MyBrain 2.0 : Permohonan 2024 & Semakan Syarat

KPT TERUSKAN PELAKSANAAN PROGRAM PENAJAAN MYBRAIN 2.0 – PERMOHONAN BERMULA JANUARI 2024

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan akan mengembalikan program MyBrain, kali ini dikenali sebagai MyBrain 2.0.

Program MyBrain 2.0 memperuntukkan RM20 juta bagi setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun dalam bidang yang kompetitif.

Keputusan kerajaan memperkenalkan semula program MyBrain dapat membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pengenalan MyBrain

Program MyBrain atau dikenali sebagai MyBrain15 merupakan antara produk berimpak tinggi yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016.

MyBrain15 ialah program penajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana & PhD yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Objektif program MyBrain15 adalah untuk mencapai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan warganegara Malaysia.

Program MyMaster dan MyPhD diwujudkan di bawah MyBrain15 dan masing-masing menyasarkan pelajar Sarjana dan PhD di universiti awam (IPTA) dan institusi pendidikan swasta (IPTS). Program PhD Industri, MyMaster dan MyPhD dibuka kepada pensyarah/staf sektor awam dan swasta yang ingin melanjutkan pelajaran.

Setelah mengambil kira potensinya dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun 2024.

Pengenalan semula program MyBrain 2.0 akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat tahap pendidikan yang lebih baik.

Artikel berkaitan: e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Konstabel Polis YT1 (14 – 30 Nov 2023)

Objektif

  • Membangunkan modal insan & pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
  • Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup
  • Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia

Pengukuhan & Penambahbaikan MyBrain 2024

  • Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
  • Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS terpilih
  • Elaun sara hidup RM1000 sebulan sepanjang pendidikan
  • Melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat
  • Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu
mybrain 2024

Syarat Permohonan

Progam MyBrain 2.0 dikhususkan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih dalam negara dengan keutamaan diberikan kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Senarai Penerima MyBrain 2.0 :

  • Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.
  • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
  • Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Pada kali ini juga, setiap pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga bagi memastikan hanya calon yaang benar-benar layak sahaja diberikan penajaan.

> Dapatkan multivitamin Blackmores Untuk Kesihatan Otak Anda

Permohonan MyBrain 2.0

Permohonan bagi penajaan MyBrain 2.0 ini dijangka akan dibuka pada bulan Januari 2024.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

mybrain 2024 2.0
mybrain 2024 2.0
mybrain 2024

Sumber: Malaysia MADANI

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan update terkini tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!