Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Warga emas berumur 60 tahun ke atas di Malaysia layak menikmati 11 manfaat dan bantuan yang disediakan kerajaan termasuk bantuan kewangan, diskaun, kemudahan pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan.

Bantuan warga emas di Malaysia secara umumnya tidak diberikan secara automatik, sebaliknya memerlukan permohonan rasmi daripada individu yang layak atau waris mereka.

Proses ini penting bagi memastikan insentif kewangan dan kemudahan perubatan disalurkan secara tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Jom semak 10 bantuan dan manfaat warga emas di Malaysia yang dikongsikan di bawah.

manfaat warga emas
Sumber: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang

Umur 60 Tahun dan ke Atas Adalah Warga Emas

Warga emas di Malaysia ditakrifkan secara rasmi oleh Kerajaan sebagai individu yang berumur 60 tahun dan ke atas selaras dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penanda umur ini menjadi penentu utama kelayakan bagi mengaktifkan pelbagai hak perlindungan, bantuan kewangan, serta skim keistimewaan yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun sektor swasta.

manfaat warga emas

Apa Bantuan/Manfaat Warga Emas di Malaysia?

Bantuan dan manfaat warga emas di Malaysia merangkumi pelbagai insentif kewangan, potongan harga perkhidmatan, serta kemudahan perlindungan sosial yang direka khas untuk menyokong kelangsungan hidup golongan berumur 60 tahun ke atas.

Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara tua (aged nation), kerajaan persekutuan bersama-sama agensi negeri dan sektor swasta berusaha menyediakan satu jaringan keselamatan sosial yang kukuh.

Antara bantuan dan manfaat untuk warga emas di Malaysia ialah:

1.Diskaun 50% Pembaharuan Pasport

Rakyat Malaysia yang telah mencapai usia emas boleh menikmati potongan harga sebanyak 50% bagi yuran permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Insentif ini diberikan secara automatik oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berdasarkan tarikh lahir pada MyKad pemohon.

Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas hanya perlu membayar:

  • RM100 untuk pasport sah laku 5 tahun (harga biasa RM200)
  • RM175 untuk pasport sah laku 10 tahun (harga biasa RM350)

Maklumat lanjut: Jabatan Imigresen Malaysia

kadar baru pasport malaysia 2026

2. Kad Konsesi Rapid Emas

Warga emas boleh memohon Kad Rapid Emas untuk menikmati diskaun 50% tambang pengangkutan awam seperti:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • BRT
  • Bas Rapid KL
  • Bas Pengantara MRT

Yuran permohonan kali pertama: RM15 (termasuk kad dan kredit RM10).

Maklumat lanjut: https://myrapid.com.my/our-products/rapidemas/

manfaat warga emass
Sumber: myrapid

3. Diskaun 50% Tiket KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menyokong kebajikan warga emas dengan menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas tambang konsesi bagi perjalanan jarak jauh mahupun pengangkutan bandar.

Selepas mendaftar sebagai ahli KTMB, warga emas boleh menikmati diskaun 50% bagi tiket:

  • KTM Komuter
  • ETS
  • Perkhidmatan tren antara bandar terpilih

Diskaun mungkin tidak terpakai untuk tempat duduk kelas premium.

Perhatian:

  • MyKad perlu ditunjukkan semasa pembelian tiket untuk tujuan pengesahan.
  • Diskaun mungkin tidak terpakai bagi sesetengah kelas premium atau tempat duduk khas, tertakluk kepada sistem semasa.

Maklumat lanjut: https://www.ktmb.com.my/

manfaat warga emas
Sumber: KTMB

4. Pusat Jagaan Warga Emas

Kerajaan menyediakan pusat jagaan untuk warga emas yang memerlukan penjagaan harian atau jangka panjang.

Kebiasaannya kemasukan diberi kepada warga emas yang:

  • Tiada waris.
  • Tiada pendapatan.
  • Tiada tempat tinggal tetap.

Terdapat dua jenis pusat jagaan warga emas di Malaysia yang disediakan kerajaan iaitu:

  • Rumah Seri Kenangan (RSK) – menyediakan penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang miskin tetapi masih mampu menguruskan diri sendiri.
  • Rumah Ehsan (RE) – menyediakan penjagaan, rawatan, dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, miskin, tiada waris, serta tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Maklumat lanjut: https://www.malaysia.gov.my/…/elderly-care-institutions

manfaat warga emas
Contoh pusat penjagaan warga emas di Malaysia, Rumah Seri Kenangan Johor Bahru

5. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

PAWE menyediakan pelbagai aktiviti supaya warga emas kekal aktif dan sihat seperti:

  • Aktiviti keagamaan
  • Senaman dan rekreasi
  • Terapi serta pemulihan
  • Seminar kesihatan
  • Kursus kemahiran

Kemudahan ini diwujudkan sebagai ruang integrasi sosial bagi memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan yang aktif, sihat, dan produktif bersama masyarakat setempat, sekali gus mengelakkan mereka daripada berasa terpinggir atau sunyi selepas bersara.

