Maxis eKELAS: Belajar Online Untuk Pelajar Tahun 4 Hingga Tingkatan 5

Seiring dengan kemajuan teknologi, Maxis eKelas telah diperkenalkan oleh pihak Maxis dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, KL Shakespeare Players dan GuruLab.

eKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia.

Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Program ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) oleh KPM di mana pelajar layak untuk mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.

Manfaat

Sekiranya anda masih berteka-teki sama ada mahu mendaftarkan diri atau anak anda dalam Maxis eKelas, berikut adalah manfaat menyertai program ini:

  1. Pendaftaran percuma
  2. Nota dan video mengikut tahap persekolahan pelajar
  3. Kandungan & aktiviti yang interaktif
  4. Selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan

Sehingga kini, menurut pihak eKelas lebih 50,000 murid telah pun menyertai program ini,

Cara daftar

maxis eKelas

Untuk pendaftaran, sila layari laman rasmi eKelas di alamat https://www.ekelas.com.my/home/

Klik pada butang “Daftar” dan lengkapkan butiran anda.

Setelah melengkapkan pendaftaran akaun, ada boleh log masuk dengan mengklik butang “Log Masukk” pada halaman depan eKelas.

Tahap pendidikan Maxis eKelas

Maxis eKelas memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 seluruh negara.

Pelajar yang menyertai program ini akan didedahkan kepada suasana e-pembelajaran yang menyeronokkan & ceria bersama dengan sukarelawan Maxis melalui:

  1. Bengkel drama dan esei bahasa Inggeris
  2. Kem percutian eKelas
  3. Bengkel keselamatan Internet dan sesi motivasi
  4. Klinik peperiksaan

Misi Maxis eKelas

Misi Maxis eKelas adalah untuk menyokong generasi akan datang bagi mencapai kecemerlangan akademik menerusi pendidikan digital dan memupuk pembangunan minda dan kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dan berkembang maju pada masa akan datang.

Melalui hab digital ini, pihak Maxis eKelas menawarkan:

  • Tutorial dalam talian secara langsung oleh guru berpengalaman
  • Aktiviti pembelajaran digital bersama pengurus komuniti portal
  • Kandungan peperiksaan terutamanya untuk UPSR, PT3 dan SPM
  • Kandungan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Cara pembelajaran

Para pelajar yang mendaftar untuk Maxis eKelas akan menikmati pelbagai kaedah pembelajaran yang berkesan seperti yang berikut:

  1. Belajar melalui tutorial dalam talian secara langsung dengan guru eKelas
  2. Rujuk video penerangan dan nota padat khas
  3. Peluang sertai aktiviti menarik dan seronok
  4. Kenali dan berhubung dengan rakan dari seluruh Malaysia

Kandungan

Lebih 3,000 jam tutorial dalam talian

12 guru berpengalaman

2,000+ bahan pembelajaran eKelas dari nota, video ke lembaran kerja

30+ video seminar UPSR, PT3 dan SPM

10,000 + eBook & 500 buku audio dari Perpustakaan Negara Malaysia

Penglibatan

100 peserta Kem Cuti Sekolah eKelas

400+ pelajar yang dilatih dalam kemahiran literasi digital termasuk program Klik Dengan Bijak SKMM

20+ sesi motivasi

Pengiktirafan

Diiktiraf sebagai sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) oleh KPM di mana pelajar layak untuk mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.

Pemenang Terbaik dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (Anugerah Penilaian Bintang MCMC 2016)

Kandungan

  • Lebih 3,000 jam tutorial dalam talian
  • 12 guru berpengalaman
  • 2,000+ bahan pembelajaran eKelas dari nota, video ke lembaran kerja
  • 30+ video seminar UPSR, PT3 dan SPM
  • 10,000 + eBook & 500 buku audio dari Perpustakaan Negara Malaysia

Maklumat lanjut: https://www.ekelas.com.my/home/#

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!