Minggu Solidariti Palestin KPM – Contoh Aktiviti & Garis Panduan

Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di Institusi Pendidikan Bawah KPM

KPM telah menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di mana setiap sekolah seluruh negara mengambil bahagian bagi menjayakan program ini.

Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung 29 Oktober hingga 3 November 2023 ini dilakukan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang garis panduan KPM yang ditetapkan bagi program ini.

Pengenalan Minggu Solidariti Palestin KPM

Minggu Solidariti Palestin adalah bertujuan untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan.

Objektif :

  • Menerapkan kesedaran kepada seluruh warga KPM tentang nilai kemanusiaan sejagat
  • Menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada kepada rakyat Palestin

Sasaran :

  • Semua warga KPM yang berkhidmat di KPM, JPN, PPD dan sekolah seluruh negara.
  • Semua murid-murid, PIBG dan PIBKS seluruh negara

Garis Panduan Pelaksanaan

KPM menegaskan bahawa garis panduan yang tepat telah ditetapkan berhubung pelaksanaan program tersebut.

DO’S UNTUK MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

  1. Fokus Pada Kemanusiaan
    • Tekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi
  2. Dorong Pemahaman
    • Libatkan aktiviti pendidikan seperti ceramah, pameran foto, atau tayangan dokumentari yang memberi gambaran sebenar situasi di Palestin
  3. Jemput Penceramah Yang Berwibawa
    • Pilih penceramah yang berpengetahuan dan mampu menyampaikan fakta dengan cara yang berimbang
  4. Galakkan Dialog Terbuka
    • Anjurkan sesi soal jawab atau forum diskusi untuk membincangkan isu dengan pelbagai perspektif
  5. Ajak Kerjasama
    • Jemput organisasi-organisasi kemanusiaan dan NGO yang berpengalaman untuk berkolaborasi dalam program
  6. Kempel Amal
    • Mengumpul sumbangan untuk bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian atau pendidikan
  7. Promosi Kedamaian
    • Tekankan pentingnya kedamaian, keadilan dan keharmonian dalam semua aktiviti

DONT’S UNTUK MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

  1. Hindari Retorik Ektremis
    • Jangan menggunakan simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya senjata api, pedang, tombak
  2. Elakkan Menyalahkan Individu Atau Agama
    • Jangan generalisasikan atau menyalahkan sluruh kelompok atau agama tertentu atas dasar tindakan segelintir individu
  3. Jangan Memanipulasi Fakta
    • Pastikan semua maklumat yang disampaikan adalah benar dan tidak disesatkan.
  4. Elakkan Aktiviti Yang Boleh Minumbulkan Konfrontasi
    • Hindari aktiviti seperti protes jalanan yang boleh menimbulkan konflik atau ketegangan
  5. Hindari Politik Partisan
    • Jangan memihak atau memberikan platform kepada mana-mana pihak politik
  6. Jangan Hanya Menonjolkan Perspektif Satu Pihak
    • Walaupun tujuan adalah untuk solidariti kepada Palestin, cuba untuk memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi
  7. Elakkan Menggunakan Simbol atau Ikon Yang Boleh Menimbulkan Kontroversi
    • Ini termasuklah bendera, slogan atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain

Sumber: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Contoh Aktiviti

Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang minggu ini termasuklah:

  1. Pertandingan mencipta sajak
  2. Acara deklamasi puisi
  3. Ceramah
  4. Pameran & tayangan video
  5. Pertandingan mewarna
  6. Pertandingan melukis poster
  7. Bacaan doa & munajat untuk Palestin
  8. Pelancaran tabung kemanusiaan Palestin
minggu solidariti palestin
minggu solidariti palestin
Sumber: Facebook Rossalwa Mohd Isa

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!