Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2027 menggunakan sistem single entry point yang membolehkan calon membuat permohonan melalui satu platform.

Bagi membantu ibu bapa dan calon memahami proses permohonan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Soalan Lazim (FAQ) PKSK 2027.

Soalan Lazim Kemasukan SBP & MRSM 2027 (FAQ PKSK)

Rujuk soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai syarat kelayakan, permohonan, PKSK, semakan keputusan, rayuan dan perkara penting berkaitan kemasukan SBP serta MRSM.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah khusus?

Sekolah khusus ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

2. Adakah permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu melalui sistem permohonan yang berasingan?

Tidak. Mulai tahun 2026 permohonan kemasukan murid tingkatan 1 dan 4 ke sekolah khusus dan MRSM menggunakan sistem yang sama dan penawaran dilaksanakan menggunakan kaedah single entry point.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan single entry point?

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM menggunakan padanan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) serta modul pengurusan murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan (KPM).

4. Bagaimanakah permohonan murid ke tingkatan 1 dan 4 di sekolah khusus dan MRSM tahun 2027 boleh dibuat?

Permohonan murid ke tingkatan 1 dan 4 di sekolah khusus dan MRSM tahun 2027 boleh dibuat melalui pautan yang berikut:

KATEGORIJENIS SEKOLAHPAUTAN
Tingkatan 1SBP, SMKA, MTD, MRSMhttps://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVMSBP, SBP-T, SMKA, MTD, MRSMhttps://spskt4.moe.gov.my

5. Siapakah yang layak untuk memohon ke sekolah khusus dan MRSM?

Semua murid layak memohon ke sekolah khusus dan MRSM dengan syarat:

  • lahir antara 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2027;
  • lahir antara 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2027; dan
  • berdaftar dalam sistem MOEIS/APDM.

6. Adakah murid sekolah swasta yang tidak didaftarkan dalam sistem MOEIS/APDM boleh memohon ke sekolah khusus atau MRSM?

Murid yang tidak didaftarkan dalam sistem MOEIS/APDM, tidak boleh memohon ke sekolah khusus.

Murid yang tidak didaftarkan dalam sistem MOEIS/APDM, boleh memohon ke MRSM melalui pautan:

https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

7. Adakah murid boleh memohon ke sekolah khusus melalui sistem MyMRSM?

Tidak boleh. Sistem MyMRSM hanya memaparkan pilihan ke MRSM sahaja.

8. Bagaimanakah cara untuk mendaftar masuk ke sistem permohonan kemasukan sekolah khusus dan MRSM?

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor MyKid/MyKad sendiri beserta nombor MyKad penjaga utama untuk mendaftar masuk ke sistem permohonan.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?

Penjaga utama ialah penjaga murid yang didaftarkan dalam sistem MOEIS/APDM.

10. Apakah komponen utama Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:

BAHAGIANKOMPONEN
Bahagian AKecerdasan Emosi (Emotional Quotient (EQ))Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient (SQ))Kecerdasan Insaniah (Soft Skills Quotient (SSQ))
Bahagian BKecerdasan Intelek (Intelligence Quotient (IQ))Pengetahuan AmPenyelesaian Masalah
Bahagian CArtikulasi Penulisan

11. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?

PKSK dilaksanakan dalam tiga sesi yang dibahagikan kepada dua fasa, iaitu:

SESIFASA 1FASA 2
8:00 pagi – 8:45 pagi9:00 pagi – 10:30 pagi
SESI 1Bahagian CArtikulasi Penulisan (Secara bertulis)Bahagian A dan BSoalan Pelbagai Pilihan Jawapan (Secara dalam talian)
10:30 pagi – 11:15 pagi11:30 pagi – 1:00 tengah hari
SESI 2Bahagian CArtikulasi Penulisan (Secara bertulis)Bahagian A dan BSoalan Pelbagai Pilihan Jawapan (Secara dalam talian)
2:00 petang – 2:45 petang3:00 petang – 4:30 petang
SESI 3Bahagian CArtikulasi Penulisan (Secara bertulis)Bahagian A dan BSoalan Pelbagai Pilihan Jawapan (Secara dalam talian)

Calon hanya perlu menduduki SATU sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

12. Apakah program khas yang ditawarkan di sekolah khusus dan MRSM?

JENIS SEKOLAHPROGRAM KHAS
Sekolah Berasrama PenuhTingkatan 1– Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)- SBP TVET-AI

Tingkatan 4– Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Sekolah Menengah Kebangsaan AgamaTahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Maktab Rendah Sains MARATingkatan 1– Premier- International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)- Ulul Albab- Teknikal- Premier – STEM Excellence- Bitara

Tingkatan 4– Premier- Bitara

13. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon sekiranya ingin mengemaskinikan maklumat peribadi dalam sistem permohonan?

Sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan):

  • Kemas kini maklumat dalam MOEIS melalui pautan: https://idme.moe.gov.my/login
  • Pemohon perlu memastikan pengesahan dihantar selepas kemas kini dilaksanakan.
  • Maklumat yang dikemas kini akan diselaraskan dan dipaparkan dalam sistem permohonan dalam tempoh 12 jam.
  • Selepas tempoh sekitar 24 jam sila log masuk semula ke Sistem Permohonan dan sekiranya paparan pada cetakan permohonan tidak sama dengan paparan di borang permohonan maklumat Bahagian A, sila klik butang SIMPAN untuk pengemaskinian semula.

Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM:

  • Kemas kini maklumat dalam Sistem Perkhidmatan Atas Talian (SPATKPM) melalui pautan https://public.moe.gov.my.
  • Pemohon perlu menghubungi guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat.
  • Perubahan maklumat akan dikemas kini secara automatik setelah disahkan oleh guru kelas sekolah asal.
  • Selepas tempoh sekitar 24 jam sila log masuk semula ke Sistem Permohonan dan sekiranya paparan pada cetakan permohonan tidak sama dengan paparan di borang permohonan maklumat Bahagian A, sila klik butang SIMPAN untuk pengemaskinian semula.

14. Adakah murid yang tidak memohon/tidak menduduki PKSK berpeluang untuk ditawarkan ke sekolah khusus atau MRSM?

Tidak boleh. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan yang telah ditetapkan.

15. Adakah murid yang tidak memohon/tidak menduduki PKSK berpeluang untuk ditawarkan ke sekolah khusus atau MRSM?

Tidak. Hanya murid yang memohon dan menduduki PKSK sahaja berpeluang untuk ditawarkan ke sekolah khusus atau MRSM.

16. Bilakah semakan pusat PKSK boleh dibuat?

Semakan pusat PKSK boleh dibuat pada 11 September 2026 melalui pautan yang berikut:

17. Bilakah PKSK akan dilaksanakan?

PKSK akan dilaksanakan secara serentak seperti ketetapan yang berikut:

  • Tingkatan 1: 12 Oktober – 22 Oktober 2026
  • Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM: 21 September – 1 Oktober 2026

18. Bolehkah calon menduduki PKSK di lokasi masing-masing?

Tidak boleh. Calon perlu menduduki PKSK di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM. Lokasi ini ditentukan berdasarkan pemilihan pusat semasa permohonan dan pengesahan penempatan oleh sistem. Calon tidak dibenarkan menduduki PKSK di lokasi pilihan sendiri atau lokasi yang tidak ditetapkan.

19. Adakah calon akan dikenakan bayaran untuk menduduki PKSK?

Tidak.

20. Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh calon sebelum menghadiri PKSK?

Semua calon perlu mengambil tindakan berikut sebelum menghadiri PKSK:

  • Membuat semakan pusat PKSK melalui pautan yang telah ditetapkan mulai 11 September 2026;
  • mencetak slip menduduki ujian PKSK untuk dibawa bersama-sama semasa pendaftaran di pusat PKSK;
  • membawa MyKid/MyKad ke Pusat PKSK;
  • membawa alat tulis (pen atau pensel); dan
  • memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK.

21. Bilakah semakan keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM boleh dibuat?

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM boleh dibuat mulai 18 Disember 2026 melalui pautan yang berikut:

22. Adakah calon yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus dan MRSM boleh membuat rayuan?

Boleh. Rayuan boleh dibuat secara dalam talian mulai 18 Disember 2026 hingga 05 Januari 2027 melalui pautan yang berikut:

Tiada rayuan ke MTD.

23. Adakah calon yang ditawarkan ke sekolah khusus akan ditawarkan juga ke MRSM?

Tidak. Melalui kaedah single entry point, calon hanya ditawarkan ke satu tempat sahaja, sama ada sekolah khusus atau MRSM.

24. Adakah murid sedia ada di sekolah khusus dan MRSM boleh memohon ke sekolah khusus dan MRSM yang lain?

KATEGORI SEKOLAHPERMOHONAN
Sekolah Berasrama Penuh• Boleh memohon ke SMKA, SBP-T, KV, dan MTD
• Tidak boleh memohon ke SBP dan MRSM
Sekolah Berasrama Penuh TeknikalTidak berkenaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama• Boleh memohon ke SBP, SBP-T, KV, dan MTD
• Tidak boleh memohon ke MRSM
Kolej VokasionalTidak berkenaan
Maktab Tentera DirajaTidak berkenaan
Maktab Rendah Sains MARA• Tidak boleh memohon ke sekolah khusus dan MRSM

25. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM?

KATEGORI SEKOLAHMAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Berasrama Penuh Teknikal[email protected] 0383217400 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama[email protected] 0383217200 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Kolej Vokasional[email protected] 0388845154 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Maktab Tentera Diraja[email protected]. 0389465562 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Maktab Rendah Sains MARA[email protected] 0326132000 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Soalan Lazim Kemasukan SBP MRSM
Soalan Lazim Kemasukan SBP MRSM
Soalan Lazim Kemasukan SBP MRSM
Soalan Lazim Kemasukan SBP MRSM
Soalan Lazim Kemasukan SBP MRSM

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP 2025 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

Tel: 03-83217400
Emel: [email protected]

Untuk perkembangan terkini mengenai permohonan ke SBP, sila layari laman web di bawah:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku