Menu Rahmah Pizza Hut RM5 – Senarai Set & Cara Order

Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2023.

Dalam pelancaran tersebut, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.

Berikut dikongsikan senarai set Menu Rahmah yang ditawarkan oleh Pizza Hut Malaysia.

Pengenalan

Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023.

Menu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah.

Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.

menu rahmah pizza hut

Menu Rahmah Pizza Hut Malaysia

Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu.

Hidangan tersebut boleh didapatkan dari semua rangkaian Pizza Hut seluruh negara kecuali RSA Pagoh dan Genting Highlands pada ketetapan waktu berikut:

  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Waktu : 2.00pm – 5.00 pm

Sebagai alternatif, pelanggan juga membuat pesanan bagi promosi ini antara pukul 2 petang – 5 petang (Isnin-Jumaat) melalui website rasmi Pizza Hut di pautan https://www.pizzahut.com.my/ dan aplikasi Pizza Hut untuk self-pickup di cawangan Pizza Hut berdekatan dengan anda! 

Maklumat Lanjut

KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my.

KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada [email protected].

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!