Minal Aidin Wal Faizin (Minal ‘Aidin Wal Faizin) ialah salah satu ucapan raya yang biasanya diucapkan selepas mengucapkan Selamat Hari Raya.
Untuk mengetahui cuti umum Hari Raya Aidilfitri 2026, sila rujuk portal rasmi BKPP JPM atau Kalendar Akademik KPM
Ramai yang menyangka bahawa ungkapan ini membaca maksud “Maaf Zahir dan Batin” kerana biasanya diucapkan selepas perkataan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin” namun tahukah anda apakah maksud ungkapan ini?
Rujuk maksud dan contoh ucapan Minal Aidil Wal Faizin di bawah.
Apa maksud “Minal Aidin Wal Faizin”?
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamus Dewan Perdana DBP 2020, minalaidinwalfaizin bermaksud: “Semoga termasuk dalam golongan orang yang kembali kepada fitrah, iaitu suci daripada dosa, dan beroleh kejayaan.”
Kata “minal aidin (aidil)” bermaksud golongan yang kembali.
Sementara itu “wal faizin” bermaksud golongan yang menang.
Menurut sesetengah sumber, ungkapan lengkapnya adalah “ja’anallahu minal ‘aidin wal faizin” yang artinya semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali (fitrah) dan menjadi pemenang.

Ejaan Bahasa Arab/Jawi Minal Aidin Wal Faizin
Minal Aidin Wal Faizin (lebih tepat Minal ‘Aidin Wal Faizin kerana huruf ‘ain bukan alif bagi ‘aidin) dieja dalam bahasa Arab / Jawi seperti berikut:
مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن
Ungkapan ini walaupun berasal dari Bahasa Arab, sebenarnya jarang diungkapkan oleh orang Arab ketika Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia ucapan ini adalah sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman apabila membuat ucapan Hari Raya Aidilftri kepada orang lain.
BACA JUGA: Senarai Lagu Raya 2026 – Playlist & Penyanyi
Ucapan Sunnah Di Hari Raya
Berkata Al Hafidh Ibnu Hajar dalam “Al Mahamiliyat” dengan isnad yang hasan dari Jubair bin Nufair berkata :
كَانَ أَصحَابُ رَسٌوْلُ اللّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضِ تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Artinya: “Para sahabat Nabi SAW bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya : Taqabbalallahu minnaa wa minka (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu)”.
Ibnu Qudamah dalam “Al-Mughni” menyebutkan bahwa Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi SAW. Mereka bila kembali dari shalat Id berkata sebagiannya kepada sebagian yang lain:
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Maksudnya: “taqabbalallahu minnaa wa minka”.
Koleksi Ucapan Raya Minal Aidin Wal Faizin
Ucapan Raya Untuk Keluarga
- “Selamat Hari Raya buat Mak dan Ayah. Ampunkan segala salah silap sepanjang setahun ini. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat buat kita sekeluarga. Maaf zahir batin, Minal Aidin Wal Faizin.”
- “Raya tanpa keluarga takkan sempurna. Maaf zahir dan batin buat adik-beradik semua. Jaga diri, jaga perut. Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin!”
- “Kepada sepupu-sepapat, selamat menyambut Lebaran. Mohon maaf kalau ada usikan yang terlebih, ada kata yang tersalah. Jom kita ‘pulun’ rendang sama-sama! Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin.”
- “Buat Pak Long/Mak Ngah sekalian, Selamat Hari Raya. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tunggak keluarga. Maaf zahir dan batin.”
- “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin. Walaupun kita jauh, doa saya sentiasa sampai buat keluarga di sana. Maaf zahir dan batin.”
- “Raya ini masa untuk kita eratkan kembali silaturahim. Maafkan segala khilaf saya selama ini. Sayang keluarga saya selamanya! Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin”
Ucapan Raya Untuk Kawan
- “Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin bestie! Maaf zahir batin kalau aku ada terkasar bahasa atau termakan bekal kau. Raya ni jom hunting rumah terbuka!”
