Pentaksiran Psikometrik KPM & Contoh Soalan Ujian Aptitud

Pentaksiran Psikometrik bukanlah konsep baru sebaliknya tela diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2007 lagi.

KPM telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik.

Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid.

Maklumat profil murid yang lengkap dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang ujian aptitud atau psikometrik di sekolah KPM.

Apa itu Ujian Psikometrik?

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid.

Selain itu, PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenal pasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran di dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.

Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalendar Akademik 2023/2024 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam.

Ujian Psikometrik ialah kaedah pentaksiran sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini merujuk aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan.

Objektif

Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan oleh KPM dengan objektif yang berikut:

  • Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir;
  • Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan;
  • Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid;
  • Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik;
  • Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu; dan
  • Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid

Artikel berkaitan: SPPB MOEIS – Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM

Konsep Pentaksiran Psikometrik

konsep pentaksiran psikometrik

Komponen Pentaksiran Psikometrik terdiri daripada Ujian Aptitud, Inventori Personaliti dan Inventori Kerjaya sepert infografik di atas.

Aptitud

Komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran.

Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

Personaliti

Instrumen personaliti dilaksanakan kepada murid bertujuan untuk murid
mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri; ibu bapa mengenal
pasti personaliti anak; murid merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian
dengan personaliti; guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid.

Kerjaya

Inventori Minat Kerjaya (IMK) dilaksanakan kepada murid tingkatan satu, tiga
dan lima di sekolah menengah bermatlamatkan murid tahun tentang minat,
personaliti dan hala tuju kerjaya semasa persekolahan selepas tamat
persekolahan.

> Dapatkan Buku bank soalan Ujian Psikometrik SPA9 tahun-tahun terdahulu

Contoh soalan Pentaksiran Psikometrik

Berikut merupakan antara contoh soalan Pentaksiran Psikometrik KPM:

contoh soalan Pentaksiran Psikometrik
contoh ujian aptitud

Untuk perhatian, ibu bapa / penjaga dinasihati untuk memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pentaksiran psikometrik ini mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Terima kasih.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!