebih terkawal
- Menggalakkan penggunaan kredit secara bertanggungjawab
- Tidak menumpukan kepada ganjaran gaya hidup atau cashback
Fokus utama kad ini bukanlah untuk menawarkan pelbagai keistimewaan, sebaliknya membantu pengguna mengurus kewangan dengan lebih baik.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk artikel : Kad Kredit Asas Kini Diperkenalkan! Lebih Jimat Berbanding Kad Kredit Biasa?
2. Dermasiswa B40 TVET
DERMASISWA B40 TVET: MEMPERLUAS AKSES, MEMPERKASA MASA DEPAN
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited memperluas akses pendidikan tinggi melalui inisiatif Dermasiswa B40 TVET yang menawarkan penajaan kepada pelajar daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET di Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti.
Penajaan merangkumi yuran pengajian serta elaun wang saku bagi meringankan beban kewangan pelajar, sekali gus memastikan mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian.
Sebanyak 1,000 kuota penajaan disediakan setiap tahun sebagai usaha berterusan Kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta memperkukuh pembangunan ekonomi negara.

3. Program SULUNG 4.0
PROGRAM SULUNG 4.0: MEMPERLUAS AKSES PENDIDIKAN TINGGI
Program Pembangunan Siswa Sulung 4.0 merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan dalam memperluas akses pendidikan tinggi secara inklusif dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, khususnya golongan B40 dan M40.
Melalui pelaksanaan program ini, seramai 10,000 pelajar generasi pertama daripada keluarga yang belum pernah melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi diberi peluang untuk memasuki Universiti Awam melalui laluan khas yang disediakan. Inisiatif ini turut merangkumi pengecualian yuran pengajian (kecuali penginapan).
Pelaksanaannya meliputi 20 Universiti Awam ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam merapatkan jurang pendidikan, memperkasa mobiliti sosial serta melahirkan generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

4. Biasiswa Sekolah Rendah / Menengah Yayasan Pahang
PERMOHONAN BIASISWA PAHANG TAHUN 4 KINI DIBUKA!
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang mengumumkan pembukaan permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid Tahun 4 sesi persekolahan 2027 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam Negeri Pahang.
- Tarikh Permohonan:
- Dibuka: 15 Julai 2026
- Ditutup: 28 Ogos 2026
- Layari https://www.yp.org.my untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan kriteria permohonan.
Satu lagi inisiatif pendidikan oleh Kerajaan Negeri Pahang demi masa depan anak-anak Pahang! Jangan lepaskan peluang ini!

PERMOHONAN BIASISWA PAHANG (SEKOLAH MENENGAH) TINGKATAN 6 RENDAH KINI DIBUKA!
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang mengumumkan pembukaan permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi persekolahan 2026 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Pahang.
- Tarikh Permohonan:
- Dibuka: 15 Julai 2026
- Ditutup: 28 Ogos 2026
- Layari www.yp.org.my untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan kriteria permohonan.

5. Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah 2027 Bermula 5 Ogos – ePrasekolah KPM
Semakan keputusan Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dilakukan bermula pada 5 Ogos 2026 melalui sistem ePrasekolah KPM di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2026 hingga 20 Ogos 2026. Manakala, keputusan rayuan boleh disemak mulai 10 September 2026. Perkara ini telah diumumkan melalui laman web rasmi tersebut.
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.

6. Tol Tanpa Palang Mulai Ogos 2026
Sistem pembayaran tol terbuka JustGO berasaskan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) akan diperluaskan secara berperingkat ke sekitar Lembah Klang dan seluruh jajaran Lebuhraya Utara-Selatan PLUS bermula Ogos ini.

Pada 15 Julai 2026, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengaktifkan sistem ini di enam lagi plaza tol di Wilayah Selatan.
Setakat ini, sebanyak 18 plaza tol di bawah rangkaian PLUS telah menyokong sistem pembayaran terbuka JustGO.

Sistem ANPR menerusi aplikasi JustGO kini boleh digunakan di lokasi-lokasi berikut:
North-South Expressway (NSE) / Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Plaza Tol Jitra
- Plaza Tol Hutan Kampung
- Plaza Tol Alor Setar (Utara)
- Plaza Tol Alor Setar (Selatan)
- Plaza Tol Pendang
- Plaza Tol Gurun
- Plaza Tol Sg. Petani (Utara)
- Plaza Tol Sg. Petani (Selatan)
- Plaza Tol Bertam
- Plaza Tol Sungai Dua
- Plaza Tol Kempas (Baharu / New)
Butterworth-Kulim Expressway / Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Plaza Tol Lunas
- Plaza Tol Kubang Semang
Seremban-Port Dickson Highway / Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Mambau Toll Plaza (Baharu / New)
- Lukut Toll Plaza (Baharu / New)
Second Link Expressway / Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
- Tanjung Kupang Toll Plaza (Baharu / New)
- Lima Kedai Toll Plaza (Baharu / New)
- Perling Toll Plaza (Baharu / New)
Untuk mengetahui cara mendaftar dan menggunakan tol tanpa palang, sila rujuk artikel berikut: JustGo Malaysia – Cara Daftar & Guna Tol Tanpa Palang Di Semua Tol PLUS Mulai Ogos 2026
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