- “Selamat Hari Raya buat kawan seperjuangan. Terima kasih sebab selalu ada waktu susah senang. Mohon maaf atas segala salah silap. Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Selamat Hari Raya! Kurangkan drama, lebihkan rendang. Maaf zahir batin kalau selama ni aku banyak menyakat kau.Minal Aidin Wal Faizin”
- “Walaupun kita jarang jumpa, ukhuwah tetap di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kawan!”
- “Selamat Raya, Minal Aidil Wal Faizin! Semoga Syawal ini memberi sinar baru buat kau. Jangan lupa simpan ketupat untuk aku!”
- “Minal Aidin Wal Faizin. Maaf kalau ada mesej tak berbalas, ada janji tak tertepati. Selamat menyambut raya dengan penuh gembira!”
Ucapan Raya Untuk Pasangan
- “Selamat Hari Raya, sayang. Minal Aidil Wal Faizin. Terima kasih sebab sabar melayan kerenah saya sepanjang tahun ni. Maaf zahir dan batin, I love you.”
- “Raya kali ini terasa lebih bermakna sebab ada awak di sisi. Maafkan segala kekurangan saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Selamat Hari Raya buat penyejuk hati. Semoga cinta kita terus mekar seharum bunga raya di pagi Syawal. Maaf zahir batin, Minal Aidil Wal Faizin.”
- “Terima kasih kerana menjadi pelengkap hidup saya. Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin. Maafkan segala salah silap saya dari hujung rambut ke hujung kaki.”
- “Selamat Hari Raya buat imam/makmum saya. Semoga Allah memberkati hubungan kita hingga ke syurga. Minal Aidil Wal Faizin, maaf zahir dan batin.”
Ucapan Raya Untuk Caption Media Sosial (IG/FB/TikTok)
- “Satu syawal telah tiba, tanda kemenangan kita bersama. Maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga! Minal Aidil Wal Faizin. #Raya2026”
- “Baju dah baru, kuih dah penuh, hati pun kena bersih. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengikut saya. Minal Aidil Wal Faizin”
- “Minal Aidil Wal Faizin. Maafkan segala salah silap, terutamanya kalau ada post yang mengguris hati secara sengaja atau tidak.”
- “Ketupat rendang di atas meja, jgn lupa ampunkan dosa. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Minal Aidil Wal Faizin”
- “Kosong-kosong ya semua? Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan buat kita. Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Selamat Hari Raya Aidilfitri! Tahun ni tema warna apa? Yang penting, tema hati kena bersih dan maaf-memaafkan. Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Gema takbir raya menyentuh kalbu. Selamat menyambut hari kemenangan buat semua muslimin dan muslimat. Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Raya tetap raya. Maaf zahir batin jika ada kata yang terlepas, ada laku yang tak kena. Selamat Hari Raya, Minan Aidil Wal Faizin!”
- “Syawal kembali menyatukan kita. Mohon maaf atas segala khilaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal Aidil Wal Faizin.”
- “Duit raya mungkin tak banyak, tapi kasih sayang tetap melimpah. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Bukan kain songket saja yang cantik, budi pekerti pun kena dijaga. Minal Aidil Wal Faizin. Selamat Hari Raya buat semua!”
- “Mencari kemaafan di pagi yang mulia. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan alam maya saya.Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Selesai sudah sebulan berpuasa, kini masanya untuk kita bergembira dengan penuh kesyukuran. Selamat Raya, Minal Aidil Wal Faizin!”
- “Lupakan sengketa, jalin ukhuwah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Minal Aidin Wal Faizin “
- “Dari kejauhan saya susun jari, mohon ampun seikhlas hati. Selamat Hari Raya semua! Minal Aidin Wal Faizin. “
- “Siapa kata raya tahun ni biasa-biasa? Dengan kemaafan, segalanya jadi luar biasa. Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin!”
- “Warna-warni Aidilfitri, seindah kemaafan yang diberi. Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin. Maaf zahir dan batin daripada saya!”
Ucapan Raya Formal & Profesional
35. “Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pihak pengurusan dan rakan setugas. Semoga perayaan ini membawa keberkatan buat kita semua. Minal Aidin Wal Faizin.”
36. “Minal Aidin Wal Faizin. Mohon maaf zahir dan batin atas sebarang kesilapan sepanjang tempoh kita bekerjasama.”
37. “Selamat menyambut Aidilfitri buat semua rakan niaga. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Maaf zahir dan batin.Minal Aidil Wal Faizin.”
38. “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga semangat Syawal memberikan inspirasi baru untuk kita terus cemerlang dalam kerjaya. Minal Aidin Wal Faizin.”
39. “Salam Aidilfitri. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam urusan kerja. Selamat bercuti dan selamat berkumpul bersama keluarga. Minal Aidil Wal Faizin.”
40. “Ikhlas daripada kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga ukhuwah profesional kita terus terjalin erat. Minal Aidil Wal Faizin.”
41. “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin. Maaf zahir dan batin diucapkan kepada seluruh warga kerja. Semoga hari raya ini penuh dengan kegembiraan.”
42. “Selamat menyambut hari raya, Minal Aidin Wal Faizin. Semoga rezeki dan kejayaan sentiasa mengiringi langkah kita selepas ini. Maaf zahir batin.”
43. “Minal Aidin Wal Faizin. Mohon kemaafan atas segala khilaf tutur kata dan perbuatan sepanjang bertugas.”
44. “Selamat Hari Raya buat rakan sekerja. Terima kasih kerana menjadi pasukan yang hebat. Maaf zahir dan batin.”
45. “Salam Syawal buat Tuan/Puan. Semoga sambutan kali ini memberi seribu makna dan ketenangan buat keluarga. Minal Aidil Wal Faizin.”
46. “Selamat Hari Raya Aidilfitr, Minal Aidil Wal Faizin. Mohon maaf sekiranya ada urusan yang terkurang sepanjang tahun ini.”
47. “Selamat Hari Raya buat semua klien yang dihargai. Terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami. Minal Aid0 Wal Faizin.”
48. “Eid mubarak, Minal Aidil Wal Faizin. Semoga keberkatan bulan Syawal ini melimpahi organisasi kita semua.”
49. “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin.. Maaf zahir dan batin. Selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat.”
50. “Tulus ikhlas daripada saya, Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin. Mohon maaf atas segala salah silap profesional dan peribadi.”
51. “Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin. Semoga perayaan ini mengukuhkan lagi kerjasama dan silaturahim sesama kita.”
Poster Raya 2026
Berikut ialah beberapa contoh poster raya berserta ucapan yang boleh anda jadikan inspirasi:










Soalan Lazim Ucapan Raya Minal Aidin Wal Faizin
Minal Aidin: Moga kita termasuk dalam golongan orang yang kembali (kepada fitrah/kesucian).
Wal Faizin: Dan moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya (mendapat keredaan Allah).
Tidak.
Boleh, tetapi perlu faham ia adalah doa, bukannya ungkapan permohonan maaf secara langsung. Secara tradisinya, masyarakat kita menggabungkan kedua-duanya: “Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin.”
Populariti ucapan ini bermula daripada pengaruh sastera dan lagu-lagu raya lama (seperti lagu nyanyian Ahmad Jais atau S. Jibeng) yang memasukkan lirik ini, menjadikannya sebati dalam budaya menyambut raya di Nusantara.
– Minal Aidin Wal Faizin: Fokus kepada hasil ibadah Ramadan (kembali suci dan berjaya mendapat pahala).
– Kullu ‘Am Wa Antum Bikhair: Fokus kepada keberkatan sepanjang tahun (semoga setiap tahun anda berada dalam kebaikan).




