Senarai 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2024 (Forbes)

SENARAI 10 ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA

Tan Sri Robert Kuok terus menduduki tempat pertama dalam senarai terkini Forbes dengan nilai bersih AS$11.5 bilion.

Dalam laporan terkini oleh Majalah Forbes Malaysia, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion).

Beliau yang meraikan ulangtahun ke-100 pada Oktober tahun lalu merupakan salah seorang jutawan tertua di dunia yang mengasaskan Kumpulan Kuok sejak 75 tahun lalu di Johor Bahru dan mengusahakan pelbagai perniagaan seperti gula, beras dan tepung gandum serta membina syarikat diasaskannya menjadi sebuah konglomerat yang berkembang maju.

Jom ketahui siapa lagi yang tersenarai dalam individu terkaya di Malaysia bagi tahun 2024 ini.

10 Individu Terkaya Di Malaysia (2024)

Berdasarkan perincian yang dikeluarkan oleh Forbes 2024, ini 10 senarai kumpulan manusia paling kaya di Malaysia;

  1. Tan Sri Robert Kuok
  2. Tan Sri Quek Leng Chan
  3. Adik beradik Teh
  4. Lee Yeow Chor & Yeow Seng
  5. Koon Poh Keong & adik-beradik
  6. Ananda Krishnan
  7. Francis Yeoh & adik beradik
  8. Jeffrey Cheah
  9. Lim Kok Thay
  10. Chia Song Kun & keluarga
Sumber: Berita Harian

Di kedudukan kedua dengan nilai bersih AS$8.8 bilion ialah Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, yang mengekalkan kedudukan walaupun nilai bersihnya merosot daripada AS$10.2 bilion tahun lalu.

Kedudukan lima teratas menyaksikan beberapa perubahan dengan adik-beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan untuk berada di tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.4 bilion.

Menurut Forbes Asia, adik beradik Teh menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan harga dan permintaan untuk logam yang lemah menyebabkan nilai bersih mereka jatuh kepada AS$5.3 bilion daripada AS$5.8 bilion tahun lalu.

Sementara itu, antara senarai hartawan yang merekodkan untung paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradik yang mengalami peningkatan terbesar dalam kedua-dua nilai dolar dan terma peratusan.

Sementara itu, 3 orang Melayu yang tersenarai dalam 50 tempat teratas dalam Forbes ialah tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.

Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih, AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 milion (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 milion (RM3.2 bilion)

Buat pengetahuan umum, senarai ini dirangkumkan meliputi data pegangan saham serta status perolehan kewangan berasaskan laporan tahunan, bursa saham, individu, keluarga serta pengamatan penganalisis.

Senarai lengkap boleh didapati di https://www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!