Maklumat lanjut: https://www.jkm.gov.my/…/article/pusat-aktiviti-warga-emas

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

6. Layanan Keutamaan di Jabatan Kerajaan

Jabatan kerajaan menyediakan laluan khas atau kaunter keutamaan untuk warga emas bagi mengurangkan masa menunggu.

Antaranya:

  • JPN
  • JPJ
  • Jabatan Imigresen
  • LHDN
  • KWSP
  • Pos Malaysia
manfaat warga emas

7. Perkhidmatan Kesihatan di Klinik Kesihatan

Semua Klinik Kesihatan (KK) Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan khas untuk warga emas seperti:

  • Pemeriksaan kesihatan
  • Rawatan penyakit
  • Saringan awal penyakit
  • Kaunseling kesihatan
  • Rujukan ke hospital
  • Lawatan ke rumah atau institusi warga emas

Maklumat lanjut: MyGovernment

manfaat warga emas

8. Pengangkutan Percuma UPWE

Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas yang tiada kenderaan atau ahli keluarga untuk membawa mereka ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan.

Permohonan boleh dibuat melalui PAWE atau rumah kebajikan berhampiran.

Maklumat lanjut: MyGovernment

manfaat warga emas
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

9. Portal eWARGA EMAS

Portal Warga Emas (eWARGA EMAS) merupakan satu platform digital bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk menyokong pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN).

Hab digital sehenti ini bertindak sebagai pemboleh daya untuk meningkatkan kecekapan agihan bantuan, penyampaian maklumat, serta pemerkasaan komuniti warga tua berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia.

Portal eWARGA EMAS menawarkan pelbagai kemudahan dalam talian seperti:

  • Peluang pekerjaan
  • Kursus pembelajaran sepanjang hayat
  • Maklumat hak dan kebajikan warga emas
  • Program komuniti dan sokongan

Maklumat lanjut: https://wargaemas.jkm.gov.my/

manfaat warga emas

10. Diskaun Tiket Tempat Tarikan

Banyak tempat tarikan di Malaysia menawarkan harga tiket lebih murah kepada warga emas, antaranya:

  • Muzium
  • Zoo
  • Taman tema
  • Pusat Sains Negara
  • Genting SkyWorlds

Kadar diskaun bergantung kepada setiap lokasi, jadi semak laman web rasmi atau kaunter tiket sebelum berkunjung.

11. Bantuan Warga Emas RM600/bulan

Bagi meringankan kos sara hidup golongan sasar yang tidak lagi mempunyai pendapatan tetap, kerajaan turut memberikan Bantuan Warga Emas sebanyaK RM600 sebulan kepada warga emas yang layak.

Kriteria kelayakan merangkumi:

  • warganegara berumur 60 tahun ke atas
  • pendapatan isi rumah di bawah paras kemiskinan (PGK).
  • tiada waris atau tinggal bersama keluarga
  • tidak tinggal di institusi jagaan yang menerima bantuan kerajaan.

Maklumat lanjut: Bantuan Warga Emas RM600 Sebulan (BWE JKM) 2026

bantuan warga emas

Soalan Lazim Manfaat Warga Emas

Siapakah yang dikategorikan sebagai warga emas di Malaysia?

Mengikut Dasar Warga Emas Negara (DWEN), individu yang warganegara Malaysia dan berumur 60 tahun ke atas secara rasmi dikategorikan sebagai warga emas.

Berapakah jumlah terkini Bantuan Warga Emas (BWE) daripada JKM?

Jumlah kadar bantuan tunai bulanan terkini bagi Bantuan Warga Emas (BWE) JKM adalah RM600 sebulan bagi setiap individu yang memenuhi syarat kelayakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Adakah warga emas yang tinggal bersama anak-anak masih layak memohon bantuan kewangan JKM?

Ya, layak dipertimbangkan. JKM akan menilai permohonan berdasarkan purata pendapatan keseluruhan isi rumah (termasuk pendapatan anak-anak).

Bagaimanakah cara untuk menyertai aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)?

Warga emas atau waris hanya perlu hadir ke premis PAWE yang terdekat dengan membawa salinan MyKad. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas yang sihat tubuh badan dan mampu mengurus diri.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS