Kepentingan Palestin & Masjidil Aqsa Kepada Umat Islam

Masjidil Aqsa – Lokasi & Kepentingan Palestin Kepada Umat Islam

Setiap kali isu kezaliman tentera Zionis Israel terhadap orang Palestin muncul, kita tidak lari daripada membincangkan tentang isu Masjidil Aqsa.

Isu Palestin adalah isu penyatuan umat Islam di seluruh dunia dan tidak hanya terletak di atas bahu umat Islam Palestin sahaja tetapi menjadi kewajipan dan tanggungjawab ke atas semua umat Islam di dunia.

“Al-Aqsa” adalah perkataan Arab yang bermaksud “tempat suci yang paling jauh” atau “masjid yang paling jauh” .

Terletak di Kota Lama Baitulmaqdis, Palestin, Masjid Al Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam. Sejak awal abad ketujuh, Masjid Al Aqsa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad (SAW). 

Pengenalan

Masjidil Aqsa merangkumi keseluruhan kawasan yang luas, yang mana di dalamnya terdapat tiga buah masjid.

Pertama adalah Masjid Qubbat As-Sakhrah (Dome of Rock) atau umat Islam di Palestin memangilnya Masjid An-Nisa’ kerana kaum wanita bersolat di dalamnya, yang telah dibina oleh Khalifah Malik bin Marwan pada tahun 69 hingga 75 hijrah.

Masjid Qubbat As-Sakhrah atau Masjid Batu ini juga dikenali dengan warna kubahnya yang berwarna kuning keemasan, berada di tengah-tengah kawasan Masjidil Aqsa.

Kedua adalah masjid yang kubahnya berwarna hijau tua iaitu Masjid Qibli, yang merujuk kepada qiblat pertama umat Islam atau juga dipanggil Masjid Juma’ah.

Di hadapannya adalah Masjid Umar di mana Saidina Umar Al-Khattab bersolat di situ.

lokasi Masjidil Aqsa

Jadi kesimpulannya ialah ketiga-tiga masjid ini adalah sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa.

Di bawah disenaraikan beberapa mercu tanda yang mesti dilawati berdekatan Masjid Al Aqsa:

  • Kubah Rock
  • Tembok Barat
  • Mount Temple
  • Gereja Makam Suci
  • Gunung Zaitun
  • Bandar Daud
  • Gethsemane 

> Mari bersoladiriti bersama Palestin dan dapatkan mafla Palestin – lebih 8 ribu terjual!

Isu Masjidil Aqsa & Palestin

Apa yang sedang berlaku ke atas Masjidil Aqsa ialah pihak Yahudi telah membina terowong yang banyak di bawah Masjidil Aqsa dan pembinaan terowong-terowong tersebut bersandarkan kepada dakwaan bahawa di bawahnya terdapat runtuhan Kuil Solomon.

Mereka telah menjalankan aktiviti pembinaan terowong-terowong tersebut selama kira-kira 45 tahun dan sehingga ke hari ini, mereka gagal menemui sebarang kesan runtuhan Kuil Solomon.

Agenda sebenar mereka ialah untuk melemahkan struktur binaan Al-Aqsa denganharapan agar masjid-masjid berkenaan akan runtuh bagi membolehkan mereka membina pula Kuil Solomon di atasnya,” katanya.

Antara kejahatan lain yang dilakukan ke atas Masjidil Aqsa adalah mengubah ciri-ciri keIslaman di masjid itu kepada ciri-ciri keYahudian, menganjurkan pesta-pesta maksiat dan menghalang orang Islam daripada memperbaiki bahagian masjid yang rosak.

Mereka juga pernah menjalankan percubaan untuk membakar Masjidil Aqsa beberapa kali dan antara percubaan terbesar yang pernah dilakukan ialah pada 21 Ogos 1969, selain percubaan untuk mengebom masjid berkenaan.

Artikel berkaitan: Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya

Kepentingan Masjidil Aqsa & Palestin Kepada Umat Islam

Sejak zaman Nabi Adam (AS) hingga Nabi Muhammad (SAW), Masjid Al Aqsa telah menjadi titik penting bagi banyak peristiwa Islam yang penting.

Rasulullah (SAW) telah berpesan kepada umat Islam supaya solat di dalam masjid kerana ia adalah lambang kebesaran Allah SWT dan merupakan salah satu daripada tiga masjid yang paling suci dalam Islam.

Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah di Makkah.

Di sini juga tempat persinggahan perjalanan mulia kekasih Allah ketika Isra dan Mikraj.

Di masjid ini juga Baginda melakukan solat bersama dengan sekalian Nabi yang lain.

Oleh sebab itu, terdapat banyak kepentingan bagi orang Islam untuk tetap mempertahankan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Sila rujuk infografik yang disediakan oleh Perpustakaan Desa Titi Teras,Balik Pulau,Pulau Pinang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan Bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa kepada Umat Islam seluruh dunia.

kepentingan palestin masjidil aqsa

KENAPA PALESTIN PERLU DIPERTAHANKAN OLEH UMAT ISLAM?

  1. Masjid pertama sebagai kiblat umat Islam
  2. Tanah Para Anbiya’
  3. Pusat keamanan sejagat
  4. Orang yang tinggal di sana dikira sebagai orang yang berjihad
  5. Hak orang Islam sehingga Hari Kiamat
  6. Tanah yang diberkati Allah
  7. Ibu negara Umat Islam pada akhir zaman

Baca penjelasannya di bawah:

kepentingan palestin masjidil aqsa
kepentingan palestin masjidil aqsa
Sumber: PD Titi Teras,Balik Pulau,Pulau Pinang 
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!